Monday, January 11, 2010

MORNING WALK @ FRIM

AHAD, 10 JANUARI 2009


Hari ni nak kena penuhi perjanjian meja bulat yang dibuat dengan Hilman dan Aran untuk berjogging konon nyer kat FRIM Kepong sementara tunggu Kak Long abis tuition. Aku punyer lah lapar pagi tu ...


Mak Kak Long

Rindu nyer mak nak makan roti canai dengan teh tarik

Mak tak boleh makan Roti Canai, mak kena makan tosei atau capati jer (hamboi! garang yer kau Kak Long... hehehe)

Ala .... seminggu sekali jer, bukan selalu

Tak boleh mak, roti canai tu menggemukkan, mak makan ler Capati ker, tapi jangan la makan dengan daging kambing lak (dia tahu mak dia ni suka makan kari daging kambing)

Dia siap pesan kat Iqa lagi ..."Iqa, kau jangan bagi mak makan roti canai tau"


Gitu ler Kak Long selepas aku lantik dia jadi Trainer 'Biggest Losser' aku, bukan main 'straight' dan tegas giler. Tapi aku suka, itu tanda nyer dia sayang aku ... kan kan kan Kak Long ;) Kak Long tak nak ikut kami sarapan pagi tu. Lepas sarapan kami 'vrooommmmm' ke FRIM, dekat jer. Dah makan kan kena lah buang balik kalori tu, walau aku cuma makan Capati kosong jer ... Huwa! sob sob sob (kesat kesat air idung yang meleleh)

Dulu kan kalau masuk sini, sebuah kereta 2 hengget jer. Tapi sekarang dia dah ikut berapa jam kita ada kat dalam tu. Banyak keta kat dalam ni, semua nyer pergi Morning Walk atau Jogging. Tapi tak lah sesak sangat, sebab kawasan dia beso. Iqa tak nak ikut kami sebab , " dia mana suka benda benda yang memenat dan memeluhkan diri nih" (sambil menjeling). Nasib baik ada 2 jejaka yang terhangat tak hingat, yang lasak dan berjiwa 'adventures' nih.



Udara amatlah segar dan nyaman sekali. Kami parking kat area air terjun, niat nyer nak lepak kat sungai jer. Tapi budak lelaki dua orang ni sibuk nak naik atas lagi ... aku ikut kan aje, boleh jugak bakar lemak ;). Daki punya daki, kami sampai kat tempat denai pejalan kaki nak ke 'Canopy Walk'. Hilman pujuk aku nak naik 'Canopy Walk', tapi kena mendaki lagi 3 kali ganda lebih jauh dari memula tadi. Macam biasa, aku okay kan aje :) ... eksyen tu mak dia. Tapi sebeno beno nyer macam nak putus dah kaki aku mendaki bukit curam dan berbatu tu. Kena tinggal pulak lagi dengan budak kecik 2 orang tuh. Mana tak nyer, daki sikit aku berhenti - daki sikit lagi, berhenti lagi. Tercungap cungap aku cari oksigen ... tu ler pasal dah lama tak exercise. Lastly sampai jugak kat tempat station 'Canopy' tu....Phew ....





Malang nya, kita orang tak leh naik, sebab nyer station yang kita orang sampai tu tempat orang turun. 'Canopy' tu 'One Way Street' ... kena naik kat tempat lain pulak. Dan lagi membuatkan aku terkuciwa, sebab sapa nak naik kena beli tiket kat Pejabat Frim dibawah kaki bukit sana. Dewasa RM5, kanak kanak RM1 jer. Frust lah jugak. Hilman seperti biasa, tak puashati ... "Mak, minggu depan kita datang lagi yer" ... hehehe iyolah Man, kau tak tahu, hampir nak putuih nyawo omak kau ni ha mendaki, bergantang gantang poluh omak mencurah curah ke bumi. Sampai hari ni, sakit badan mak pun tak hilang lagi. Adoyai! ... :)




Masa turun kami ikut denai pejalan kaki yang tak lah curam sangat. Tergugat gak aku tengok, nyonya nyonya tua dengan selamba pun boleh sampai kat atas tu ... laju pulak tu. Macam ni tak leh jadi nih... "Man, minggu depan kalau ada masa kita datang lagi ya" terus bersemangat aku. Kalau mak cik dan pak cik tua leh sampai kat atas tu, aku apa kes nak patah semangat kan. Pantang dicabar tuh ... hish. Hilman sempat lagi cakap, "Mak, kalau mak makan daging kambing tadi pun tak per, mesti dah terbakar kalori" ... wakakakakaka pandai nyer anak aku buat hipotesis.


Kami sampai balik kat kaki bukit 11.20 pagi. Ambik Kak Long kat Perfection dan terus ke Mid Valley, sebelum tu gaduh dulu dalam keta rebut nak pergi mana, lastly dapat vote "2 orang nak ke Sunway" dan lagi "2 orang nak ke Mid Valley", so terpaksa lah aku pakai kuasa veto untuk putuskan ke Mid Valley, sebab aku dah tahu kat mana kedudukan Kedai Bata nak beli Kasut Sekolah Kak Long dan MPH nak beli buku nota Iqa. Kalau Sunway tu mahu aku nak menapak mencari kedai yang aku tak tahu letak duduk nyer. Sempat ler makan tengahari kat Pizza Hut sebagai memenuhi permintaan anak anak yang dah lapar balik, termasuk ler mak dia yang dah mengigil sebab cuma makan sekeping capati sahaja .... banyak woo hilang kalori aku hari ni ;)


16 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ok lagi eh kak nvironment kat sana? dekat 10 tahun xgi sana sjak x-co wat family day kat sana dulu..


wahhh..dah berpeluh bagai..ke MV pulak..hehehe...tak asyem ke kak ?... ahh..anak2 pya hal;lautan api pon boleh diseberangi kann?

azieazah said...

