Tuesday, January 26, 2010

MASA MASA MENGANTUK



Tak tahu lah orang lain. Tapi aku ada satu masalah. Mengantuk giler tak tertahan tahan. Dan waktu klimaks paling mengantuk adalah dari 8.30 malam ke pukul 10.00 malam. Dah lepas jer pukul 10.oo malam ke atas, mata aku pulak tak leh nak tidur. Merajuk ler tuh wahai mata. Sejak dari zaman study kat ITM lagi. Sampai ler sekarang. Waktu kat ITM Dungun dulu, ada kelas yang start pukul 8.oo malam sampai pukul 10.00 malam. Ya Allah! memang tak larat nak bukak mata masa tu, kalau boleh tak nak datang kelas.

Lebih memburukkan keadaan kalau dapat Lecturer yang boring giler dan tak happening langsung. Lepas tu kan untuk menghilangkan rasa mengantuk tu aku siap main tukar tukar nota dengan Best Friend aku Angah. Selalu nyer nota mengutuk Lecturer dan kawan kawan kat keliling ... hahaha (Mizadgreat, nasib baik kau tak jadi lecturer aku zaman tu). Aku ingat lagi, paling boring adalah Lecturer Taxation aku. Dan nota kutukan dewata dengan Best Friend aku tu masih aku simpan sampai hari ni. Bila baca balik memang boleh buat gelak golek golek lah. Teringat masa dulu. Nakal nyer kami, jangan ler anak aku nakal macam nih.



Aran tengah tido atas riba Abang Man ... so sweet


Sekarang ni pulak, time mengantuk aku masih tetap tak berubah. Walhal masa puncak tu ler banyak kerja yang aku nak buat. Nak basuk kain, nak lipat kain, gosok baju, layan anak study ... kekadang semua buat separuh jalan, sebab nyer nak layan mata zzzzzzzzzzzz............... Anak anak bila tengok mak dia zzzzzzzz ... dia pun follow jugak ler. Ditakdirkan aku kena stayback kerja sampai malam kat opis, aku akan pastikan aku kena minum Nescaffe satu mug dulu. Ini jer lah ubat aku untuk menghalang dari mengantuk. Sure pukul 2 pagi pun aku boleh terang mata tak tido. Berkesan betul....

Okay lah nak pergi tidur, esok kena bangun awal nak masak sarapan. Tata titi tutu ...

7 comments:

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

You agaknya bangun awal sangat kut? Sebab tu pukul 8 dah mengantuk? Tapi kira dahsyat jugak sebab you boleh tahan mengantuk tu dari pukul 8 sampai kul 10. I kalau dah mengantuk I payah nak control. Tertidur atas timbunan kain yang I nak lipat pun pernah. Tapi husband I paling hangin bila I tertidur masa sedang bercakap2 dengan dia. Sebab bila I bangun tidur I dah lupa dah apa yang I cakap sebelum tu. Nasib baiklah so far tak pernah lagi tertidur dalam kelas!

Eh! Naughty jugak you ya? Agak2 nota2 tu anak2 you pernah baca tak?

My Life My World said...

Mia' Mom - Wa'alaikumsalam MM. Tak jugak bangun awal. Setakat 5.30 pagi jer, itu pun selalu terbabas. Kekadang anak pulak yang kejut mak dia :) I cuba lah untuk bertahan, masa menahan ngantuk tu dah serupa orang mamai, orang keliling cakap pun tak fokus, macam di awang awangan jer. Pernah jugak jadi macam u tido kat timbunan kain yang berlonggok untuk di lipat tu ... hehehee ...

Nota tu masih tersimpan rapi ;)

azieazah said...

Kalu dah rutin memang susah nak ubah tu. Tapi sejak anak pertama lagi, Kak Azie mesti make sure budak2 tido seawal 10 mlm. No more tv..

akhirnya semua terbiasa tidor awal..

Bila dah jadi MAK ni susah ler kita nak tido awal, ada jer keja nak digodek nyerr...

Kakak kat kampung ada sorang mcm ACIK, lepas Isyak dia tido, kul 12 lebih dia akan bangun buat kerja or kerja pejabat sampai subuh..

Kalu aku? mau mengong sampai ofis tak cukup tido..

My Life My World said...

azieazah - anak anak saya memang tido awal. Sebab dah latih dari kecik. Mak dia kalau boleh memang nak tidur awal, tapi tak boleh ... Huwa!!! sebab banyak kerja nak kena buat, kita tak ada bibik, sendiri jugak jadi bibik.

Akak saya pernah buat kerja gila, tidur awal, bangun pukul 2 pagi buat kerja rumah :) sambil sambil tu boleh gak solat sunat sekali.

My Life My World said...

Love says it All - terima kasih sudi beri singgah dan mengomen disini.Tunggulah anak akan nak kawin nanti harus akak contact awak yer ;)

iDAN said...

Baguslah senang tidur, selalunya kalau payah tidur satu masalah juga.

Terlebih tidur pula rugi memendekkan umur.

Anak saya pula kena pujuk baru nak tidur; paling teruk si Anif jam 2:00 pagi masih ngadap PC mentang-mentang sekolah petang.

My Life My World said...

Idan - Salam bang. Saya memang jenis senang tidur. Alhamdullilah. Letak kepala kat bantal tak sampai 2 minit memang dah hanyut :)

Anak anak pun gitu. Kekadang pukul 10.00 malam rumah dah bergelap.