Monday, November 23, 2009

ANTARA WAKTU DAN MASA

SABTU, 21 NOVEMBER 2009



Hujan turun tak berirama, mentari pudar cahayanya. Ecewah ... macam puitis ler sangat. Tapi itu lah gambaran cuaca di Bulan November ni. Bukak pintu dapur rumah aku, inilah pemandangannya. Ku lihat hijau ... hijau yang mendamaikan dan menenangkan.



Rumput yang di potong rapi, daun-daun kering yang di sapu bersih. Terima kasih pada orang sebelah yang rajin amat. Aku suka tengok rimbunan buloh tu, macam cantik jer. Tapi orang keliling kata tempat tu keras Entah ler, aku pun tak tahu sebab tak pernah ler ada apa apa insiden. Walaupun senja-senja aku selalu kat situ, bakar sampah dan sapu daun kering daun-daun buloh yang gugur tu.


Kekadang rasa macam duk kat Cameron Highlands jer. Ececeh...bila ada kabus yang meliputi persekitaran, terutama di musim hujan nih. Kekadang jer lah ... selalu nyer tak pun. Hehehehehe. Biasalah suasana kampung, tak banyak enap cemar lagi kat udara. Saya suker kampung saya, walau selalu diejek oleh Cik Yang Sepiah ... Kuang Kuang Kuang ... dah memang nama kampung aku KUANG pun kan, kampung kau ado ? Hahahahaha ... tak kan nak sebut Tepen Tepen Tepen ... hmmm memang tak sedap langsung bunyik nyer.



Ahhhh.... best nyer ... tenang jer. Korang nampak tak buah manggis bergayut tuh. Memang musim pun sekarang. Sesapa rasa nak jadi tarzan tuh, meh ler datang panjat sendiri ek. Ni kat belakang dapur aku jer.



Okay, masa untuk ber'medetasi' dah habih. Masa untuk masak. Sabtu ini aku kerja lagi. Bangun pagi masak spaghetti untuk sarapan dan ditinggalkan untuk anak-anak tercinta. Makanan feberet anak anak aku nih. Kuahnyer sedang mendidih dan dimasukkan dalam 'Rice Cooker' supaya panas sampai ke petang.




Yang ni pulak sedang rebus spagehetti. Macam korang tak tahu. Tak kira, nak tunjuk jugak.




Dah siap pun dan sedia untuk dimakan.



Yang ni Hilman punya pinggan. Teringat pulak kat Aran kalau makan, dia tak akan sentuh pun 'meatball' tu awal-awal, bila semua makanan tu dah abis baru lah dia makan 'meatball' tu. Sebab bagi dia, makanan yang sedap kena simpan dulu dan makan last last. Sama ler masa aku kecik dulu, kalau makan ayam seketul, sanggup sorok tu bawah nasik. Bila abang-abang dah abis makan lauk ayam dia orang baru keluarkan, konon nak eksyen ler, aku punya lauk best ada lagi. Buruk nyer perangai kan...




Hilman sanggup mandi pagi pagi sebab tak sabar nak makan spaghetti. Kalau tidak memang lambat ler mandi mamat sorang nih. Dulu dulu tak suker makan spaghetii kunun. Tapi sekarang nih dia ler 'hantu' sebab suker makan kuah dia yang banyak daging tu.




Budak ni memang suker sangat-sangat makan benda nih. Hari hari makan pun tak per kata dia. Agak nyer ada darah 'Italy' kut ... hahahaha. Tang mana tu Aran? Then pukul 8.30 off ke pejabat dengan Kak Long. Alih alih nak ikut lak minah ni. Bagus jugak, boleh dia tolong isikan Tender sekali. Ringgan kerja aku. Konon hari ni nak balik Kelang, tapi disebabkan pukul 6.oo petang baru sampai rumah terus tak jadi. Abang Ngah and famili balik Kuang hari ni. So aku masak mee goreng jer. Jemput mak tok dan tok abah sekali.




Ni jer lah yang sempat di masak. Mee goreng tak ada sayur. Sebab anak anak aku dan anak sedara aku tak suka makan sayur. Ada dua hidangan, sebab mak tok tak makan daging lembu, jadi kena masak asing. Yang satu lagi tu ayam. Puashati ler, sebab mee aku licin. Senang nak mengemas. Lepas makan ramai-ramai terconggok depan TV tengok "Sehati Berdansa'. Kak Long kata nanti dia besar nak masuk 'Sehati Berdansa'. Aku pulak kata "Kau kena kawin dengan artis atau selebriti ler besar nanti, baru layak, ada ker yang nak kat kau, cuba bayangkan" Hahahaha ... kita orang sama sama gelak besar.

