Friday, May 14, 2010

DI SAAT 'CHICKY' MASUK RUMAH

Hari Isnin - 10 May 2010 ... Masa aku baru masuk rumah dan peluk cium Aran, dia kata "Mak, tadi cikgu pesan hari Rabu kena pergi sekolah pagi", Aku tanya "Kenapa?"... dia jawab " Cikgu kata Aran menang hadiah mewarna KFC, ish Aran takut lah, sebab orang lain tak datang, Aran dengan kawan Aran jer" ....




Hari Selasa - 11 May 2010 ... "Mak, esok mak hantar Aran pagi yer, nanti boleh tak mak ambik Aran balik pukul 9 pagi. Aran pergi ambik hadiah jer, Aran takut lah, nanti sapa nak teman Aran" .... aku jawab "Ala Aran ikut la abang Man, nanti mak suruh tok abah ambik Aran yer"... Hilman lak menyampuk " Mak, cikgu kata Man pun menang dapat adiah, Man tulis English Essay" ... Hehehehe " Biar betul Man, kau mana pandai tulis karangan, in English lak tu, apa la yang kau goreng yer Man". Dia jawap " Betul mak, tapi tak tahu nombor berapa" ... okay lah tu, sejuk perut mak mengandung kan korang berdua ...




Hari Rabu -2 May 2010 ... "Man, tolong jaga adik yer. Kesian dia tak ada kawan, nampak jer adik kau tu Macho, tapi pemalu ... hehehehe". Aran pergi sekolah berlenggang jer, tak bawak beg pun. Dah nama pun nak collect hadiah jer kan :) Memang betul lepas tu, Aran mengekor jer mana abang dia pergi. Abang masuk opis nak baca doa kat pembesar suara tu pun dia ikut masuk sekali. Abang dia beratur pun, dia leh beratur sebelah abang dia sekali. Hehehehe...




Pukul 9.oo pagi tu, aku ingatkan Tok Abah suruh ambik Aran, dah pesan pagi tadi tapi takut Abah aku lupa. 9.20 pagi macam tu Aran call aku "Mak, Aran dapat hadiah besar, dengan sijil dan voucher KFC. Seronok nyer mak" .... yer mak percaya, dengar suara pun macam Aran tengah happy giler, terus meresap rasa happy tu kat Mak. Lepas tu kan dia kat "Mak balik cepat yer, Aran dengan Man tak bukak hadiah lagi, nak tunggu mak balik" ... okay lah sayang :) Memang dia orang tunggu aku petang tu, dua tiga kali Hilman dan Aran call dan sms tanya aku dah nak balik ker. Alahai! terharu lah pulak aku, nasib baik tak menitis air mata barang setitis dua ... hampir hampir jugak lah meleleh.




Hilman pulak dapat tempat ke tiga dalam Essay Competition. Tempat pertama dan kedua budak Tahun Enam yang menang. Dia sorang jer Tahun Lima. Aku ingat dia ni tak pandai mengarang, tapi dia memang terer bercakap dan merapu. Daya imiginasi yang tinggi dan entah hapa hapa dalam kepala dia. In English lak tu ... selama ni pun dia belajar English through Internet, PS2, Movie kat Astro dan lagu lagu mat salleh (bukan Salleh Yaccob) kat radio. Anak aku tak reti dengar lagu melayu. Macam alergik jer kalau aku bukan siaran melayu. Aku, bab ni sering kalah. Dah tu 4 lawan 1 kan. Hilman dapat Sijil, Hamper dan Voucher KFC juga.




See ... aku kan dah kata dia punyer lah happy. Sampai malam tu dia tidur sambil memeluk Chicky hadiah yang dia terima pagi tu... hahahahahaha... Aran Aran (senyum aku sambil geleng kepala). Nampak nyer lepas ni puas ler kita orang makan KFC ...hehehe. Satu Voucher satu BARREL, kalau dua dah voucher 2 BARREL. So we decide, satu makan dengan orang Kuang, satu makan dengan orang Klang. Adil dan saksama... semua orang boleh rasakan ;)

Gambar selanjutnyer ada kat Blog Sekolah dia kat sini http://skkuangs.wordpress.com/

16 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Congrats untuk anak-anak akak! Nanti saya nak suruh anak saya baca ni..biar dia tengok..


Kuang tu di Rawang;termasuk orang ni jugak ke... hehehe..

azieazah said...

