Tuesday, January 5, 2010

MISSION FAILED

Aku dan anak anak baru jer balik dari Shah Alam pukul 10.15 malam tadi. Misi utama adalah untuk mencari kasut sekolah Kak Long dan Beg Sekolah Hilman. Dah 2 malam berturut turut kita orang keluar. Semalam ke One Utama, tuju terus ke Kedai Bata ... kasut ada tapi tak ada saiz Kak Long. Then ke Adidas Outlet, pun tak ada Beg yang dapat memenuhi citarasa Hilman.




Dia nak beg "Chelsea' jenama Adidas macam kat atas ni ha. Tak puas hati saja saja lak masuk Outlet Nike ... nasib baik ler kedai ni semua sebelah menyebelah jer. Kak Long lak muka dah monyok sebab pening dan sakit badan sebab sengugut. Memang ler membantutkan mood aku untuk bershopping. Dalam perjalanan balik tu, boleh lagi singgah AL-Ikhsan kat Jejantas Sg. Buloh. tapi tak ada juga yang menepati citarasa 'Peminat Chelsea' sorang ni.




So, kami keluar lagi malam ni lepas Solat Maghrib. Memula masuk SACC Mall - Kedai Adidas, tak ada yang berkenan. Masuk lak Bata SACC Mall, tak ada kasut dikehendaki. Jalan kaki ke Kompleks PKNS, kasut Bata model dikehendaki ada, tapi saiz lak dah abis. Menapak ke Adidas sebelah Mc D ... alahai tutup lak.


Sebab semangat pencarian berkobar kobar punya pasal, terjah lak Plaza Alam Sentral. Kedai Al-Ikhsan sampai dua kat sini, tapi beg semua tak lawa. Kedai Bata langsung tak ada kat sini. Nasib baik ler ketiga-tiga Shopping Centre ni dekat dekat jer jarak nyer. Hilman dah start muncung tak puashati. Dia ajak aku lagi malam esok ke Mid Valley. Aku dah surrender tak larat, lalu berkata "bagi mak rehat esok boleh tak?, nanti hujung minggu kita cari lah lagi, nak dapat benda yang baik dan puashati, hati kena lah sabar, kita cari sampai dapat yer, banyak lagi Shopping Complex kat KL ni kita tak terjah lagi" Berjela jela aku bersyarah kat dia. Biasa lah Hilman, dah start monyok macam tikus mondok dah.



Terpaksa la minggu ni dia pakai Beg Shell masa dapat kat Kempen Jalan Raya tahun lepas. Beg dia yang sebenarnya Beg Kak Long yang dah berusia 6 tahun, akhirnya telah kerosakan Zip dan uzur sangat. Itu lah sebab aku suka melabur beli beg sekolah mahal sikit, tahan lama dan tak mudah rosak. Dan Kak Long pulak sementara ni terpaksa ler pakai Kasut Sekolah Hilman ... hehehe. Nasib baik Abah sempat beli 2 pasang kasut Hilman, dan nasib baik juga kaki Hilman besar macam Giant. Pencarian akan diteruskan lagi walaupun 2 malam berturut turut 'Mission Failed' :)

10 comments:

azieazah said...

Punya ler sibuk si emak sampai sekulah dah buka baru nak cari kasut.. sian anak-anak..

Tapi memang betul lah, beli yang mahal skit takper, puas hati. Tak perlu pening nak fikir 2,3 bulan beli lagi..

Selingan...
*Pernah dengar kisah tentang tokey kedai Al-Ikhlas tu (jika tak silap ler). Dia berjaya dalam perniagaannyer, kerana setiap hari dia mesti solat hajat.. setiap kali lepas solat wajib...

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

Baiknya Mak yang sorang ni! :-D Sampai gitu layankan anak2nya. Tapi, betul juga, biar dia orang puas hati - jadi semangat nak belajar pun berkobar2. Tak apa beli yang mahal sebab lama tahannya. Alah membeli menang memakai, kan?

My Life My World said...

azieazah - kesian kat mak dia jugak. Sebenarnya masa nak bukak sekolah tu dia orang ni tak bising pasal nak beg dan kasut baru. Biasa ler, esok nak bukak sekolah baru ler dia orang report yang benda nih dah rosak. Masa tu ler baru nak bagi tahu :(

Selingan juga ... Wah, mustajab sungguh solat solat sunat ni kan. Harus jadi ikutan nih.

My Life My World said...

Mia's Mom - Wa'alaikumsalam.

Anak anak saya cerewet. Selagi tak dapat yang berkenan dia akan suruh mak dia usahakan cari. Tak macam kita dulu, mak abah beli apa apa pun terima jer. Salah salah pakai second hand yang abang dan kakak punya jer. Tapi Alhamdullilah jadi orang jugak kita kan ;)

alia zarfullah said...

haha. kesian hilman. sebelum sekolah bukak tak sempat ke nak beli. jauh gila sampai ke shah alam? hehe.
try la cari kat klcc. kat situ ade kedai adidas n nike. bila dah kat area klcc tu singgah la pavilion, sg wang.. mesti byk la kat sane :)

Mrs Taz said...

kaki bola camtu la .. sume nak beg team kebanggaan diorang hahaha .. sekang Aliq pun nak sokong Chelsea , Man Utd pun sokong gak .. ntah apa² budak kecik tu.

Acik, nnt zia tengokkan kat MV kalo ada zia bitau acik eh?

My Life My World said...

alia zarfullah - Salam Alia, sampai jugak kat blog auntie ni kan. Hilman memang 'Typical Malaysian'. Selalu buat kerja last minute.

Pagi tu ler masa nak masukkan buku, baru dia tunjuk kat auntie zip beg dia rosak. Meroyan jap ler auntie.

Auntie dah jumpa dah. Alhamdullilah. Nanti malam karang auntie sambung cerita macam mana leh jumpa ek ;)

My Life My World said...

Mrs Taz - tak per Zia, Acik dah jumpa kat The Mall. Tempat tak ramai orang membeli belah. Sebab tu 'stock' ada lagi. Itu pun tinggal satu yang display.

Memang ler Zia, kita dulu tak reti pun benda benda gini kan. Hilman everything nak Chelsea. Aran lak ... semua nak MU.

taz said...

Pergi la Kilang Bata kat Kapar, Klang tu...

My Life My World said...

taz - betul gak tu kan. Nanti nak singgah hujung minggu ni bila balik Klang. Thanks ;)