11 comments:

azieazah said...

Wahhh seronoknya... perjalanan sehari seorang wanita..

Asyik tumpang tengok sekeliling rumah yang damai lagi nyaman..
Memang kalu sapa pi, rasa nak lepak kat luar..

Spagheti tu memang sedap wehhh.. kita dah rasa, kita tau lerrr...

Kak AA kalu masak pun, suka boh daging cincang tu banyak2.. makan panas2.. so far anak2 suka, tapi ayahnya tak suka.. (hantu nasik sejak dulu kala..)

Ehh bila kita nak buat gathering kat KLCC tu? Dah cuti sekolah dah ni... kita buat plan lepas raya haji nanti ekk..

Tarikh cadangan: 5hb atau 6hb Disember..
ada cadangan lain?

My Life My World said...

azieazah - alright jugak planning KLCC. Hmmm... kalau boleh lepas 01 Disember boleh...sebab banyak kerja lagi, lepas tarikh tu baru lega. Tarikh 5 & 6 tu cantik dah tu. Tak der orang kawin rasa nyer.

Hilman memang suka dengan daging. Sebab tu dia terlebih daging dari orang lain. Sama macam mak dia ;)

azieazah said...

Buat masa ni 5 atau 6 Dis tu kita pegang dulu..

nanti nak try propose kat IXORA lak.. or kalau ada kengkawan lain nak join, silakan..

kalu 5/6 tu tak leh, kita tarikh ke minggu seterusnya, sampai jadi.. hehehe

lagipun tak perlu buat persiapan banyak sangat pun.. bila tiba masa, kita masak skit la utk makan kat taman tu.. pot luck.. ok?

mizadgreat said...

wah-wah indahnya hidup mu....kekadang kita kena memberi cahaya dalam hidup sendiri...dengan itu kita mensyukuri hidup ini....apa2 pun acik ....aku pun sama sebelum g kijer menu untuk anak2 memang dah sedia atas meja....
Satu lagi sedapnya maggis..aku memang hantu manggis....
cuti ni datanglah Melaka....bawa anak2 jalan2...menginap kat hotel aku kat cheng setia....bintang tak der lagi..bulan jer ada...itupun kalau tak hujan..ingat tak kita bermalam kat umah mak saudara kwn acik kat MRSM dungun...wah2 bestnyer kita makan tidur kat umah orang yang kosong tu....

My Life My World said...

azieazah - akak baru teringat, 5 hari bulan ada orang kawin. Hmmm... 11 dan 12 tak ada kat KL. Mungkinn minggu ke 3 ke atas free. Kita buat Pot Luck makan makan kat taman. Uhhh... best nyer.

My Life My World said...

mizadgreat - aku masih ingat lah Miza. Best giler kita kerjakan rumah orang kan. Masa tu ada Kak Kam, Along, Aku , Engkau dengan Suzana budak DPA tu. Kalau tak silap bukan MRSM tapi rumah pengetua Sekolah Menengah Sains Dungun. Waktu tu Kak Kam bawak keta ke Dungun. So panjang lah langkah kita kan. Hahahahaha ...

IXORAROXI said...

opppppppsss!6 Dis. kalu tak leh picnic lahh kengkawan.Ix plan nak buat kenduri & majlis khatam quran sikit untuk Dayah ..Jemputlah ya.Kenduri tu lepas zohor, majlis khatam quran lepas asar, insyaallah..nanti IX konpomkan tru sms ya
lawo rumah awak FAIROS

My Life My World said...

Ix nanti kompomkan bagi peta sekali yer. Maklumlah tempat tak pernah sampai.

Rumah awak lagi lawo IX, ni yang nak pergi ushar 6 hb nanti nih. Hahahahaha. Kawasan kampung biasalah, tak ada pagar, ayam, kucing orang pun selamba jer 'melepas' kat laman rumah. Bukan ayam dengan kucing jer, monyet, tupai, ular, babi hutan pun ada. Pendek kata... macam macam ada. Hahahahha

azieazah said...

Nampaknya majoriti 5 & 6hb tak leh.. Saya pun tak leh rasanya..

Tapi kenduri IX tu insyaAllah akan diusahakan jua..

Kita leh tangguh lagi, no hal, still cuti sekolah..

Norfatin Suraya said...

adoi kalau saya pun duk rumah auntie saya pun buncitla xD

My Life My World said...

Norfatin Suraya - ker duk rumah sendiri pun memang dah buncit kan. Muahahaha ... fatin datang rumah auntie mesti kurus punya, auntie bukan pandai masak macam mak fatin. Sob sob sob