Monday, January 25, 2010

CANOPY WALK @ FRIM

AHAD, 24 JANUARI 2010

Macam dah tak ada tempat lain kan kita orang nak pergi :) ... lagi pun ini lah tempat yang paling dekat dengan tempat 'tuition' Kak Long. Sementara nak tunggu Kak Long habis study ... nak balik Kuang malas. Lepak lepak jer lah sambil pecah pecah kan lemak tepu kat badan kalau pun boleh pecah. Lepas 'drop' Kak Long kami cari breakfast di Area Desa Jaya/Taman Ehsan. Apalagi, sebelum pecah lemak kena tambah lemak dulu dengan memakan nasi lemak di warung tepi jalan. Sedap nasi lemak dia, rasa macam tak cukup lak sepinggan. Buruk lantak betul kan...hahahaha.



Nasi lemak tepi jalan pun jadik - asalkan bersih dan sedap ;)
Iqa tak abis abis nak cover jerawat dia hehehe


Masa pergi FRIM 2 minggu yang lalu, kami tak dapat naik Canopy. Sebabnyer waktu tu aku tak tahu nak kena beli tiket kat kaunter bawah. So, kali ni dah pandai kan, jadi kenalah beli tiket dulu kat One Stop Centre/Souvenir Shop. Harga tiket RM5 untuk warganegara dewasa dan RM1 untuk budak sekolah. Iqa tak ikut, dia jadi jaga kereta. Bersemangat bukan main kita orang ni. Kalau ikut katalog yang dibekalkan, 'Canopy' ni panjang dia 200m dan 30 m tinggi, telah dibina sejak tahun 1992 lagi.



Starting Point


Memula nak naik kena melalui 'Rover Track' sepanjang 900m dulu. Okay jer jalan dia, tak lah susah nak daki. Tapi start mencabar bila sampai kat starting point. Pendakian amat amat curam walaupun ada disediakan track untuk mendaki.



Aku asyik kena tinggal jer dengan Hilman. Kuat tul semangat budak nih, ingat gumuk gumuk tak larat nak panjat bukit tapi aku silap ... hehehehe... banyak tul tenaga dia. Canopy Walk Trail menuju ke Pondok nak naik ke Canopy adalah sejauh 500m.




Ramai Mat Salleh dan Minah Salleh naik ke sini. Dia orang siap bawak baby dan anak anak kecik lagi. Aku lah kalau macam dia orang, mesti kena marah dengan mak aku. Mak aku selalu kata "mana boleh bawak baby masuk hutan, takut nanti kena sampuk" :). Masa sampai kat Pondok Canopy tu, kami di beri penerangan oleh pegawai yang menjaga kat situ. Apa yang perlu buat dan tidak boleh dibuat semasa berjalan di Canopy tu. Ada lah dua tiga orang yang tak tahu sebelum naik Canopy ni nak kena beli tiket, kena turun semula dan tak boleh teruskan perjalanan. Macam kita orang kena hari tu la, ingatkan naik 'Canopy' ni free jer ;) Kesian gak, jauh tu nak turun balik.





Masa berjalan di 'Canopy' tak boleh jalan dekat-dekat. Kena jalan dalam jarak 3 meter antara satu sama lain, sebab nak kasi balance. Mencabar tak mencabar tu, anak anak aku kena jalan sorang sorang. Tapi tak sangka Hilman dan Aran berjaya mengatasi perasaan gayat dan takut dia orang. Sorang-sorang lak tu menapak atas 'Canopy ' Walk yang hanya dibuat oleh tangga aluminium dan papan sahaja.



Gambar ni aku Goggle, menyesal lak tak ambik gambar macam nih


Dikiri kanan perjalanan lak di sokong oleh tali dan net yang macam net badminton tu. Memang tinggi, sayup jer pandang pokok pokok kat bawah.'Canopy Walk' ni disambung dari pokok ke pokok yang dikira paling tinggi kat kawasan ni. Dan ada 3 Platform Perhentian antara pokok ke pokok tu.




Platform Pertama - tengok tu, sayup aku kat belakang ditinggalkan Hilman dan Aran.




Platform ke 2 - sedang memerhatikan Kuala Lumpur dari dalam hutan



Platform ke 3 - Aran dan Mak nyer rasa macam tak nak turun dari sini.


Kat Platform ni boleh lepak lepak sambil tengok keadaan sekitar hutan yang memang cantik, dengan udara yang segar dan nyaman. Platform kedua bersaiz agak besar, boleh nampak pemandangan Kuala Lumpur. Tapi sayang masa kami pergi tu, udara di ibu kota adalah berjerubu so pemandangan tak lah clear sangat.



Kuala Lumpur yang berjerubu




Hilman menuju Check Point Akhir


Sekejap jer dah sampai ke Check Point akhir. Memang tak puas lah naik 'Canopy Walk' ni. Walaupun nak sampai ke tempat ni agak mencabar, tapi berbaloi lah. Masa jalan turun semula ke bawah, kami jumpa air terjun lagi.




Memang kat sini banyak air terjun yang cantik cantik. Sempat lah main main air. Waktu tu dah pukul 11.15 pagi. Kalau tak kenangkan nak ambik Kak Long, harus lama lagi kita orang kat atas tu :) ... silap silap Hilman dan Aran boleh siap berendam lagi.


