Friday, January 29, 2010

SIBUK BANGETTTTT

Esok Kuala Lumpur cuti sempena Thaipusam, tapi mood cuti aku 'yelek'. Sebab nyer kerja berlambak kat opis. Sekejap tadi pun balik lewat. Dengan jalan jem giler sebab semua orang nak balik kampung. Sampai rumah dengan penat, dan bila tengok kain jemuran tak berangkat bertambah penat aku dibuat nya ... hmmm apa lagi berangin la aku. Dan bila mak naik hantu angin baru lah anak anak sedar diri nak buat kerja. Aku tak ada bibik yer kawan kawan, so kena lah buat kerja sendiri. Aduhai, bukan pun banyak kerja yang nak mintak tolong ... tapi biasalah anak anak bila dah leka dengan TV dan komputer, kerja yang sikit langsung tak hengat nak buat.


Sampai dua adunan kek sekali aku harung buat ;)


Aku baru je lepas masak 'Chocolate Cake'. Dah plan sebenarnya dengan Zia dan Yan, esok nak ke Melaka, nak ziarah sahabat rapat disana. Tak sabar nak tengok rumah baru Angah dan berkunjung ke rumah Lecturter kita, Mizadgreat. Kebetulan lak Angah baru balik dari mengerjakan umrah 2 hari lepas. Dah nak pergi rumah orang, tak selesa bertangan kosong, nak jugak bawak sesuatu. Start masak kek dah pukul 10.00 malam. Dalam menunggu kek masak, boleh lah buat kerja lain. Jemur kain, basuh kain, kemas dapur, tengok tengok kan anak study ... borak borak dengan anak anak (walhal tadi baru jer marah dia orang, cepat benar sejuk nyer aku ini, dah anak aku pun pandai bebenor ambik ati mak dia ni hah :))



Oven yang dah hampir berusia 10 tahun ... dah banyak jasa oven ni


Lupa nak cerita, hari ni di sekolah Kak Long dan Iqa ada upacara 'Road Run'. Glamour bukan main nama 'Road Run' macam bunyi cerita kartun "Road Runner Show" masa aku kecik tu jer (Mia's Mom sure ingat cerita ni kan kan kan) ... heheheh, kalau masa aku sekolah dulu kita orang panggil 'Merentas Desa' jer.



Dan mak cik kat atas nih ... eh ini masa mak cik ni kecik :)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Haaa ... yang dah besar ni


Dia telah tersadung kaki orang lalu jatuh kecepuk kecepur. Seluar sukan terkoyak, lutut luka dan tangan terseliuh. Petang tadi dah mintak tolong jiran urutkan tangan Iqa. Adalah kurang sikit sakit dan kurang sikit bengkak di tangan. Meleleh air mata dia menahan sakit. Mak pun rasa nak meleleh sama ... huwa! Kalau sakit sangat lagi esok kita pergi klinik yer sayang.


Kak Long dan Iqa ... masa kecik jer suka berlari


Kan dah selalu aku cerita. Anak anak pompuan aku ni memang tak suka bersukan langsung. Baru jer berlari lari macam ni, pun boleh tercedera. Kak Long tok sah cerita lah, dia ngelat tak lari tadi. Sebab dia tolong Iman (BFF Kak Long) jual 'cookies' masa 'Road Run' tu. Pandai kan dia cari helah tak nak join lari lari nih).

Weh !!! Nak kena paksa mata untuk tidur, sebab esok nak pergi jalan jalan. Zia tunggu Acik kat Tol Air Keroh yer ;)

15 comments:

Anis Rusham said...

kesian iqa.
tadi ramai lah jugak injurt auntie.
ada yang sampai pengsan2.
anis pun salah satu budak yang injurt.
pbsm dah tak tahu nak buat apa kat kaki anis,sbb dah membengkak

My Life My World said...

ANIS - cian anis. Auntie ada baca anis cedera, kaki bengkak, kasut sempit kat blog Anis tadi. Banyak kan rehat tau, jangan banyak gerak.

Auntie pun risau dengan tangan Iqa. Meleleh air mata tahan sakit :(

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

A'ah. I ingat Road Runner tu. Cerita dia petang2 sikit dah dekat2 nak Maghrib. Tapi kadang2 I hangin juga tengok sebab dia je asyik menang. Nak le jugak sesekali tengok dia kena hempap dengan batu ke? Macam Tom & Jerry la - I hangin jugak asyik2 Jerry je menang (apasal I emo dengan kartun ya? Merapu la tu!).

