Thursday, January 14, 2010

PETUA MEMBELI BELAH

Aku baru balik dari beli barang kat Tesco tadi. Nak bagitahu ni, apa yang aku selalu buat bila pergi HyperMarket macam ni. Sebelum ke Pasar Raya aku akan tulis dalam buku nota apa yang nak beli, supaya aku yang memang lah rambang mata ni tak akan beli benda yang tak diperlukan. Tapi aku 'admit' terbelilah jugak :) satu dua barang. Then bila pergi kat kaunter barang...ambik barang dan catitkan harga barang kat 'note book'. Kalau kat kedai runcit tak jadi masalah, sebab dah ada tag melekat kat barang tu.



Bila dah sampai kat kaunter bayaran aku akan tengok setiap harga barang yang 'cashier' tu 'scan' sama tak dengan apa yang aku catitkan. Selalu terjadi harga barang tu lagi mahal dari harga yang tercatit ... memang ler aku akan tegur. Macam tadikan, aku belikan Kak Long 'marker', kat kaunter barang dia tulis RM5.00, tapi bila 'cashier' scan dah jadi RM9.90 ... banyak beza tu. Lepas buat aduan kat Kaunter Khidmat Pelanggan, dan bila dia orang 'check-out' ternyata aku betul. So aku dapat lah balik RM4.90 tu. Itu untuk satu barang, selalulah jugak aku kena untuk dua tiga barang.





Sesetengah orang mungkin rasa benda ni remeh dan ambik keputusan biar kan aje lah. Bagi aku tak, sebab ini bukan pertama kali aku terkena dan aku bukan lah orang kaya pun... Setiap sen yang aku bayar tu berharga untuk aku, sebab bukan senang aku nak cari duit. Cara ni memang berkesan, walau pun kekadang orang kata aku dalam kategori 'taik idung masin' ... PEDULIK. Aku selalu buat apa yang aku rasa selesa dan suka tanpa memikirkan apa yang orang lain nak kata. Tetiba rasa serius lah ;) pulak bicara malam ni. Walaupun cara aku membeli belah sambil mencatit dah nampak macam budak supermarket yang tengah kira stok barang kan :)




Tadi sempat beli Hadiah Hari Jadi Aran, dia yang 'proposed' untuk barang ni. Alhamdullilah mainan 'BATTLESHIP' ni murah jer, tak sampai RM10 hengget. Lagipun dia dah dapat hadiah mahal dari Abah kan ... atau pun dia tahu mak dia tengah sengkek sekarang nih, hehehehe. Sayang anak mak sebab memahami ;)


p/s : sampai hari ni aku duk asyik teringatkan Datuk K yang hadiahkan Datuk CT beg LV harga RM40,000.00 tu ... bertuah nyer CT. Kalau ler aku dapat RM40,000.00 tu kan, macam macam aku boleh buat (tongkat dagu sambil berangan)...hehehe

18 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

bagusnya kak.

Dulu saya ghajin gak..sekarang ni malas lah...sumer row saya lalu utk pastikan xde yg terlupa.hehe.. biasanya pergi sorang. laju skit..

Tak sempat sbnarnya nak buat checklist (tp sempat pusing satu TEsco..hahaha)

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

Bagus cara MLMW tu. Sekurang2nya dia (pihak hypermarket & yang sewaktu dengannya) lebih berhati2. Di sini saya pun tiap2 kali pergi Tesco mesti ada list - tapi sebab kat sini bila petang sikit banyak barang2 turun harga contohnya kalau harga tomato pagi2 dalam £1.15 bila petang turun ke £1 for 2 dan bila malam turun sampai jadi £0.20p. Roti pulak kalau pagi dalam £1.46p malam dah jadi £0.28p - tu yang jadinya list entah ke mana tu - mesti ada extra punya - sebab kami memang pergi malam. :-D

lemongrass said...

Kak Acik,
I pun selalu buat list sbb nak make sure tak terlupa barang bila balik rumah nanti but selalunya memang ada benda yg terlebih beli :-). But benda2 yg on sale aje yg I terlebih beli ni, hehehe. Harga tu pun I selalu perhati kan sbb memang kdg2 dia ter scan lebih. Kena lah kan berjimat cermat ni :-)

azieazah said...

Bagus tip tu ACIK. Memang nampak macam leceh, tapi berkesan untuk kebaikan kita sebagai PENGGUNA.

Kadang2 memang ada kedai2 yang sengaja buat scan salah, sebab itu strategi pemasaran.

1 hari kalu dapat 10 pembeli salah bayar? seminggu dah berapa untung?

IXORAROXI said...

tak pelah awak kalau tak dapat handbag RM40k tu..tapi awak sentiasa ada HADIAH yang lebih bermakna daripada yang Dato' Siti tu dapat...awak ada 4Orang anak yang harganya, PRICELESS!!!!

