Monday, June 21, 2010

CUTI @ TERENGGANU DAY 2

RABU, 09 JUNE 2010

Nak kasik tahu ni ...
post kali ni aku letak banyak gambar, sebab malas nak cerita panjang :)

Hari ni last day percutian kami. Bangun pagi jer, tengok tengok 2 anak lelaki ku dah hilang. Rupa rupa nyer, pergi mandi kat 'Swimming Pool' ... semangat tu. Lepas sarapan pagi kat Cafe Resort, terus semua orang hilang. Kali ni semua nyer pergi pantai. Main pasir dan bergambar di pantai. Dari awal lagi aku dah 'warning' kat dia orang ni. Pergi pantai boleh yer, tapi jangan mandi kat laut tu. Iyalah, laut kat sini, ombak nyer besar dan pantai nyer tak rata dan tak terjangka... tetiba jer boleh sampai part dalam. Nasib baik ler ada kakak dan abang tolong perhati. Kalau tidak mahu yang si'kecik' boleh lupa diri. Mak dia malas nak ikut sebab nak kena berkemas.


Kak Long dan Iqa ... senyum simpul. Kat belakang sana tu Hilman, Farisha, Endi dan Aran tengah main bola kat pasir sambil mencarik telur penyu kut ...


Budak tiga orang tu konon nyer nak buat Istana Pasir lah tu.
Iqa tak sudah-sudah dengan spek itam dia ... hehehehe


Iqa sedang menjalankan tugas sebagai Supervisor kat budak 4 orang tu sambil menjerit
"Weih!, korang jangan masuk dalam laut tu, ada Jaws tuh"


Kali ni lak semua orang bergotong royong tanam Hilman dengan pasir ....
Disebabkan tak jadi buat Istana Pasir , tukar buat Mummy lak :D

Lepas siap berkemas dan masukkan barang dalam keta, dan seperti biasa bila hari terakhir kat sesuatu tempat tu, semua stok makanan nak kena di perabihkan. Kami bertolak keluar dari Seri Indah Resort lebih kurang dekat pukul 12 jugak lah. Lepas hantar serah kunci and said bye bye to Pantai Batu Buruk yang memang tak buruk langsung. Destinasi seterusnya kami ke Pulau Duyung. Kali ni nak ke Taman Tamadun Islam, ala yang ada Masjid Kristal yang terkenal seantero Malaysia tu. Orang lain dah tak heran dah, kita orang baru nak sampai ;)


Ahli rombongan bergambar beramai ramai depan Masjid Kristal masa baru sampai.
Mak Su dan Aiman tak ada dalam gambar, sebab jadi tukang ambik gambo.


Abang Man dan adiknyer Aran ... sebenarnya kena paksa dengan aku tu ambik gambo. Hilman leh senyum lagi, Aran dah tarik muka masam. Mana tak nyer, dah ler penat main kat pantai dan pool tak abis lagi, kena paksa lak ambik gambo bawah panas terik ... hehehehe... nasib baik dia tak buat perangai dan merajuk. Ikut jer lah arahan mak, Sayang Hilman dan Aran.


Memang panas betul ... tapi kita orang buat muka maintain jer.
Nasib baik ada banyak angin kat sini.
Masjid ni memang cantik, tapi kecik jer tak lah beso sangat.



Dia orang ni tak nak masuk dalam, aku sorang jer masuk.
Kat dalam masjid tu ... sejuk giler, rasa macam tak nak keluar balik.
Lepas keluar ... aku tengok dia orang tengah melepak lagi.
Kat belakang tu pekan Kuala Terengganu yer tuan puan.


Masjid Kristal, Pulau Duyung Kuala Terengganu. Korang pernah dengar cerita tak ... ada muka Jin kat salah satu gambar yang di ambil oleh pengunjung masa snap gambar masjid ni. Aku pun cuba lah nasib kan, manalah tahu boleh nampak ;D tapi tak nampak apa pung.


