Thursday, May 6, 2010

PAMERAN KERANDA DI MUZIUM NEGARA



Sebenarnyer aktiviti ni sama jer dengan hari pergi I-City hari tu, tapi sebab dah lama sangat tak ber'up-date', tapi nak gak menyiarkan gambar gambar tak semenggah ni ... maka sequence tentang waktu adalah tidak lagi di pakai waktu ini :) Lepas pergi I-City hari tu kan, anak anak aku adalah masih dalam keadaan meroyan sebab tak puas nak pergi jalan jalan. Memula tu nak pergi Zoo Negara, dan memula tu aku macam bersetuju. Tapi memandangkan masa tu dah pukul 2 petang, ish mana cukup masa nak jalan jalan jenguk binatang, nanti ada lak binatang yang merajuk sebab kami tak sempat nak ziarah ... ada ker. Teringat kat Muzium ada Pameran Keranda. Cadangan dipersetujui oleh semua ahli majlis, maka sampai la kami ke sini. Ahli ahli majlis ni kalau pasal mistik dan alam misteri ni memang cukup suka :)




Pameran ni pakai tiket nak masuk. Dewasa kena 2 hengget, budak kecik kena sehengget jer. Kamera kena 3 hengget. Lagi mahal tiket kamera dari tiket orang. Masuk jer kami di hidangkan dengan pemandangan rangka rangka yang terdampar kepasrahan ni. Ada muzik latar macam kat dalam cerita hantu dan bunyik bunyik cengkerik. Konon nyer untuk membangkitkan unsur seram la. Tapi memang tak rasa seram pun sebab ramai orang. Kalau tak ada orang mahu kami ahli majlis berlima ni akan berjalan dakap berdakapan, peluk berpelukan dan pegang berpegangan ... takut sebeno nyer.



Aku cakap kat Kak Long, gambar dia yang ni macam kat dalam Neraka sebab macam duk dalam api jer. . Tengok muka Kak Long, masih mampu tersenyum bak model muslimah dikelilingi rangka rangka yang bersepah tu. Kat bawah ni pulak adalah gambar keranda dan cara pengkembumian orang dulu kala dan mengikut adat dan tradisi masing masing.



Yang putih tu keranda rupa bentuk binatang. Cantik keranda ni, siap berukir dan berlukis lagi. Yang balang tu pun kira keranda jugak, orang yang dah mati dia masukkan jer kat dalam tu. Abis lah patah tulang temulang orang yang dah mati tu kan. Hilman tu tengah bajet macho jer tu, walhal kat rumah dia la orang yang paling penakut sekali :D




Yang ni pun keranda gak, orang yang dah mati tu dia bungkus dengan kulit ( tak tahu lah kulit apa yer murid murid .. samada kulit binatang atau kulit kayu balak) dan di letak kat dalam buluh yang macam 'BUBU' tangkap ikan ni. Lepas tu kan keranda ini akan disangkut kat pokok pokok yang tinggi untuk elak dari dimakan binatang buas dan tak buas. Lepas tu akan dibiarkan macam tu jer lah, sampai jadi rangka.




Yang Replika Kerbau ni pun Keranda jugak. Yang belah atas tu penutup dia. Boleh di angkat dan ditutup. Mungkin bagi mereka yang bersaiz besar. Tapi susah jugak kan nak buat keranda serupa ni. Mesti keranda ni pun ikut ranking hidup seseorang tu jugak kan. Kalau yang kaya, mesti siap berukir dan berkaler kaler lagi



Argghhhhhhh.... yang ni paling menyeramkan. Anak anak aku tak mau tengok gambar ni. Aku pun seram sebenarnyer tengok gambar ni, tapi nak letak jugak dalam Blog. Orang yang dah mati tu dia kebumi ... eh eh tak leh panggil kebumi ni, kelaut pun tak leh ni :D Kira mayat tu kan di main jemur jer atau display macam tu jer. Dah la muka tak tutup. Dan mayatnyer dibiarkan kering sebegitu jer. Nasib baik ler kita orang kuat semangat. Masa malam nak tidur tu kan, ada gak terbayang. Dalam hati berdoa, jangan ler aku dan anak anak mimpi yang bukan bukan.




Kami sempat singgah di satu lagi pameran bersebelahan, berkenaan ASEAN. Yang ni masuk free jer, so boleh ler anak anak belajar apa itu Asean dan negara negara yang termasuk dalam Asean. Aku tak tahu lah apasal Kak Long hari tu dia ter'Hyper' aktif. Ada jer posing yang dia buat. Dah lah tu, bila orang lain nak ambik gambar pun, ada jer tertempek muka dia nak enterframe sama. Kat sapa dia nak tabik pun aku tak tahu, buat masa ni itu ler pose feberet dia. Hahahahaha... tabik atuk nenek, anak cucu tumpang lalu :)



Kan aku kata minah ni 'hyper'. Dia siap suruh IQA lagi ... "Iqa, kau ambik gambar aku nak korek idung budak ni". Hish ... buat malu ahli majlis jer dia ni. Kebetulan masa dia ambik gambo ni ada mat salleh hensem betul betul kat belakang dia. Tergelak mat salleh tu tengok dia, tahu lak malu lepas tu. Hehehehehe ...