Laa...sampai terseliuh dibuatnya. Harap2 tangan Iqa sembuh secepat mungkin.

Dan MLMW, selamat berjalan2 dan selamat memandu ya? Bila agaknya nak berjalan ke sini pulak? :-D

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

wahhh oven akak dah > 10 tahun ?.. lama tu...

saya xpernah pakai jenis tu... xde space nak letak..hehe.. yg guna dulu mekowave convention pon dah rusak...sampai la ni xbeli2 dan xrepair2...

nak buat kek saya kukus jer...hehehe..

sian Iqa.. get well soon kata kat dia ye kak. nasib baik tak seriously injured kan ?..

lemongrass said...

wahhhh... rajin betul Kka Acik. Balik penat2 boleh masak 2 biji kek, hehehehe.
I pun slalu gak mengamuk kat budak2 tu kalau I balik penat2 and tengok rumah bersepah2 :-).
Kesian Iqa, kalau makin teruk kena bawak gi X-Ray lah, takut more than just terseliuh

Norfatin Suraya said...

masa kat sekolah pun dia tkleh duduk, kaki dia sakit. nak makan pun pakai tangan kiri. kesian jugak tengok dia :( tapi tu degil nak teruskan jugak lari.

CikMinahSayang said...

CEH , dulu time kecik juara .
Sekarang ? Mengelat :D hehehe .

Anonymous said...

salam MLMW. mak cik suka kartun road runner tu... menghiburkan. bila baca cerita MLMW ni teringat masa mak cik kerja dulu -penat macam tulah ,sebab tak ada bibit, mujurnya pak cik banyak menolong.semoga adik sabarkerana ganjarannya banyak dik.

My Life My World said...

Mia' Mom - hehehe ... tak adil kartun tu kan, yang menang akan terus menang. Kesian pada yang selalu kalah tu.

Terima kasih atas doa MM untuk Iqa dan kami semua. Yang lagi haru tu kan, Iqa kena kat tangan kanan. Susah nak menulis dan ambik nota, esok dah start sekolah pulak.

Saya dah selamat sampai rumah malam tadi MM, nasib baik highway tak jem, walaupun memang banyak kereta :)

My Life My World said...

azrina.03.07 - Kek Coklat ni kan kalau kukus lagi sedap. Tapi akan ambik masa lebih sikit la compare to oven yang akak masukkan 4 bekas sekali terus ;). Nanti kalau ada masa memang nak buat yang kukus, sebab dia jadi lebih lembab dan moist.

Terima kasih atas Doa Rina untuk Iqa. Semoga dia cepat sembuh, nasib tak teruk sangat.

My Life My World said...

lemongrass - tak jugak rajin, tapi dah 'set in-mind' mesti buat sejak beberapa hari sebelumnyer :P

Anak-anak kita ni, macam kata Mia's Mom, memang dah ada standard satu dunia kut, memang sifat azali dia orang macam tu. Sabar jer lah :)

My Life My World said...

Norfatin Suraya - Iqa tu kan Fatin, dia tunjuk gagah kat sekolah ... sampai rumah jer terus hilang sifat gagah dia tu, agak nyer dia nak manja manja dengan mak dia lah tu ;)

My Life My World said...

Imn - mesti dalam hati tu Terima Kasih kat Iman sebab buat stall jual 'cookies' hehehehe ...tak yah dia lari lari kat sekolah. Pandai kan dia 'lari' dari masalah ;)

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam kak. Pasal kartun ni kan kalau terjebak kat TV waktu dah tua ni masih jugak layan :)

Kalau nak dikira pompuan ni kuat jugak kederatnyer kan. Dah la balik penat dari pejabat, kena pulak buat kerja rumah. Masa rehat tu adalah bila mata terpejam untuk tidur jer.Heheheh ... tapi masih ada masa layan Blog judak tu. Untung akak dapat pak cik rajin.

IXORAROXI said...

samalah ngan DAYAH, kalau bab sukan balapan ni memang maaf jeklah..tapi yang peliknya bola baling boleh pulak dia main dengan bagus, siap jadi comittee dan wakil lagi :D..cian IQA, takpelah kasi brutal skit :D