Saturday, January 9, 2010

KASUT BARU UNTUK CIK KIAH



Dengan bersemangatnya aku nak kasi tahu dunia yang AKU KERJA HARI NI, sementelah harus menghantar Kak Long ke Perfection Tuition Centre. Memang hujung minggu tak ada 'can' ler aku nak bangun lambat, sebab kelas Kak Long pada Sabtu dan Ahad mula pukul 9.00 pagi. Aku lari kejap pukul 11.30 pagi dari opis ke Kepong ambik Kak Long balik, then kembali semula ke opis dengan Kak Long. Nasib baik lah dekat. Lepas kerja aku dah janji dengan 'Cik Kiah' nak tukar kasut dia, dah haus dan botak tapak nyer. Takut lak dia merajuk kalau tak tunaikan janji, takut lak nak bawak jauh jauh 'Cik Kiah' Sayang ni. Kalau journey jauh, aku bawak 'Cik Siti' En. Hashim jer, tak berani nak ambik risiko. Apalagi di musim hujan ni.


Kasut Lama dah kena tanggal

First time aku tukar tayar kat kedai ni, ianya menjadi pilihan sebab dekat dengan 'The Store'. So sambil menunggu tu kan boleh ler merayau rayau cuci mata. Memula niat tu, memang lah tak nak beli apa apa dan hanya sekadar ingin 'Membeli belah Tingkap' sahaja. TAPI bila Kak Long merayu dan merengek, kata nak beli itu ini dengan muka seposen dia yang lagi men'gedik'kan itu, aku memang kalah. Tak tahu ler aku macam mana nak keraskan hati dengan budak sorang ni.


Poster Maskot 'Michelin' yang comei

Lepas satu jam merayau dan balik semula kat kedai tayar tu, keta tak siap lagi. Nasib baik ler ada bilik menunggu yang berhawa dingin dengan sofa yang empuk kat situ. Sambil berborak dengan Kak Long di temani Poster Besar Mamat Comel kat atas tu. Aku siap cakap kat Kak Long "Comel ler gambar maskot 'MICHELIN' (jenama tayar) ni, kalau mak badan ketul ketul dari kaki sampai leher macam maskot ni pun comel jugak kan Kak Long" ... tetiba terasa lah pulak ai kan "Eh, memang badan mak dah berketul ketul dan berlipat kat perut pun macam tu, tinggal tak sampai leher dan tak ada kat kaki jer" ...hamboi gelak beso Kak Long.


'Buruh Kerahan'ku sedang gigih membasuh anjung rumah

Sebelum keluar rumah pagi tadi, aku dah pesan kat Jejaka Hensem yang kena tinggal kat rumah untuk bersihkan keliling rumah. Sebabnya upacara pemotongan rumput, baru beberapa hari lepas berlaku. Jadi banyak ler reja reja rumput yang bersepah kat keliling rumah. Suruh basuh anjung rumah sekali, sebab banyak sedara 'BATMAN' yang suka bebenor jadikan anjung rumah aku toilet dia masa bertenggek kat situ.


Muka-muka teruja nak main air. "Okay mari kita posing dulu..." kata Supervisor

Hilman dengan Aran nampak nyer menerima tugas itu dengan senang hati sambil di'supervisor' kan oleh Iqa. Suker la tu, sebab dapat main air kan. Mak tahu sangat lah korang nih... tak per, asalkan anjung rumah kita bersih.


Iris ... anak Abang Long aku

Penat seharian tak terasa bila budak 'comel' ni datang rumah. Kebetulan, aku mintak bapak budak 'comel' ni tolong pasangkan 'Modem Wireless' yang dibeli oleh En. Hashim tapi tak sempat nak pasang. Aku tak reti pasang sebeno nyer, harapkan aku yang buta 'I.T.' ni kan sampai bila bila pun memang tak terpasang, alamat aku simpankan ajer ler dalam kotak macam 'Brand New'.

Laptop baru 'Mak Su', Ayah Long test tenet dengan 'Wireless Modem' kat rumah


Suker bebudak bila Ayah Long sukses pasang Modem. Apalagi Iqa, dengan ghairah nyer tak sabar sabar bukak Laptop dia yang dah sebulan diperam, sejak Modem lama tu rosak. Lega aku, kurang sikit keributan dan pengaduan untuk merebut pakai PC yang satu ni. Boleh ler aku merapu lagi tanpa gangguan ;)

18 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

hehehe..ketawa jap kak. yelah saya kan baru jer ikut akak.

Ingatkan sapalah Cik Kiah tu..


Tak sabar nak tunggu anak2 besar, boleh pas+pas kan keje2 yg patut.