Mak Su dan Iqa, masa ni jalan kat tepi Jeti. Ingat nak naik cruise. Sekali tanya kat Booth Ticket tu, dia kata kalau nak naik, giliran kita orang pada pukul 5.00 petang. Aduh! lama giler nak tunggu. Terus cancel nak naik cruise. Pemandangan kat tepi jeti ni cantik dan banyak angin. Best sangat.

Yang ni nak balik semula lepas tak jadi nak naik Cruise ...
Nampak tak Abang Ngah dan Kak Ngah tengah berjalan secara berduet :)


Peta di Taman Tamadun Islam


Masjid Kristal dari pandangan kat Parking kereta.
Sayang air kat kolam tu kontang. Kalau idak leh buat cuci cuci kaki ... hehehe


Lepas tu kita orang naik kereta untuk ke Taman Monumen. Masih dalam kawasan Taman Tamadun Islam. Kat sini la yang ada replika masjid-masjid seluruh dunia tu. Boleh tahan mahal jugak lah yuran nak masuk sini. Siap dapat Paspot sorang satu, dan kena cop buat tanda yang menyatakan kami dah sampai kawasan ni.


Kalau nak jalan kaki memang lah jauh, tak larat kita orang nak berjalan.
Kita orang tunggu naik Trem jer.


Kat atas ni Replika Taj Mahal. Comei comei semua replika ni. Masa naik Trem tu, sepatutnyer kita orang turun kat beberapa tempat untuk tinjau masjid masjid ni. Tapi sorang pun tak nak turun. Sebab panas masa tu.


Disebabkan semua orang tak nak turun.
Trem tu jalan terus jer lah keliling kawasan Taman Monumen ni.


Menara ni cantik sangat, sempat lah aku snap gambor masa kat atas Trem tu.



Replika masjid ni pun cantik jugak kan ... ada ramai orang yang berjalan sebenarnya,
tapi kita orang memang tak larat, lagi satu nak budget masa.


Yang ni la pintu masuk nak naik Cruise tu,
kita orang punya lah jalan jauh dari Masjid Kristal tu.
Walhal, sebelah jer dengan Taman Monumen ... hehehehe


Dari mula mula sampai lagi budak lelaki 3 orang ni dah u-sha nak naik benda ni.


Lastly Hilman ter'accident', nasib baik tak teruk.
Tinggal jer lah 2 orang budak yang naik.


Aku suruh Aran naik yang roda 4 ni, risiko untuk jatuh tu
memang susah lah kan. Tapi benda ni jalan punya lah slow giler.
Kesian dia ... bila aku tanya apasal slow sangat, dia kata
"Susah nak pulas handle kasi laju"



Yang ni satu lagi benda menarik.
Kita orang macam jakun tengok bas ni.
Macam rumah bergerak pun ada gak... cantik
Bercirikan Rumah Tradisional Terengganu


Yang ni masa nak masuk Pekan Kuala Terengganu, nak ke Pasar Besar Kedai Payang. Sebelum tu kita orang dah singgah Losong, beli Keropok Lekor dulu. Cantik dah Pasar Payang ni. Lupa nak ambik gambo. Nak carik parking pun mudah, tak la berpusing-pusing dan jalan jauh macam dulu dulu tu. Sebenor nyer Kak Ngah aku nak carik kain batik lukis. Kita orang ni tukang sibuk jer. Mak Su lak mengidam nak makan telur penyu. Aku lak terbeli beg mengkuang ... hehehehe


Bertolak dari Terengganu ke Kuala Lumpur semula dah lebih kurang pukul 3 petang. Singgah Mesra Mall kat Kerteh ... Solat dan makan, masa ni dah pukul 6 petang. Perjalanan balik hujan lebat sepanjang Lebuhraya Kuantan. Alhamdullilah ... selamat sampai rumah pukul 11.30 malam. Syukur ... penat tapi seronok, lagi seronok sebab dapat bahagiakan orang orang yang disayangi :)

10 comments:

Anonymous said...

salam ros,seronok baca percutian ras n keluarga.makcik kalau kepantai tak benarkan anak2 n cucu amndi laut..takut sebab apa2 buruk yg terjangka berlaku..
syukurnya ros n keluarga selamat sampai rumah n tak ada perkara2 buruk berlaku..
lain kali datang lagi ya ke kelantan..

