Monday, January 4, 2010

KEMBALI KE SEKOLAH

Sedikit kelam kabut telah berlaku malam tadi. Mana tak nyer, aku yang terlebih 'rajin' baru ler terhegeh-hegeh nak jahit lencana dan tanda nama pada tudung dan vest baju sekolah anak anak. Nasib baik mesin jahit bekerjasama dan tidak merajuk dengan tugasan yang tiba tiba. Tiba tiba ler sangat, tapi biasa ler 'Typical Malaysian' suka buat kerja 'last minute'... aku ler tu :).




Aku tak cuti pun hari ni, walaupun dah apply cuti minggu lepas lagi. Malam tadi jer, bos dah call bagi assingment. Sebagai pekerja yang baik ... chewah (gugur taik telinga korang) so aku pun menghadirkan lah diri. Lagi pun anak anak dah biasa, so dia orang uruskan lah diri sendiri. Yang besar siap kata "Mak tak yah datang lah ya", Hilman pun gitu. Aku pass jer duit suruh beli buku dan bayar yuran sendiri. Buku tulis pun aku beli last minute ... hish hish hish. Teruk nyer aku nih.



Nasib baik ler dapat task luar opis, so masa lunch hour boleh ler lari kejap balik rumah uruskan Aran yang bersekolah petang. Abang Hilman sekolah pagi, tak dapat nak tengok tengok kan dia. Dia baru Darjah Dua, kecik lagi ... so terpaksa ler mak yang tercinta ni uruskan beli buku sekolah dan cari kelas dia. Sempat lagi tulis nama kat buku lepas beli, buat kerja menulis nama kat kantin sekolah jer. Terasa macam cikgu sekolah lak. Ngeh ngeh ngeh ... perasan jap.





Memula masa sampai sekolah, takut tak jumpa kawan. Siap suruh aku pimpin dia lagi .Bila dah jumpa kawan, terus lepas tangan yang dipimpin. ... malu ler tu, nak cover macho. Kat atas Aran dan kawan bekas sekelas nyer. Berpisah tahun ni, sebab ada yang turun kelas.


Nasib baik Aran masih kekal di Kelas A. Excited beratur tu, kelas pagi pun tak habis belajar lagi. Korang dah berkobar kobar beratur nak masuk kelas ek ... Semangat Hari Pertama masuk kelas tu penting.



Cian anak mak, pakai uniform sekolah tahun lepas jer. Sebab nyer, lencana sekolah dah 'out of stock. Dan dia dengan rela hati nyer berkata "Aran pakai baju tahun lepas lah mak". Syukur dapat anak yang tak berkira. Yang baru kat dia di hari pertama sekolah ni adalah kasut sekolah jer, dengan buku tulis yang baru beli tadi. Tak per lah kan, yang penting pelajaran. Semoga anak anak mak mendapat keputusan yang cemerlang tahun ini. Amin.

6 comments:

IXORAROXI said...

ARAN sanggup pakai baju tahun lepas kerana dia bangga ada LENCANA yang terlekap di uniform tu..tu tandanya dia sangat berdisiplin

My Life My World said...

Ixoraroxi - dia jenis tak berkira. Tak macam abang dia, kalau tak dapat apa yang dia nak, mesti buat muka, muncung boleh ikat dengan getah. Itu ler perbezaan dua beradik nih.

Actually, Lencana dalam simpanan ada 1, tapi abang dia berkeras nak. So dia mengalah ler.

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

Saya bloghopping dari blog LG. Rasa seronok baca blog MLMW - saya suka blog yang tuan punyanya rendah diri dan suka layan anak2 merapu sebab saya pun macam tu sampai kadang2 lupa tajuk asal perbualan tu.

My Life My World said...

Mia's Mom - Wa'alaikumsalam. Terima kasih dan berbesar hati saya MM sudi datang blog saya. Jemput ler datang lagi yer. Hehehe

Memang saya suka merapu :) dan bila dengan anak anak saya letak diri saya sebaya dengan dia orang, dan waktu tu ler nak rasa muda semula walau diri dah tua. Ngeh ngeh ngeh

azieazah said...

Selamba jer si emak ni snap gambar kan? hehehe.. anak sendiri kan... bior ler apa orang nak kata...

teruja betul budak-budak ni... sebab lama cuti dan lama tak jumpa kawan sekolah. Tu rindu ler tuuu...

My Life My World said...

azieazah - wa'ala akak, macam tak biasa kan ;) ... gini ler ibu tak tahu malu yang meroyan asyik jer nak hambik gambo. Pedulik orang nak tengok pun. Mesti dalam hati dia orang kata "macam anak dia sorang jer pergi sekolah, siap nak hambik gambar bagai, datang dari ulu mana ler pompuan nih"... wakakakaka