Hari ni Aran bagi aku satu 'list' barang suruh beli untuk subjek Kerja Seni kat sekolah dia. Biasa lah anak-anak aku, hari ni nak bawak ke sekolah, pagi ni jugak baru nak suruh beli. Nasib baik ler aku ada masa pagi lepas hantar Kak Long dan Iqa ke sekolah, boleh gak singgah ke kedai runcit. Nengok dari senarai yang komot dikerjakan Hilman tu, Cikgu dia suruh bawak - kentang/keledek, water colour, berus warna, kertas lukisan dan pisau lipat. Aik ... dalam hati aku biar betul nak bawak pisau. Cuak sungguh aku ni. Budak umur 8 tahun di suruh bawak pisau ke sekolah. Yang ni jer aku tak bekalkan, suruh dia mintak tolong cikgu jer. Aku pesan berkali-kali kat dia, jangan buat sendiri, suruh cikgu jer.
Tadi petang sempat berborak dengan dia on-phone. Seronok dia bercerita kata lukisan dia cantik. Lepas tu dengan 'excited' nyer dia cerita lagi, "Mak ... tadi ada kawan kelas Aran kena pergi Hospital", pasal apa aku tanya dia "Tangan dia kena pisau masa nak potong kentang tu, darah banyak sangat, takut Aran" ... Astaghfirullah al azim .. seriau nyer aku dengar, nasib baik tak kena kat anak aku. Kalau kena mahu aku pergi jumpa cikgu nih. Aku tanya Aran, kenapa cikgu tak potongkan, dia kata "Cikgu suruh potong sendiri, dah darjah 2 mesti dah pandai potong". Argh, geram nyer aku. Kesian budak pompuan kawan kelas Aran tu, tak pasal pasal dah kena pergi spital. Entah macam mana ler keadaanya. Semoga dia tak apa apa.
11 comments:
Ish cikgu tu, ada ke patut cakap budak 8 tahun dah kena pandai potong! I pun tak berani lagi nak bagi anak2 I pegang pisau. Sekarang dah berdarah, sape yang susah kan... Agaknya cikgu tu takde anak kot, tu yg dia tak paham sgt.
memang seriau lah ! cikgu tu biar betul.
Along nak bawa gunting untuk seni pun saya berat hati nak bg. Banyak kali pesan sampai dia tenung semacam kat saya..hehe.
ARAN ni sama age dgn CHAK. Tapi setakat ni CHAK belum pernah ada keja seni yang kena bawa pisau. Paling2 pun gunting. Biasanya gunting depa ni jenis yang pemegang plastik dan kecil.. tak bahaya.
Kalu kat rumah pun tak pernah pegang pisau, cemana kat skulah nak guna pisau..
Cikgu tu tak leh fikir ke?
lemongrass - itu ler yang geram sangat tu LG. Dengar nak kena bawa pisau lipat pun dah cuak sangat. Rasa nyer cikgu ni muda sangat kut, salah salah baru keluar maktab. Penat ler dia nak jawab dengan cikgu beso tuh.
azrina03.07 - Biar dia tenung kita semacam, jangan kita lah kena tenung dia dengan bermacam macam perasaan. Last kali kalau dia nangis luka, kita pulak meraung tengok luka dia.
azieazah - tu lah kak, macam tak logik budak darjah 2 kena bawak pisau. Dah ler kena toreh buah kentang dengan keledek tu sendiri. Kan dah berdarah tangan murid sendiri :(
memang bahaya bebudak ni bawa pisau2 ke sekolah, namapun budak2 kang seni tak jadi lain pulok jadinya
Ixoraroxi - takut dia pakai pisau tu untuk buat benda lain pulak kan.
Salam MLMW :-D
Biar betul MLMW! Cikgu suruh pakai pisau lipat potong kentang sendiri???!!! Di sini nak guna gunting pun selalunya Cikgu akan pesan, "Ask an adult to help you", "If you really have to, point it away from you, but the best is to wait for an adult to do it for you" gitu. Berani mati sungguh Cikgu tu ya...
Tapi kat sini, usahkan gunting dengan pisau, I cerita kat Cikgu di sini anak I masa umur 4 tahun masuk tadika dah ada homework pun, dia macam nak pengsan dengar....
Moga2 that girl is OK.
Mia's Mom - Salam MM :) Saya rasa kan mesti Cikgu tu kena marah dengan Cikgu Besar, sebab Cikgu Besar dah kena marah dengan mak bapak budak :)
That girl tak datang sekolah semalam. Kan dah rugi masa belajar dia sebab benda yang terlepas pandang nih.
Salam MLMW :-D
Tak pasal2 the girl tu cuti.
Kelakar jugak tu - Cikgu kecik kena marah ngan Cikgu Besar!
Anyway, anak2 kita ni memang satu hal kan? Masa nak gi sekolah tu lah baru teringat nak beli macam2 untuk bawa ke sekolah. Agaknya dia orang ada code yang sama sedunia ni kut? Anak I siap ada notebook kecik untuk tulis apa2 yang kena pakai esok (kat sini kadang ada bila ada kelas drama kena pakai T-Shirt kuning la, bawa plimsol la..), homework kena buat, benda2 nak bawa esoknya - tapi, tetap awal pagi baru beritahu! Tak de purpose tulis beriya!:<
Post a Comment