Laluan 'Canopy Walk' dari bawah


Korang ... sapa sapa yang tak sampai lagi tu, meh ler datang sini. Tapi yang suka adventure lah, kalau yang macam anak dara aku yang tak suka berpeluh dan penat, elok pergi shopping centre je lah. Tak perlu jauh jauh untuk melalui perjalanan yang menyeronokkan ni, dekat jer. Tanpa memerlukan perbelanjaan yang banyak, disamping banyak yang anak anak kita boleh belajar disini. Ingat lepas ni nak naik 'Canopy Walk' yang terpanjang di dunia lak ... mana lagi kalau tak di Taman Negara Pahang. InsyaAllah kalau berkesempatan ;)


Budak comel ni jumpa kat Air Terjun masa turun dari 'Canopy Walk'.
Cantik nyer mata dia. Umur Baby Girl ni baru 5 bulan

12 comments:

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

Memang dahsyatla program pecah lemak you ni. Semua extreme2 dulu Batu Caves, sekarang Canopy walk, agak2 lepas ni Gunung Tahan ke Gunung Kinabalu? Silap2 Everest terus.

Majulah Sukan Untuk Negara!!

azieazah said...

Hhehehe.. mula-mula nak tergelak dulu... baca komen MIA tu..“Majulah Sukan untuk Negara”..

syabas ACIK n the Gang... sampai juga. Kiter jelez aaarrr...

kiter pun tingin gak nak naik sampai atas tu. Mesti best kan?

amboiii ACIK, pasni mesti maintain fit... kang ada lak yg jeles tengok dia cun melecun malatop..!

My Life My World said...

Mia' Mom - Wa'alaikumsalam :) tapi kan MM tak jugak pecah pun lemak lemak nyer kat badan montel ku ini... wakakaka. Mungkin kalau tiap tiap minggu I macam ni, agak agak nyer lepas kut, setakat daki Gunung Kinabalu pun jadik lah. Hahahahaha ... ayat ditimpa perasaan tu ;)

Yeah ! MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA! :)

My Life My World said...

azieazah - Yang jelez tu memang niat pun ... hahahaha, jom lah kita panjat sambil berduet. Best akak kat atas tu. Acara mendaki ni kan bolehlah melepaskan stress@tension selepas penat bekerja bermati-matian :). Bersusah payah memanjat dan lastly release tengok pemandangan yang indah. Berbaloi baloi :)

Kan dah 'betting' dengan Ixora, tengok sapa leh turun sampai 50 kg. Hahahaha ... macam lah boleh kan.

Tak tahu lah upacara MENUJU PUNCAK next week kat mana lak, dah buntu nak cari tempat nih.

ayang said...

Emm.. ni buat i teruja nak pi ni.. i suka le sesgt aktiviti2 cam tu.. Tambah-tambah pas tgk gambar akak ni. Emm jelous gitu.. Taman negara tu pun antara angan2 yg masih belum menjadi kenyataan.. :-(

My Life My World said...

ayang - Pergi jangan tak pergi. Akak boleh jadi penunjuk arah. Yang Taman Negara Pahang tu, jom kita berangan sama sama nak. Akak pun nak sangat pergi :)

IXORAROXI said...

sangat cantik...
kesian IQA, masih berjerawat ya..HIDAYAH pun punya masalah yang sama dulu, berjerawat, kulit wajah tidak sekata, tambahan she born with sinus..kesian dia selalu jeles dengan ibunya(akuke yang perasan), sekarang ni alhamdulillah, dah memang sangat kurang berjerawat, kulit wajah pun bertambah baik, IX bagi dia supplement and 'kuang kuang kuang' (tak boleh iklan kat sini kan?):D:D:D...iklannya ada di blog saya :p

Mrs Taz said...

alamak acik , zia tengok pun dah kecut perut camne nak naik ?? nak jugak wat sessi pecah lemak camni tapi kat bawah je la :P

My Life My World said...

IXORAROXI - Iqa tak henti henti jerawat dia, mak cik ni ada sikit malas nak jaga muka. Ix, produk awak tu budak sekolah boleh pakai ker? Tak kisah la nak iklan kat sini :) pssttt boleh ler dapat bayaran kalau dah iklan kat sini ... hahahaha

My Life My World said...

Mrs Taz - Zia, jom aarrrr bersama sama mengatasi kegerunan dan kegayatan. Syarah mesti suka. Nanti kita buat aktiviti bersama sama ek. Kita heret Yan sekali ek ;)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

alamak ai...beznye kak !

saya nek canopy tu last tahun 1995 di Tmn Negara dulu.. pastu dah tak berani..kecuuut perut..

buat tak sabar tunggu anak besar je nih !..

Memang evey weekend akak ber'exercise' ke ?

My Life My World said...

azrina.03.07 - kalau rajin dan tak ada kerja kat opis jer baru leh ber'exercise'. Itupun sebab nak menghabiskan masa sementara tunggu Kak Long abis tution :)

Tapi kan Rina, kat Taman Negara Pahang tu lagi panjang ... mesti lagi best. Kat FRIM tak lah panjang sangat, namun tetap seronok. Anak anak Rina dah leh bawak naik dah tu, train dia orang jadi berani ;)