Mrs Taz said...

acik,

zia pun rasa diorang menipu sbb selalu kitorang belanja dalan 400++ tapi baru² ni rasa barang lg sikit dari bulan lepas tapi dekat 600 yan kena bayar .. zia pun pelik tapi nak check satu² tak larat ler .. list kitorang dah le panjang giler ..

apa pun dalam hati kata " tak pe la amik la duit aku ,kau amik harta aku, kau takkan kaya aku pun takkan miskin "

ayat ni mak yan yg selalu cakap sebab barang² dapur kat umah dia selalu kena cilok ngan gardener :P

azieazah said...

Dato’ SITI bukan hanya dapat handbag 40K, tapi dengarnya dapat keta Merz baru, kan?

tido atas duit... harap2 murah rezeki. Mana tahu ada insan2 yg tidak mampu dapat menumpang sama...

ayang said...

Berangan tak salah. Mana tau kot2 leh jadi kenyataan 1 hari nanti. Tapi bagi ayg membazir btl handbag sampai RM40k. Duit depa byk sgt. Jadi lagu tu la.. Tak tau nak perabih kat mana kot no... Tuah badan.. Yang kita ni dok kira hari nak dapat gaji sebab gaji bln lepas dah clear... :-(

My Life My World said...

azrina03.07 - Rina, akak kalau pergi semua row kan, alamatnyer penuh ler troli :) memang semua rasa nak beli.

Betul tu, pergi sorang cepat sikit. Kalau pergi dengan anak anak, penat nak jadi lecturer ekonomi lak kat dia orang lak, explain apa yang boleh dan tidak boleh beli ...hehehehe

My Life My World said...

Mia's Mom - seronok nyer beli barang dengan harga runtuh macam tu kan. Save banyak tuh. Pandai MM berjimat cermat. Kat sini pun Tesco bukak sampai pukul 12 malam, last last minute tu pun ramai orang. Ni mesti spesis MM kan kan kan :)

My Life My World said...

Lemongrass - eh eh ...sama lah kita, macam semalamkan akak beli bekas 'storage' besar dengan harga RM24 hengget jer. Harga betul dia RM42 hengget. Memang dah lama 'aim' nak beli, tapi selalu tak jadi sebab rasa mahal...hehehe. Tapi berbaloilah jugak beli time sales gini kan. Berkat kesabaran ku.

My Life My World said...

azieazah - betul kak, itu baru kena saya sorang, kalau semua orang yang bayar tu kena, wah dah untung banyak dia orang kan. Saya kalau setakat 5 sen - 10 sen tu tak lah kisah sangat, tapi dah makan ringgit tu kena lah kisah :)

Dato Siti ada Yayasan Nurjiwa kan, mesti banyak duit Yayasan dia kan. Gila gila mahal semua hadiah dia. Tahun sebelumnyer lagi pulak, RM200,000.00 je untuk jam tangan. Saya nak beli jamtangan 'IX' pun pikir berkali kali ... wakakakaka. Jangan marah aaa IX, nanti kena jual ;)

My Life My World said...

IXORAROXI - betul tu IX, anak anak kita memang tak ternilai. Kalau digilap bercahaya menjadi orang yang berguna lagi tak ternilai. Semoga anak anak kita menjadi anak anak yang soleh dan solehah dan berjaya dunia dan akhirat, Amin.

My Life My World said...

Mrs Taz - rasanya memang harga barang dah naik sekarang. Acik kalau orang tak inform kata Roti Gardenia dah naik 20 posen, acik pun tak sedar. Cuba ler buat macam acik, tapi kena rajin lah cikit.

Lepas tu kan mahu berjam jam Zia dengan Yan duk kat Kaunter Customer Services tu, sebab mesti banyak barang tak sama harga ... hehehehe. Yan, ada berani?

My Life My World said...

ayang - hahahaha betul lah tu ayang, kita ni ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang jer. Dapat duit awal bulan, semua buat bayar hutang. Kekadang macam dapat gaji pun serupa tak ada makna ... hehehehe. Akak ler tuh ;)

Anis Rusham said...

thx for the tips,auntie.mak anis mesti bangga kalau anis praktikkan tips ni..
auntie xpenat ke check harga setiap barang yang auntie beli tu? *just wondering*

My Life My World said...

ANIS - sama sama Anis. Mesti auntie pun berbangga kalau anis praktik benda ni :). Auntie tak ada rasa penat pun, malah teruja nak cari silap orang muahahahaha ... keji sungguh kan ;)

Anis Rusham said...

haha.auntie!kita samala!!suka cari salah orang lain..
saja je suka2..
hehe