Wednesday, January 6, 2010

MISSION ACCOMPLISHED

Tak der ler 'accomplished' sangat pun, tajuk aku propa jer lebih lebih. Misi ini tak ler membuatkan aku keletihan macam anak zirafah ni. Allah memudahkan pencarian aku seperti menjentik dihujung jari je hari ni. Alhamdulllilah, syukur....



Aku ada kerja kat KPDNHEP (maksud nyer Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yer anak anak ... short form yang panjang giler) di Tingkat 26, The Mall. Memula tu Naik 'Lif Barang' yang paling dekat dengan parking, tapi lif ni tak leh ke Tingkat 26 pulak. So aku tekan tingkat 1 nak cari lif lain. Cari lif, jumpa tapi tak boleh masuk kat situ pulak. Cari 'eccalator' kat Parkson, tetiba nampak "ADIDAS" (korang kena percaya nih, memang tiba-tiba)... dan tiba tiba jer kaki aku sampai kat situ dengan disedari. Haaa!!!! ... ada pun yang dicari. Aku belasah jer beli. Itu pun tinggal satu jer yang terdisplay. Rembat ler cepat cepat, demi nak merealisasikan impian anak yang tercinta.



Suka giler mamat sorang nih. Nasib baik taste kau sama dengan mak kan. Kalau tidak mahu muncung lagi dibuatnyer. Biru kan favourite colour kita, sebab tu ler kau suka Chelsea kan Man. Sebab keterujaan yang melonjak tinggi, Hilman dengan rela hati sanggup ber'posing' dengan beg baru dia. Bila aku tanya, "Kenapa kau tak tanggal 'Tag' beg ni Man?" ... dengan riak nyer dia berkata, "Nanti orang kata tak original, ada 'Tag' ni baru orang percaya" ... aduhai, buruk nyer perangai kau Man.



Nasib baik kau comel (kat mata aku ler). Mak harap sangat ler beg kau ni dapat bertahan bertahun tahun yer Man, kalau boleh membawa ker sekolah menengah... hehehehe . Agak-agak lar kan, kalau mak potong 'Tag' beg ni adakah muncung kau akan panjang semula Man, sehingga boleh di ikat dengan getah ... hmmmmm

9 comments:

Mrs Taz said...

Alhamdulillah , udeh dapat begnya ... lega la acik ye? Muncung dah tukar jadik senyuman yang menggambarkan segala kepuasan .. hehehe pasni Hilman nye tugas untuk mak plak ialah belajar rajin2 ;)

My Life My World said...

Mrs Taz - Alhamdullilah. Tinggal kasut Kak Long jer nak terjah semua Bata yang ada kat KL nih. Tak pun ikut kata Yan ler, pegi kilang jer :))))

ayang said...

Fuyooo... beg sekolah cap adidas.. Siap dapat sebiji mcm di idam-idamkan lak tu.... Tuah badan betul la.. Mak ayg dulu beg sekolah lagi dasat.. tak de cap terus.. hehehe... pakai beg bakul je.. la ni tak nampak dah org pakai.

My Life My World said...

ayang - nak gelak golek golek leh ... hahahahaha ... itu kira nasib baik gak. Kalau kena pakai second hand kakak dgn abang punya lagi cian ;)

taz said...

Nama HilMAN kenalah minat MAN U...

My Life My World said...

taz - yang ni nanti nak suruh dia jawab. Dia pandai menjawab,loyar buruk memanjang mamat nih.

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

OKlah tu! Accomplished la mission tu - Kira untuk Hilman dah accomplish dah.
Memang bangga ya amat Encik Man dengan beg tu ya! Jangan potong dulu tag tu MLMW, ada yang muncung boleh buat tali ampai nanti!
Cuma nak pesan pada Hilman - Your mother loves you so... much. Beriya dia cari beg Hilman. Now, your duty to her - belajar betul2 tau! :-D

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

OKlah tu! Accomplished la mission tu - Kira untuk Hilman dah accomplish dah.
Memang bangga ya amat Encik Man dengan beg tu ya! Jangan potong dulu tag tu MLMW, ada yang muncung boleh buat tali ampai nanti!
Cuma nak pesan pada Hilman - Your mother loves you so... much. Beriya dia cari beg Hilman. Now, your duty to her - belajar betul2 tau! :-D

My Life My World said...

Wa'alaikumsalam MM ... hahaha kelakar ler awak "Muncung boleh buat ampaian" eh tapi betul gak, kalau tak leh buat ampaian boleh gantung 'Hanger' baju pun okay gak kat muncung tu... hahahaha ... kita dah start merapu kan kan kan ;) agak nya kalau kita join 'merapu' mau satu hari tak habis Wakakaka ...