Tuesday, May 25, 2010

MUSIM KENDURI DAH START DAH

AHAD, 23 MEI 2010




Hari ni, lepas ambik Kak Long di Perfection, terus menghala ke Klang sebab ada orang Tawin. Kak Long jadi budak baik hari ni, pergi Tuition pakai baju kurung, dah la sampai kelas lambat kan Kak Long ... hehehehehe, sorry ler sayang. Gara gara mak dia tidur balik lepas subuh, sedap lah pulak kan. Sebab hujung minggu jer dapat tidur lama sikit.


Gambar pengantin wajib di tempek sebagai bukti pergi rumah orang kawin :)

Yang kawin adalah sepupu pada ayah anak anak aku. Untuk pertama kali Tok Din buat kenduri kawin. Meriah giler, siap ada kambing panggang lagi. Dah la daging kambing ni feberet aku dan Hilman. Rasa nak pergi hambik berkali-kali, tapi malu lah pulak dengan pak cik yang panggang kambing tu. Sedap giler ... lembut jer daging dia, (Dia adalah merujuk kepada Kambing dan bukan Pak Cik yang tukang panggang yer)


Alia tengah control ayu ditengah tengah mak dia dan Cik Ita, Nurin tersengih kekenyangan

Masa kami sampai tu, dalam pukul 12.15 tengahari, elok jer sama time dengan Alia, Sarah, Ain , Uncle and Mak Alia. Apa lagi terus beratur cari makan. Hilman kelaparan sampai pening pening kata dia. Hehehehe... tak sabar nak makan lah tu. Cari pot baik punyer. Biasalah kalau kenduri kawin kat Kampung Jawa, meja makan akan penuh dengan berbagai bagai jenis kerepek dan kek, siap ada tapai lagi. Tu yang bila abis makan tu, kita orang ni melekat kat meja, sebab sedap jer mengunyah jajan-jajan yang ada kat atas meja tu. Tapi sebab sedar diri kan, dah tu ramai pulak tetamu lain yang mencarik carik meja kosong, maka tak reti reti .... pandai pandai lah bawak diri ... nyah dari meja yang marbelles dengan makanan itu.


Masa ni baca doa masa pengantin baru masuk umah, Iqa udah udah ler posing tu

Tapi tak leh la balik dulu kan, sebab balik umah nenek pun tak ada guna gak. Abis tu nenek dan segala kaum kerabat kita orang pun ada kat situ. Buruk jer perangai, lepas makan nak balik, dah la sedara rapat lak tu. Walaupun tak jadi penanggah, jadi penyibuk meramaikan dan memeriahkan kenduri tu adalah elemen yang cukup penting :). Apa lagi melepak ler dalam umah pengantin, sambil melakukan perkara wajib. Apalagi .... jengah bilik pengantin dan pelamin ler. Dah tu aktiviti kita orang melepak, berborak dan meninjau ninjau baju orang. Eh! baju dia cantik la.... Eh! apasal baju dia gitu.... Eh, cantik jugak kan pesen gitu .... hahahahahahaha .... orang tengok baju kita, ngumpat kita ... ada kita tahu ;)


Sarah macam tengah jadi ketua baca doa lak, Alia cerita apa tu? Sampai Hilman dan Aran ternganga nak dengar ... Woi! baca doa la ... berborak lak


Pengantin datang pukul 2.00 petang. Lepas siap ambik gambo, pengantin pun dah abis sanding .... balik umah nenek. Lepak sampai malam. Eh! lupa petang pergi Bukit Tinggi, sebab redeem Boucher KFC Hilman/Aran.


Bergambo dengan Mak Long dan Daniel yang tengah boring giler , sebab kena sakat dengan anak aku yang hyper


Balik makan ramai ramai kat umah nenek. Tak ada gambo lah pulak. Alia lah nih, banyak sangat ambik gambar sampai bateri abis..... hahahahahah... sori Alia, sajer nak sebut nama Alia banyak kali dalam Blog Auntie kali ni ;)




10 comments:

alia zarfullah said...

Wahhh seronoknye auntie!
terima kasih..terima kasihh..
seronok kan bila pergi umah nenek.
nanti kita lepak la lagi.. tengok movie ke?
thnks pa'an n hilam belanja kfc.
nnt jgn lupa mewarna lagi taw ;)
love you!

My Life My World said...

alia zarfullah - Salam Alia :)

Seronok kan bila dah melepak beramai ramai gitu. Okay, cukup modal nanti kita buat rombongan beramai ramai ke Bukit Tinggi ke Bukit Raja ke tengok wayang :D

Auntie tengah pikir ni, macammana la kenduri nyer ek kalau Alia kawin nanti ... hahahahahahhaha ... mesti De Vass Ke Baa Boom ;)

mohdandmeriam said...

salam ros..seronoknya tenguk ros anak beranak pergi rumah orang kahwin..yalah tak sahkan kalau tak jenguk bilik pengantin..samalah kita hehe..tambah2 kalau dapat geng yg satu kepala..apa lagi buat ketupat yg ringan2 je le...

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Pergi rumah orang kawin yang kita rapat, dan dapat lak berkumpul dengan kaum kerabat memang menyeronokkan.

Entah hapa hapa cerita yang keluar. Lagi satu kan Mak Cik, acara wajib mesti nak tengok hantaran, berapa dulang, apa isi, cantik ker tak gubahan .... hahahaha

azieazah said...

Tu semua agenda biasa bila berada di kenduri kahwin. Kalu kenduri rumah sedara lagi best meronda sampai bilik..

Hmmm... sedara mara (dan anak) ACIK ada jer yg sama nama dgn anak-anak Kak Azie ek...

IQA = IKA
ALIA = ALIA.
Aisyah ader? hehehehe

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Betul x3 (upin & ipin) ... akak punya kenduri sure tak lama dah kan ... hehehehe ... Along pun dah beso, mesti ramai peminat Amoi tu kan.

Aisyah tak ada lagi, tunggu cucu kut ... cucu sedara ker :D

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Salam ziarah. Saya ni bilalah nak kenduri ni. Asyik pergi kenduri orang je. Hehe ~

My Life My World said...

Hami Asraff - Salam Hami Asraff:)

Tak sabar nyer auntie nak tunggu kenduri awak pulak. Harap sangat auntie dapat pergi ke kenduri famous blogger yang sangat menjadi idaman mak pak mertua (termasuk auntie)nih. hehehehe... Dah ada calun ker? Kalau tak, nak ker auntie carik kan ;)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Meriah sungguh !

kalau kendurit kawin sedara...anak2saya hilang ntah ke mana..jenuh mencarik..



dah jumpa sedara main jer dorang tu..

My Life My World said...

azrina.03.07 - Salam Rina :)

Anak anak akak ni pemalu ... macam mak dia hahahahahaha .... tu yang nak melekap jer bawah ketiak mak.

Seronok, sebab dapat makan, dapat jumpa kerabat, dapat jajan dengan telur rebus. Balik umah ... pecahkan telur letak kicap ...sedapnyerrrr

Eh! akak dah merapu entah hapa hapa dan Rina, better stop now ;)