Muka ahli ahli majlis dah kepenatan. Senyum pun macam rela dalam paksa jer. Maka berakhirlah rombongan sambil belajar untuk kami pada hari tu. Teringat kat Hamsini, selalu nyer tempat tumpuan pelancung kalau kat tempat kita sendiri, hatta sebelah umah pun memang kita susah bebeno nak menyinggah. Walhal orang luar atau orang yang datang rombongan dari negeri lain, itu lah tempat dituju. Bagi kita lak yang lalu kat sebelah tempat tu hari hari, buat tak selera jer nak masuk. Dan kalau pergi luar negara/negeri orang, leh pulak cari muzium kat tempat orang tu ... Aku pun sama spesis jer serupa ni perangai ... hehehe ... Renung renungkan lah dan selamat melawat ;)

10 comments:

mohdandmeriam said...

salam ros..masa yg paling bahagia ialah bila dapat membuat sesuatu bersama2 anak2..they are our life kan..tanpa mereka(bagi makcik termasuk cucu2)siapalah kita hehe..seronok tenguk gambar ros n anak2 semua..budak2 sekarang dah tak takut pasal mayat2 ni tak macam kita budak2 dulu..dah biasa tenguk n tak percaya lagi pada cerita2 hantu ni..

azieazah said...

Hikhikhik! lawatan yang penuh ceria dan gelak tawa. Berbaloi tu, banyak padat jadual Puan Pengerusi Majlis bawak ahli yerrr...

Perasan gak baju depa tak tukar-tukar, rupanya Puan Pengerusi pakai baju merah uper nyerrr...

Heee.. tak seram ker.

Betul lah, kalu kat tempat sendiri bertahun lalu lalang jer, kalu orang luar berduyun melawat kita idak heran...

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Betul tu Mak Cik, bila dapat bersama anak anak tak kita buat apa pun, itu lah yang paling membahagiakan ... kalau ada cucu lagi lebih membahagiakan. Ni yang tak sabar nak ada cucu ni ... hahahahaha

Ish ... mak cik, anak anak saya semua penakut kecuali Kak Long. Dalam gambar tu kontrol jer lebih tu. Kat rumah, nak masuk dapur dan toilet pun nak berteman :)

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Ahli ahli Majlis kalau dapat berkumpul dan berjalan gini, dah tak hirau orang keliling dah. Gelak macam dia sorang jer ada kat situ, dah ler masing masing suara tak yah pakai microphone :) ... eh eh macam sama lak dengan akak ... hahahahahha... jangan marah kak. Tapi mana leh lawan gelak akak ... hehehehhe... akak kan Sifu ;)

Seram gak kak, bila teringat yang keranda tu semua ada isi dan pernah di gunakan. Mesti roh mereka masih berlegar legar kat situ ... hish ... ha kan dah start fikir negative ni:)

IXORAROXI said...

dulu pernah gak gi tengok pameran hantu kat muzium..punya ramailah orang, nak berjalan pun susah..tak ngeri langsung tapi tengok gambor kat sini cam seriau gak gitu eikkk

My Life My World said...

Ixoraroxi - Salam Ix

tak besar pun pameran ni, adalah satu dewan kecik jer. Tapi dia dah mekap mekap la dewan ni nak kasi unsur seram. Tapi pameran hantu lagi seram kut. Yang membuatkan dia tak seram lagi sebab ramai orang ;) hantu pun takut ... hehehehe

Mrs Taz said...

konfom tak mo gi hahaha

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam kak,

nak bawak anak2 takut dorang takut lak..ke saya saya jugak. hehe..


last year pegi masa minggu keris kalau tak silap.

beznya bila anak2 dah besor ye kak.. boleh jadi kawan..

My Life My World said...

Mrs Taz - Zia ... memang tak dapat disangkal lagi ... sahih dah sure tak pergi ... hahahahaha ... tapi tak lah seram sangat Zia ;)

My Life My World said...

azrina03.07 - Salam Rina ...

Eh pergi lah, akan merapatkan Rina dengan anak anak lagi, sebab mesti jalan rapat rapat kat dalam tu .. hehehehehe ... dengan cik abang sekali jalan rapat rapat

Best sangat bila anak dah beso, tak yah beli susu, tak yah beli pampers ... tapi kena beli pad banyak sikit ler sekarang nih ... hehehehehe .. kepala otak anak pun sama jer dengan mak dia. Boleh jadi geng lah :)