Thursday, November 19, 2009

KEDUDUKAN DALAM KELAS

Hari ni result UPSR keluar. Aku tumpang seronok bila tahu ramai lah jugak anak kawan-kawan yang dapat result cemerlang. Aku tahu perasaan itu, sebab aku pun pernah melalui nyer. Tersenyum sampai ke telinga sepanjang hari ... happy giler, baru UPSR tu. Tahun ni tak ada anak anak aku yang periksa besar. Tunggu ler tahun depan, lepas tu tahun tahun berikut nyer, memang berderet deret tahun ler ada jer yang periksa besar. So tahun ni tak der lah rasa suspen sangat, macam tahun sebelumnya. Tapi tahun depan harus aku kecut perut, gedebak gedebuk jantung, paru-paru, limpa, hati .... Next year, Kak Long PMR ... dah besar anak aku. Macam baru je rasa semalam melahirkan dia, cepat jer dah 15 tahun umurnya.



This year keputusan Miss Shopaholic aku ni dapat 7A 1B. Frust gak sebab aku dan Kak Long target 8A. Tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki. Yang B tu pun 2 markah jer nak dapat A. Sebelumnyer dah janji, kalau dia dapat 8A nanti mak nak tukar cadar dan langsir baru untuk bilik dia. Save duit mak ... hahahaha ... Placing in class no. 4. Semedang jer dari tahun lepas sampai tahun ni, dia dah sign tempat no. 4 tak berubah ubah. Apa-apa pun Alhamdullilah. Dia dah berusaha ... aku nampak itu.




Model amatur ni pulak dapat 2A 6B. Geram jugak mak dibuat nyer. Susah benar nak study. Sebab tu last year aku terkejut beruk bila dia dapat 5A. Kalau suruh study tu , setakat pukul 9 jer dah tido. Tapi kalau duk mengadap Internet ker, TV ker pukul 12.00 pagi pun tak tido lagi. Tak leh nak buat apa. Placing in class no. 15 ... banyak nyer nombor dia kan. Okay ler, ada peningkatan dari sebelum ni no. 18. Huk huk huk. Iqa tahu tak, awak mempunyai otak yang pandai tapi cuma malas nak asah jer. Kalau asah mesti boleh pukul Kak Long yang memang kaki study.





Anak aku yang paling sihat (tengok ler perut dia tu maju ke depan), paling banyak cakap, kekadang tak ada perasaan, tapi sensitif amat. Hilman pun sama ler macam Iqa, malas gak nak study, Kalau tak suruh memang jangan harap ler nak bukak buku. Tapi dia mudah tangkap dan mudah ingat serta cepat menghafal. Tak heran ler, sebab kepala dia bersaiz XXL. Memang besar kepala dia, tiap tahun raya kena tukar songkok baru, agak nyer saiz otak dia pun besar jugak kot. Wekekekekke. Placing in class no. 4, sama macam Kak Long. Memang perangai pun ada banyak persamaan dengan Kak Long, selalu wakil sekolah untuk macam macam acara. Suka explore entah hapa hapa tah. Lagi 2 tahun ambik UPSR, harap dapat kekalkan tradisi kakak kakak nyer untuk dapatkan 5A. Amin






Farhan anak paling manja. Hmmm baru darjah satu, pun sama ler dgn spesis Iqa dan Hilman, nak kena ketuk dulu baru nak bukak buku. Placing in class no. 8. Sedih ler jugak, sebab masa peperiksaan tengah tahun dapat no. 4. Dia pun sedih jugak sebab aku bersedih dengan keputusan dia. Walaupun semua matapelajaran Straight A's dan kekal di kelas yang pertama. Masa dia tahu Kak Long dapat no. 4, dia siap cakap "Eiiii teruk nyer Aran", sedar pun dia punya placing tak se'best' Kak Long. Tapi tak perlah, still Top 10 in class (ini statement nak sedapkan hati aku sendiri jer nih). Abang dan kakak kakak dia kata, "Kau baru darjah satu, senang kacang, nanti dah naik tahun lagi tinggi lagi susah tau", sajer jer nak perlekehkan adik dia yang macho ni... hehehehe. Semoga Aran dapat baiki kedudukan yang lebih baik lagi. Amin.


