Friday, November 29, 2013

# MUSIM MENGANGKUT BARANG

Bermulanya Sessi untuk Semester ke 2 Asasi Sains di UiTM Puncak Alam (PALAM) bagi Kak Long pada 25 November 2013. Start ler proses mengangkut kembali segala barang ke Asrama. Dari Karpet, alas kaki, tong sampah, baldi, laundry basket, botol air, sterika, hanger, toiletries, makanan kain baju (dicampak kan sahaja dalam Beg Biru IKEA yang beso tanpa beg yang cantik macam orang lain). Penuh satu bonet keta barang dia sesaja. TAPI itu pun ada jugak benda yang tertinggal. Telekong tinggal, seluar tinggal dan paling teruk ... towel pun boleh tinggal. Hish anak aku nih ... 



Nasib baik lah Puncak Alam tu dekat dan sebelah jer dengan Sungai Buloh ... tak ler jauh sangat. Kalau kau duk jauh Kak Long ... memang kirim salam jer lah. Tak adalah mak nak menghantar barang barang tu. Manja-manja lah anak aku ni. Semua nak suruh mak check-out. Tak larat ler mak yang oiiii.

Yang itu menghantar ... 4 hari lepas tu mengambil bawak balik Iqa (My No. 2) pulak. Iqa selesai SPM Paper Biologi pada 27 November 2013. Last paper ! Last Paper ! (Bunyik suara Johan Raja Lawak). Memula tu cadang nak ambil dia on 27 November tu juga. Tapi aku tanya balik ... betul ker nak balik on the same date, tak mahu ker share tima dulu malam-malam dengan kawan-kawan for the last time. Memula dia kata tak mahu, sebab takut nanti dia sorang sorang. But last minute tukar rancangan kata nak balik on 28 November pulak, sebab malam 27 tu ada makan-makan. Kan mak dah kata .... bermula lah perjalanan dari rumah seawal pukul 8.30 pagi. Dan sampai di Johor Bahru dalam pukul 12 tengahari. Kami banyak menyinggah. Singgah makan, singgah isi minyak, singgah beli air/jajan dan singgah buang air. Hehehehe



Haaaa ... lagi teruk dari Kak Long .... memang dah tak ada space kosong langsung kat Bonet. 
Nasib baik bawak Camry ... kalau bawak Persona, mahu balance barang kena letak kat set belakang.
Tak pun letak ler kat atas ribu sikit sorang... hehehe



Gambar kat atas nak kena susun atur balik barang
Sebab tetiba last minute Iqa kata terpaksa bawak balik barang kawan dia
Coz kawan dia balik mak pak tak datang .So tumpang kereta orang.
Nasib baik muat semuanya ... phew



Iqa antara orang yang last balik
So segala mak nenek yang ditinggalkan oleh kawan-kawan
Samada lupa atau sengaja ... semua kami angkut



Terjumpa catatan rakan sebilik Iqa 
Semuanya akan merasakan begini agaknya
Tak sabar nak habis periksa dan tak sabar nak balik rumah



Selamat Tinggal MRSM Johor Bahru
Terima Kasih MRSM JB kerana menumpangkan anakku disini
Terima Kasih kerana menjadikan dia Perintis disini
Menimba Ilmu dan mencari erti kehidupan
Kita jumpa semula March 2014 ... masa nak ambil result SPM nanti.

NOTA KAKI : Sangat seronok sebab anak-anak dah lengkap dapat berkumpul semula especially bila Kak Long akan balik setiap hujung minggu. Hoye Hoye Hoye. Mesti kecoh riuh dah heboh.
.... Will enjoy every moment sebelum Iqa akan ke PLKN pulak lepas ni. 

2 comments:

Mrs Taz said...

Yeayyyy ... best kan ? sume anak2 ada kat rumah. semoga berjaya semuanya ... terharuuuuuu anak2 dah besar :')

My Life My World said...

To Mrs Taz ... memang best sangat bila semua dah berkumpul. Selalu rasa macam kurang jer. Ialah selalu tinggal bertiga jer ini dah ada semua. Paling best masa makan beramai-ramai. Macam macam cerita boleh keluar. Hehehehe

Terima kasih atas doa Zia semoga anak anak kita berjaya semuanya.AMIN