My Life My World said...

azrina.03.07 - Akak kan Rina, dengan keta pun buat kawan, kekadang waktu drive tu leh cakap cakap dengan Cik Kiah, suruh dia bawak akak dan anak anak dengan selamat. Tahap merapu akak memang tinggi ;)

Memang Rina, tak sabar akak nak tunggu dia orang besar suruh buat kerja rumah yang lagi berat punyer...

Mrs Taz said...

More updates pasni eh acik hehe
Acik Ana tuition sume subject ke kt situ? Bagus x ?

My Life My World said...

Mrs Taz - InsyaALLAH, doakan acik terus rajin yer.

Subject Kak Long ambik adalah BM, English, Matematik, Sejarah, Geografi dan Science. Kat Kota Damansara pun ada Perfection jugak Zia.Bagus lah jugak, Kak Long kata banyak info boleh dapat compare kat sekolah.

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

La... mula2 ingatkan siapalah Cik Kiah. baru je nak faham Cik Kiah tu siapa, muncul pulak Cik Siti. Sabar je lah..!

Teringat pulak zaman kerja dulu. sabtu dengan Ahad memang macam tak ada beza dengan hari2 lain. Nak kejar deadline punya pasal.

Comelnya buruh-buruh paksa tu. Ada upah ke tak tu? Anyway kalau tak ada upah pun tak pa, janji Mak dia bagi makan baik... punya. :-D

My Life My World said...

Wa'alaikumsalam MM, hehehehe...so dah tau ler sapa 'Cik Kiah' kan, ni nak tanya nih, dapat agak ker sapa 'Cik Siti' tu? ;)

Agak nya kan MM, dapat rehat sepenuh nyer bila pencen nanti kut, itu pun kalau tak jaga cucu ...wehehehehe

Buruh-buruh paksa tu tak ada upah pun, tapi janji dia orang dapat main air, yang tu pun dah consider upah kot bagi dia orang :)

IXORAROXI said...

huhu mau rabak poket ya bila kena tukau kasut baru cik kiah tu...'cik bibah' ix tu pun baru lepas servis gak, baru sedap skit bawaknya :D

My Life My World said...

ixoraroxi - memang rabak pun IX, belum pergi servis lagi tu. Tapi demi 'Cik Kiah' tercinta, kurelakan jua poket ini di'rabak'kan ;)lepas tukar kasut dia, rasa selamat sikit nak bawak keta :)

azieazah said...

Amboiii ACIK... semuanya serba baru di awal tahun.

Pasni mesti tambah rajin update blog, kan?

Wow.. sedapnya nama dia. First time tahu itu nama penuh ACIK.
selama ni dok ingat JAF tu nick jer...

My Life My World said...

azieazah - Kak AA, tak ler semua baru. Ada banyak yang patutnyer tukar baru, tapi budget lari. Buat keperluan dulu.

Doakan saya tambah rajin yer, berkat dapat KAMERA baru ... wakakakaka

Akak, itu ler nama saya dalam Sijil Kelahiran dan IC, unik giler, kat dunia ni saya sorang jer ada nama macam tu ... Muahahaha

en_me said...

macam cik city me gakkk.. ehehe

My Life My World said...

en_me - Pandai nyer agak apa itu 'Cik Siti' kan. Me punyer 'Cik Siti' lawo bergetah ... 'Cik Siti' En Hashim kat rumah acik bukan model terkini macam En_me, tapi alhamdullilah banyak berjasa tu pada kami ;)

Mia's Mom said...

Salam MLMY :-D

Rasanya Honda City kut?

My Life My World said...
This comment has been removed by the author.
My Life My World said...

Mia's Mom - Salam juga. Pandainyer ... Iya lah pulak kan, kalau tak pandai tak kan tercampak kat UK sana kan kan kan :)

ayang said...

Dah lama kenal & berpuluh kali naik, baru ari ni cheq tau nama dia Cik Kiah.. Sapa bagi nama tu? Nasib cik Kiah bukan Cik Piah.. Kalau tak, dah sama ngan nama glama cheq..

ayang said...

Dah lama kenal & berpuluh kali naik, baru ari ni cheq tau nama dia Cik Kiah.. Sapa bagi nama tu? Nasib cik Kiah bukan Cik Piah.. Kalau tak, dah sama ngan nama glama cheq..

My Life My World said...

ayang - laaa ... baru tahu ker :) itu nama yang akak dan anak-anak selalu sebut untuk kereta kereta ni semua. Belum lagi Cik Timah (Estima), Cik Ah Fatt (Alphard) ... kalau keta kau kan nak bagi sedap leh panggil Cik Joyah (Jazz) wakakakakaka ...