Wow! best nyer.... Kawasan air terjun tu macam dekat jer dgn kawasan Blogger Gathering ritu...

ACIK, naper gambar semua small? Next time masa upload, klik LARGE, so gambar akan occupied space (wide). Baru nampak muka hensem tak hengat tu.. hehehehe...

apapun sejak ada kamera baru ni, gambar semua sharp dan lawo...!

azieazah said...

ACIK... teruskan jer amalan joging tu, kasi maintain.. heheheh..

tetiba aku pun tingin gak nak makan capati...

My Life My World said...

azrina03.07 - okay lagi enviroment kat FRIM tu Rina, sebab banyak pokok kut. Dah banyak bangunan baru kat dalam ni.

Berpeluh tu memang lah Rina... tapi tak per, peluh akak wangi. Wakakakaka. Kita kalau dengan anak-anak memang gitu, istilah bercinta tu dah jatuh kat anak anak lak sekarang

My Life My World said...

azieazah - Kak AA, memang tempat Blogger Gathering pun, nak lepas geram sebab tak dapat pergi kan, tu yang hangkut anak anak tu.

Tu ler, rasa nyer dah Large dah masak klik, tapi sebab buat 'collage', gambar jadi kecik lak. Ni ler masalah nyer, semua gambar nak tayang masuk, nak tak nak terpaksa buat gitu. Konon macam semua gambar yang ditangkap dengan kamera baru tu lawa lah ... ceh, ayat perasan.

Akak, sedih nih, dah diet seminggu, jarum penimbang tu tak bergerak gerak pun. Rosak kut penimbang tu :)

mizadgreat said...

wah2 ada improvment..impressnyer miza tgok blog awak ni.....nak buat gbr yg letak byk2 sekali tu camner..ajarlahhhh....wah trainer kat umah dah ada sure menjadi ni..miza lum ada lg...anak2 asyik suh jogging jer...petang2...tp klau jogging mama takut tulang kakai mama reput..hehehehe..semua alasan

My Life My World said...

mizadgreat - senang jer Miza, pakai 'PICASA'. Aku pun tak tahu jugak, kalau benda komputer ni Miza, semuanya anak anak aku yang ajar. Hehehehe ... kalau kau nak belajar, kau kena tanya anak aku ler

Soal nak beriadah tu, aku dapat buat hujung minggu jer, sebab 'weekdays' aku buzy banget, tak sempat pun.Ada hati jugak rasa nak beli basikal, mesti best pusing pusing taman.

azieazah said...

ACIK...
semua gambar tu ACIK large kan dah jadi “pecah-pecah” sebab mungkin resolution dia rendah. Kena check balik SETTING di kamera. Mungkin semua pic tu Low Res (resolution rendah tu).

Kalu tinggikan skit Res dia, bila kita upload it still sharp.

Res tinggi, utk reduce tetap takda masalah sebab ori dia dah memang tinggi.

Tapi awas, jangan terlalu tinggi, sbb nanti blog jadi berat.

tanya pada yang pakar.. hehehehe but not me..

My Life My World said...

azieazah - tu lah kan dah jadi pecah-pecah. Apa apa pun terima kasih. Kira akak pakar lah jugak compare tu saya yang tak tahu apa apa :)

ayang said...

Tu dia... punya la banyak gambau tangkapnya.. Almaklumlah kamera baru.. Berbalaoi baloi nampaknya.. Tak sia-sia en hashim & anak2 bagi eek

ayang said...

Nanti bila-bila kita potluck kat sana na.. I dah teruja dah nak gi ni.. Suka sesangat la bab2 adventure ni..

CikMinahSayang said...

Takpee auntyy , kuatkan semangat nak kuruskann badann :D

My Life My World said...

ayang - dah ada kan kena lah 'fully utilised' nanti :) Bila bila ??? tak sabar dah nih, kau bawak Pot akak jadi yang bertuah(luck) tu lah yer, tak yah bawak apa apa ... gurau jer ;)

My Life My World said...

Imn - caiyok ! caiyok! ... Iman nak join tak :) tapi kak long garang taw.

IXORAROXI said...

nak slim semula kena banyak usaha, paling penting kena konsisten dan banyak banyak banyak banyakkkkkkkkkkkkkk sabar.bukan mudah untuk body respond luarbiasa memecah lemak memaksa jarum penimbang bergerak berkurangan,our body memang sangat unik..lagi satu memang kena selalu bersenam, kurang makan, kalau mampu elakkan makan nasi insyallah..see u at slim level bukan slim river :D (aku sendiri pun kerja keras separuh nyawa.belum pun dapat berat badan sebelum conceive tu!hahahah)

My Life My World said...

IXORAROXI - memang betul kata kata itu IX, memang susah betul nak lawan nafsu makan ni. Kalau nak gemuk senang jer, nak kurus aduyai, nak kena ada orang motivate selalu dan peringatkan selalu, kalau diri sendiri jer nak struggle memang susah nak berjaya melainkan 'willpower' memang betul betul kuat. Terima kasih atas nasihat tu yer Ix ... ;)