Entah lah kan, harapan aku pada anak-anak amatlah tinggi. Aku ingat lagi masa aku sekolah dulu, especially sekolah rendah. Aku tak kisah pun pasal periksa periksa nih. Tak ambik pot langsung. Asalkan naik kelas udah. Tapi berbeza sekarang, semua mak bapak (termasuk ler aku) dah tekankan anak-anak "Awak kena dapat keputusan yang bagus", walhal aku dulu pun teruk jugak. Terasa macam tak adil pulak untuk anak anak aku. Tapi aku tak nak lah anak anak aku macam aku. Kalau boleh kena lagi bagus berganda-ganda dari aku. Sebab aku nak hidup masa depan mereka terjamin. Sebab aku tak ada harta lain nak bagi, pelajaran jer lah yang dapat merubah hidup seseorang tu. Aku bukan ada otak yang bagus, tapi aku kuat berusaha untuk berjaya. Usaha tangga Kejayaan ... macam tema hari Merdeka lak :)

15 comments:

Mrs Taz said...

Tahniah pada Ana, Iqa, Hilman and Aran ..mmg terer-terer anak acik .. dah la lawa-lawa , hensem2 .. eh ni bukan bodek tau hahaha

zia, dah tak larat dah acik , masa faris tu ari terasa tension sangat .. lepas dia dapat 4A , zia rasa pasni zia nak redha je dgn ketentuanNya ..

Acik, sgt2 beruntung ... =)

My Life My World said...

Mrs Taz - alahai Zia, terima kasih ler bebanyak. Tapi kan acik rasa anak acik ni biasa biasa jer, compare to anak anak orang lain yang lagi best result dia. Apa-apa pun Acik bersyukur sangat sangat dikurniakan anak anak yang OK lah jugak.

Masa depan masih panjang, tak tahu apa yang ada kat depan sana. Acik hanya mampu berdoa yang baik baik untuk kami sekeluarga. Anak anak ni lah saja harta acik, nyawa acik, jantung, paru-paru dan segala gala nya. Hidup acik seluruhnya acik 'dedicated'kan untuk anak anak. Apa pun yang acik buat, anak anak tetap No. 1. Doakan untuk kami yer :)

Norfatin Suraya said...

haha same je saye dengan zieqa, hehee ;)

IXORAROXI said...

Tahniah buat anak2 dan emak..kadang2 kita kena terbuka dengan apapun pencapaian anak2, walau jauh dalam hati rasa terkilan sedikit pun pasti ada..jangan bimbang, kerana janji Allah adalah pasti, doa dari ibu selalunya MAKBUL..insyallah

My Life My World said...

Norfatin Suraya - sama yer dgn zieqa, tang result ker atau tang malas nak belajar ... hmmmmm. Next year jangan main main lagi tau :)

My Life My World said...

Ixoraroxi - Tahniah untuk awak dan Hidayah juga sebab berjaya dapat 5A,dapat tokoh pelajar lagi kat Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama. Lepas ni masuk asrama ker?

Terkilan dan penat pasti ada kalau anak anak tak dapat fulfill apa yang kita inginkan. Tapi kita tak leh lar memaksa sangat. Nanti yang mengong anak kita jugak. Hahahahha

azieazah said...

Ada anak ramai macam AA ni lagi ler letih...

macam2 perangai.. nak citer pun tak larat.. Tapi tanggungjawab kita memang memberi yang terbaik dalam apa saja..

Memang betul, pelajaran saja yang akan menjamin kehidupan mereka di masa depan..

All the best to all...

My Life My World said...

azieazah - betul kata akak. Tapi angkat topi lah kat akak, anak akak semua terer terer. Dah bukak dah blog IKA, wooo ... english dia berabuk, teror tu ;)

Norfatin Suraya said...

er dari segi dua-dua, sehati sejiwa nii. hehe.

CikMinahSayang said...

Insyallah when it comes to peperiksaan besar ,
confirm lah score :) haha .
Macam iman . grrr .

Eh , mak dapat 35% of kalau beli .

Hilman Hashim said...

Norfatin Suraya - Nanti sehati sejiwa juga ya untuk dapatkan 8A bila PMR. Ulangi lagi kenangan indah masa sama sama 5A untuk UPSR ;)

InsyaAllah score lah hendaknyer masa periksa besar nanti. Untuk Iman juga. Amin. Nanti boleh lah mintak tolong emak Iman untuk 35% tu yer

My Life My World said...

Sorry Fatin & Iman, auntie lupa nak tukar ID tadi. Yang kat atas tu Auntie sebenarnya, bukan Hilman. Hehehehehe

Norfatin Suraya said...

oh, hahaha amin ! moga-moga jadi kenyataan ;D

ayang said...

Emm... B'tuah makcik feros dapat anak bijak-bijak.. Tahniah la yek.. Sejuk perut baca...

My Life My World said...

ayang - terima kasih ler cik yang oiiii. Sejuk perut setakat ni lah, tak tahu lah masa depan takut panas lak perut. Doa-doakan yang baik yer untuk kami :)