Alhamdulilahhh.. syukurrr!

seronoknya baca, sampai rasa bergenang mata nih.
Tu ler, kadang2 bakat dan kebolehan anak2 ni tak disangka-sangka.

Tak kira ler hadiah besar ker kecik, barrel ker tak barrel, yg penting berani mencuba dan dihargai oleh semua pihak. Syabasss Mr Sahab!!

*tunggu Aran tidor pastu curik snap gambor yerrrrr

My Life My World said...

azrina03.07 - Salam Rina :)

Terima kasih bagi pihak anak anak. KFC dah datang ke sekolah dia orang.

Memang Kuang, kalau ikut alamat dia jadi
48050 Kuang
Rawang Selangor ... hehehehe
dekat jer kita ni sebenarnya.

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Mr Sahab yer Kak ... hehehehhe.
Alhamdullilah, memang kita tak pernah menjangka apa kebolehan dia orang, tetiba meletup jer ... dan "Eh! pandai gak anak aku ni" ... Semoga kejayaan mereka berpanjangan

# Aran bila tahu gambar dia tidur dengan chicky masuk blog, terus termalu malu, tapi suka ... hahahaha

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Tahniah untuk Aran dengan Hilman! Seronoknya dapat KFC 2 barrels - ni bernada jealous - sebab nak dapat FC halal kena travel dekat 2 jam baru dapat (KFC halal tu kat Glasgow!)

Anyway, I suka gambo Aran dengan Chicky tu! Comey! :-D

Mrs Taz said...

Congrats ..congrats Aran and Hilman ... untungnya laa acik dapat anak2 camni ... Alhamdulillah .. anak2 pelengkap hidup kita kan? Esp anak2 yang solih , harta yang boleh kita bawak sampai mati ... :)

mohdandmeriam said...

salam ros..tahniah buat Aran and Hilman..tulah ros siapa sangka mereka ada bakat terpendam..smoga Aran n Hilman menjadi kebanggaan emak ayah..

mizadgreat said...

wah wah,kena bela bakat dia ni....

My Life My World said...

Mia'Mom - Salam MM

Terima Kasih on behalf Aran dan Man :) Setakat hari ni, voucher masih belum bertukar tangan di KFC ... Voucher expired August. Lambat lagi.

Cian nyer dengar cerita, nak makan KFC pun susah yer kat sana. Kita kat sini hari hari lalu depan kedai KFC. Hehehehe ... nanti balik Malaysia, makan puas puas tau. Tapi kena singgah Tanglin dulu makan nasi lemak kukus berlaukkan sambal sotong... sajer jer nak kasi MM terliur .... hehehehhe ;)

My Life My World said...

Mrs Taz - Salam Zia :)

Alhamdullilah ... setakat ni senang nak jaga dan bentuk dia orang. Bakat tak terjangka pun banyak yang muncul. Tu yang selalu buat mak dia terharu tu ... hik hik hik

Insya ALLAH, ini jer lah saham kita dunia dan akhirat. Harapan, semoga mereka berjaya dunia dan akhirat. AMIN

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Terima kasih mak cik on behalf mereka berdua. Aran kan satu lagi minat dia yang mengejutkan saya ... baca novel yang tebal tu. Sekarang dia tengah baca Novel Ramli Awang Mursyid '9 Nyawa', mak dia pun tak sempat baca lagi ... hehehehe ... bila tanya dia, faham ker ... dia jawab faham :D

My Life My World said...

mizadgreat - Salam Miza :)

Ha'ah .. tengah bela lah ni, aku dah siap beli Pensil Kaler yang banyak warna tu untuk dia ...hehehhee

Esok dia ada pertandingan mewarna lagi sempena Hari Guru ... tak sabar mamat tu nak join. Semoga dia berjaya lagi.

kakzie said...

tahniah Aran dan Hilman...cute ler patung chicky tuh...nak pinjam satu mlm leh tak..:D

My Life My World said...

kakzie - Salam Zie :)

Terima kasih on behalf ... nak pinjam Chicky? Boleh ajer, meh datang umah ... ada berani, lepas tu main kejar kejar dengan Aran dulu. Hahahahahaha

IXORAROXI said...

tahniah buat ARAN & HILMAN..sedapnya ayam goreng hehehe

My Life My World said...

Ixoraroxi - Salam IX :)

Tima acih on behalf mak dia
Nanti kita gi dating kat kedai ayam goreng tu yer ;)