Saturday, January 16, 2010

MENDAKI TANGGA TANGGA GUA BATU



Semalam aku tak update blog, penat sangat. Sebabnyer pepagi ada 'mission' kena drive sorang sorang ke Seremban. Dengan hanya berbekalkan 'Google Map' sampai jugak aku kat tempat yang dicari. Kerja kat luar memang best, yang tak best nyer bila balik, dah penat. Lagi penat bila tengok kerja yang menimbun mintak diselesaikan. Petang lepas opis baru sempat buka paper, entah bila aku terlelap kat 'Sofa Pink' pun aku tak sedar, bila bangun abis berkecai semua paper :) Dan hari ni pulak lepas hantar Kak Long, kami cari kedai ... biasalah Aran kalau seminggu tak makan roti canai tak sah. Tapi Hilman mana nak minat Indian Cuisine nih, tekak jawa ... tetap nak makan nasik. Dan emak sudah semesti nyer teh tarik ;)





Lepas makan biasalah, upacara pecah lemak. Kali ni destinasi kami adalah Batu Caves. Tempat yang selalu aku lalu tapi tak pernah singgah. Last sekali rasanye masa sekolah rendah. Masa kecik dulu aku duduk kat Taman Kok Lian, Batu 5 Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Ada jugak menyusur ikut jalan keretapi dengan abang abang ke Batu Caves, saja suka suka. Masa tu kiri kanan jalan ke Batu Caves tu adalah lombong. Sekarang kawasan lombong tu dah jadi kawasan perumahan seperti Taman Wahyu dan sekitarnya. Back to Tahun 70'an lah tu, aku kecik lagi. Wah! aku benar benar anak KL. Dibesarkan di Kuala Lumpur, masa tu tak adalah sesak macam sekarang. Tapi ganas tuh pergi Batu Caves jalan kaki jer, 'brutal' ikut abang abang aku. Nasib baik tak jadi 'Tomboy' :)



Ikutkan sejarah yang aku dapat kat internet, Batu Caves ni dah wujud sejak 400 juta tahun dahulu lagi (wow, lama kan). Dulunyer sebahagian dari gua gua ini dihuni oleh orang asli dari Suku Kaum Temuan. Memang lah, dulu kawasan ni hutan,kira jauh dari Bandar ler. 272 kaki tangga adalah jumlah yang perlu didaki untuk sampai ke atas Gua Batu ni. Gitu ler serba sedikit. Aku memang saja jer menempah kesusahan datang Batu Caves waktu waktu gini. Dua hari lepas baru jer berlangsung 'Pesta Ponggal', atau bermaksud 'masa menuai'. Ala yang nasi di masak dengan susu dalam belangga tanah tu. Dah ler pulak Thaipusam lagi 2 minggu jer, memang ler kawasan ni ada sesak padat sikit. Dengan ramai kaum india yang datang sembahyang, dengan orang putih yang datang melawat dan dengan orang biasa macam aku pun turut sibuk sama.




Memula tu tak adalah nak datang sangat, tapi mulut gatal sudah tersebut kat Hilman dan Aran. Hah ... apa lagi, dia orang tuntut ler. Tapi okaylah, semput lah jugak panjat tangga yang curam tu. Jumpa banyak monyet jugak. Seronok nyer monyet kat sini semua jinak jinak dan tak ganas. Memula tu ingat nak masuk Gua Kelam. Masa aku datang waktu sekolah rendah dulu kan, free jer nak masuk sini. Tapi sekarang dah kena bayar.... huk huk huk.. RM35 dewasa dan RM25 kanak kanak, mahal gilo's kau. Maka terbantut ler hasrat yang murni tu. Cian anak aku dua orang tu :(. Tapi nanti ada rezeki kita masuk yer. Sekadar memujuk hati yang luka ... hehehehe.




Dah memang sah sah pun orang nak sambut Thaipusam kan, maka banyak ler tempat dia orang tengah cantik cantik kan. Ada yang tengah cat, ada yang buat kerja kerja welding ... memang sibuk ler. Kami naik sampai ke atas. Tapi tak heran pun dengan segala patung yang ada, dan segala kuil yang banyak kat dalam tu. Sekadar nak tengok Gua ni dari dekat, dan nak tengok budaya kaum lain. Menarik sangat. Kalau dapat tengok waktu Thaipusam, masa dia orang angkat 'Kavadi' dengan mencederakan diri tu lagi best kut, tapi tak kuasa ler aku nak bersesak dekat situ.





