Friday, January 8, 2010

GENAP SETAHUN



Alhamdullilah, baru je lepas baca Yasin untuk Arwah Amir Hamzah Bin Abdullah. Hari ni genap setahun Arwah menemui Penciptanya. Sebak dan sedih masa sedekah kan Surah Yasin tadi, terbayang wajah dan senyuman nya. Allah lebih sayang kan dia ...





Gambar di atas di ambil pada 3 tahun yang lalu, semasa kenduri di Klang 'Cukur jambul Hana'. Arwah Amir berbaju purple membawa dulang... Aku tak suka kematian :( tapi aku tahu semua orang samada lambat atau cepat pasti akan melalui nya. Dua hari lepas sambut tahun baru, Pak Lang kepada En Hashim kembali ke Rahmatullah. Dekat dua bulan lah jugak duduk di Hospital TAR Klang, sebab sakit jantung.



Seorang yang ramah, ceria dan mesra. Anak aku dan anak sedara panggil dia Pak Cik Kura-kura, sebab kat rumah dia ada bela kura-kura. Tiada lagi cerita nostalgia yang akan diceritakan pada kami, setiap kali kami bertandang ke rumah nya. Semoga Roh Arwah Amir dan Pak Lang aman dan tenang di sana. Al- Fatihah ...

2 comments:

en_me said...

salamm akak achik tewww n thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..

My Life My World said...

Wa'alaikumsalam en_me, kita kan jiran sekarang, saling sapa menyapa dan mengambil tahu. Mengeratkan ikatan ukhwah sesama kita ;)I will follow you ...