Mrs Taz said...

bestnyer ... acik , memang tak jemu kalo gi pantai timur ni .. actually kalo berjalan kat mana2 pun best kan ? zia mmg kaki jalan cik. Kalo dapat jalan2 ngan kawan2 lagik best .. cam kat Melaka tu ari ..bestnye

gambar2 acik sume cantik2 belaka tapi muka acik tak de pung ...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

wah kak...

tganu pun bez jugak ye.. bila lah nak jalan ke sana..

tengok gambar pun dah rasa macam di sana pulak...

kena tunjuk abg ni kak. biar dia rasa nak pergi sambil tu boleh ke rumah kengkawan dia yg 3-4 orang kat sana.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...
This comment has been removed by the author.
My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam MakCik Meriam:)

Kalau ke Port Dickson berani bagi mandi laut, ialah sebab itu Selat Melaka kan. Laut di tak seganas Laut China Selatan.

Alhamdullilah Mak Cik, selamat sampai kami sekeluarga. Satu rekod untuk diri sendiri sebenarnya, sebab tak pernah self-driving sejauh ini. Seronok ;)

My Life My World said...

Mrs Taz - Salam Zia :)

Memang best banget Zia. Tapi terkilan sebab tak singgah Dungun. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bermain kan... bermain ker :D memang pun ... hehehehe

Jom la, kita pergi jalan konvoi ramai-ramai. Gambar acik tak masuk sebab muka acik jer dah penuh satu 'pic' tu... hahahaha... gumuk's giler. Malu hik hik hik

My Life My World said...

azrina.03.07 - Salam Rina :)

Terengganu best, akak kalau datang sini, tak lain tak bukan mesti nak cari seafood. Tak kira lah seafood goreng ker, seafood bakar ker. Kain baju dah ler murah dan cantik. Tapi akak tak borong pun. Hehehehehe...

Tunjuk Rina, jangan tak tunjuk. Kena lobi Cik Abang tu dari sekarang, untuk cuti sekolah akan datang. Strategi kena mula dari sekarang ;)

kakzie said...

kampung ila dgn pantai 10 minit tak sampai hanya berjalan kaki..tapi mmg ila ni pengecut mandi laut..main air dekat gigi air jer..selalu adik2 sepupu gelakkan...uih tak nak ar takut tgk airnya luas jer gitu...hehehe

tiap2 tahun balik Ghanu tapi tak terjangkau lagi kak kaki ni kat Taman Tamadun islam..bukan jauh na dr rumah Mok su..tapi ila kalau balik mmg suka duduk rumah mok su jalan2 kat rumah mok teh jer..nak gi jalan2 tu malas sgt2 sbb cuaca kat sana tak macam di kl...kalau panas,panasnya terik sgt...mungkin dekat dgn laut

My Life My World said...

kakzie - Salam Zie :)

Laaa ... Zie orang Terengganu ker? Baru akak tahu. Akak suka Terengganu. Makanan dia best ... pemandangan indah sebab banyak pantai.

Biasalah Zie, macam akak pernah kata dulu. Kita kan kalau kat tempat sendiri memang tak heran pun dengan tempat yang visitors selalu datang. Buat tak heran jer.

Tapi kalau pergi tempat orang, kita lak lebih walhal pantai kat tempat kita tu lagi cantik dari tempat orang. Hehehhehe ... lumrah manusia memang situ Zie. Bertuah awak jadi orang Terengganu. Negeri terkaya di Semenanjung Malaysia.

kakzie said...

akak,
kita lahir dan besar kat KL.Tp arwah org tua dua2 org sana.Tp memang sejak kecik tak pernah lupa sokmo2 balik sana.kalau bercakap pun kdg2 slang sana.tu kdg org ingat kita ni mmg org sana..

kampung bersebelahan je dengan UMT..