Monyet kat sini memang mewah makan. Ada jer orang kaum India yang bagi pisang lah, buah oren lah ada jugak tu bagi keropok macam Twisties tu. Pisang dan oren tu dia orang bagi lepas dia orang bawak turun tangga, lepas dia sembahyang kat kuil tu. Dah sah sah ler pisang buat sembahyang tu. So monyet monyet semua, sekiranya ada yang tak cukup makan sila ler datang ker Batu Caves yer. Kejap jer kat sana. Pukul 11.20 dah kena tolak balik ambik Kak Long. Aku suka, tapi Hilman dan Aran tak berapa suka, sebab dia orang kata tak ada apa apa yang 'adventure' pun. Tahu lah tak dapat masuk Gua Kelam kan. Tak per, lain kali cukup budget kita masuk aaaaaaa... :)


Sebagai menutup bicara ... chewah! skema nyer ayat tak abis abis. Aku tempek gambar ni. Aku rasa sayu sangat. Tengok lah monyet tu dan cara dia peluk baby dia dengan penuh kasih sayang. Ibu... walaupun binatang ... tetap sayangkan anaknyer, tetap beri penuh perlindungan dan menjaga dengan sepenuh jiwa. Tapi kekadang heran dengan manusia yang sanggup buat anak dan buang merata-rata macam sampah dah tahapnyer. Dah boleh dikategorikan lebih rendah dari binatang dah darjat nyer.

10 comments:

Mia's Mom said...

Salam MLMY :-D

Ini amalan bagus ni, aktiviti pecah lemak ni. Tapi punyalah extreme - sampai mendaki dan menurun 500 plus anak tangga.

Last I pergi Batu Caves rasanya dalam tahun 1993 kut (kira kalau ada baby masa tu dah tingkatan 4 la sekarang ni - mulalah nak merapu tu). I pun tak ingat kenapa I pergi tengahari - punyalah panas terik. Yang I ingat, I sampai atas, terus pening dan tak ingat macam mana I turun.

Apa-apa pun, Selamat Menjalani Kehidupan yang Sihat! :-D

azieazah said...

ACIK.. memang best tu pengalaman naik Batu Caves. Kak Azie tak pernah pun merasa naik tangga tu.

Cuma kalu Pesta Thaipusam tu, Kak Azie seriau skit aarr.. Sebab Kak Azie ada pengalaman masa sekolah dulu (sampai Form 5) tiap kali tengok kaum tu berarak di jalan (masa tu dlm bas sekolah, selisih di jalan) mesti nangis takut tengok orang cucuk2 badan dan muka pun nampak bengis semacam.

Sampai sekarang ni pun, masih gak suspen tapi tak lah tutup muka dgn tangan lagi mcm dulu.. hehehe...

IXORAROXI said...

kalau hari2 turun naik tangga BC tu memang mau slim!see u at 51kg mcm ZZ..auwwwww

My Life My World said...

Mia'Mom - Salam MM :) ... harap aktiviti pecah lemak akan bertahan sampai lemak betul betul pecah hehehe...

Kelakar lah cerita u naik tangga Batu Caves, u tak pengsan kan masa turun bawah? Mamai jer kan ...hahahaha tak dapat bayangkan :0

My Life My World said...

azieazah - Jomm aaa naik tangga Batu Caves. Tapi tak ler mencabar sangat macam panjat bukit kat FRIM macam nak putus kaki ... hehehehe

Akak ni sensitip jugak ek, walau nampak brutal. Agaknyer kalau tengok dia orang mencederakan diri sekarang ni nangis lagi kot ;)

My Life My World said...

Ixoraroxi - Ixxxxx ... takut ler dengan statement awak tu. Nak cecah 51 kg ... wow, masa zaman sekolah pun tak dapat cecah tahap tu. Mahu kurus kering saya macam orang sakit kut kalau 51kg... wakakakaka.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak.

Kita samalah kak. Saya pon diberanak dan dibesarkan di kolompo.. kita berjiran lah pulak ye.. Mak saya duk kat Sentul dulu.

padanlar rasa serasi je bila baca blog akak ni..hehe.


Batu Caves selalu lalu je. Tak singgah pon, tu pun kalau tetiba nak pergi Giant kat situ.

My Life My World said...

azrina03.07 - ler budak Convent Sentul ker (soalan terjah jer nih..hehehe sori kalau salah).

Dulu dulu masa duk Batu 3, Jalan Ipoh, akak pergi Sentul jalan kaki jer ikut Short Cut rumah rumah setinggan kat situ. Akak pun selama ni main lalu jer depan Batu Caves ni, tetiba pulak rasa nak nengok patung Ultraman dari dekat ;)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

hahaha..tekaan yang tepat kak..

bila tengok ultraman tu dari jauh pun dah serraamm..beso sangat..hehehe..

My Life My World said...

azrina03.07 - nasib baik ultraman tu tak leh 'fire' 'fire' kan, kalau idak dah hangus kita ... wakakakaka