Tuesday, June 29, 2010

JOM CARI BAJU RAYA

AHAD, 27 JUN 2010

Masa ni lah waktu yang paling sesuai untuk carik baju raya. Walaupun raya ada lagi lebih kurang 2 bulan ++ lagi. Sebab apa sesuai tau ... sebab nyer, sekarang ni kan tengah MEGA SALE kat merata rata, so boleh ler save budget sikit. Satu lagi kan sebab ... sekarang ni bukan bulan puasa, malas nyer nak keluar waktu bulan puasa. Yang dah memang kompem semua tempat akan jadi sesak, nak jalan pun asyik laaaa ... langgar bontot orang jer. Sah sah ler kalau kita masuk kedai, tak ada orang nak layan sebab sibuk melayan orang lain. Salah salah baju yang kita nak pun tak ada sebab dah abis stok. Belum lagi dengan kepanasan dan kelaparan. Muka masing masing sure monyok macam tak dapat duit raya kat rumah Mak Cik Kiah.


Hilman : Mak nak masuk kedai ni ker?

Bukan main berkobar-kobar lagi anak anak aku. Cepat jer bersiap kalau nak ber'shopping till u drop bankrupt ' ni. Biasalah ... destinasi utama carik baju melayu, kat Wisma Yakin, Jalan Masjid India jer. Banyak pilihan dan jahitan dia orang kat sini pun cantik dan kemas. Dah jadi kebiasaan kalau nak carik baju raya, kami akan cari baju lelaki dulu. Sebab kaler baju melayu lelaki ni tak banyak compare kain orang pompuan.


Bukan bulan posa pun dah tak larat, asyik jer dahaga budak kecik ni

Dah sepakat dah tahun ni Tema kaler kita orang warna kelabu, lebih kurang macam kaler T-Shirt Hilman tu lah. So ada sesiapa nak 'Follow' boleh kita bersedondon di hari raya ;) ehem ehem ehem. Senang jer tahun ni tak yah gaduh-gaduh nak rebut kaler. Kak Long kata KELABU, yang lain okay jer. Alhamdullilah ... tak pening kepala mak kau ni ha. Bila dah pilih kaler, carik saiz ... memang senang nak carik saiz, sebab tailor kat sini dah simpan stok banyak banyak untuk hari raya nanti. Tak payah nak alter alter lagi.


Cik Kak 2 orang ni ler antara yang approve kaler baju yang nak dipilih :)

Dah jumpa baju, carik samping lak. Disebabkan Muhammad Hilman dah sangat sangat besar dan tidak boleh memakai Samping segera lagi, maka terpaksa lah belikan samping untuk mamat ni. Hilman adalah jumpa satu samping ni, memang cantik ... sekali bila tengok harga dia "Mak, tambah seratus lebih jer dah boleh beli X-Box mak" kata Hilman ... RM950.00 ... hehehehe "Yang tu ... tunggu kau kawin nanti lah Man, baru kau boleh nak beli buat nikah" ... hahahaha


Nak buat 'reference' untuk cari Tema Kaler tahun depan, macam suka yang kanan sekali

Lepas samping, beli songkok lah pulak. Budak lelaki 2 orang ni, setiap tahun diameter kepala dia orang ni makin bertambah. Baru 2 hari sebelumnyer masa mengaji Aran dah mengadu, "Mak kepala Aran pening lah, songkok ni ketat la mak". Saiz songkok pun dah macam saiz orang dewasa lah pulak. Nasib baik jumpa saiz, itu pun lepas dah try bermacam macam saiz dan macam macam songel yang keluar dari budak berdua ni.


Kat Kamdar ... monyok nyer muka Aran... letih dah mak waktu ni melayan korang ;)

Lepas tu berbondong bondong kita orang pergi Kamdar lak. Mencarik kain untuk baju kurung. So senang sikit nak carik, sebab dah ada kaler rujukan kat baju budak lelaki. Giler aku tengok kain kain yang cantik cantik kat sini. Ada potongan sebab MEGA Sale kan. Naik rambang mata, tak tahu mana satu nak pilih. Sampai berebut kain dengan Kak Long. Sebab suka sangat ada satu kain ni, kita orang ambik kain yang sama, yang ni bukan kaler tema. Hehehehe ... orang pun tak ramai, ada jer S.A. yang mengekor kami, siap bawakan bakul lagi untuk isi kain yang kita orang borong tu. Borong ker ??? tak ada lah banyak sangat pun.


Hasil rembatan untuk baju raya tahun ni

Berita terkini ... semalam aku call Tailor yang biasa aku hantar baju tu... Dia tak nak terima tempahan untuk hari raya lagi. Huwa! Huwa! Huwa ... haaaa ambik kau, panik aku sekejap. Nasib baik aku ada sorang tailor lagi, walaupun mahal sikit, walaupun jauh sikit ... sebab nak berbaju raya kan. Aku tak kisah kalau aku tak ada baju raya, pakai jer baju pergi kerja, tapi kesian lak kat anak anak aku. Maka pergi jugak lah kat Tailor yang sorang lagi. Nasib baik dia nak terima lagi, sebab dia kenal aku dah lama. Pheww ... Lega ;D

15 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

saya cepat lagi kak.. hehe..

dah tempah bulan lepas. tapi untuk saya dan adik jer.

yang hero2 belum cari lagi.


kain tu abg beli kat korea tahun lepas. tak buat2 pun. elok buat sebelum dia merajuk..hehe.

akak tak berkenan kain sana ke. kalau nak kirim insyaAllah bulan 7 abg pergi lagi.

azieazah said...

Tudiaaaa.... awal gak tu. Tapi elok gak prepare awal, tak kalut nanti.

Kami ni, cari yg ready made jer.

alia zarfullah said...

wahh bestnye! ooo color kelabu ye ;)
auntie nape tak pegi kedai arwah atuk alia kat wisma yakin tu. nama kedai die keris kalau tak silap. mane lah tahu dapat murah sedara mara kan ;)

abah n fariz every year amek sampin kat situ. sampin memangla mahal. buatan die halusss dan sangat sangat cantikkk ;)

lemongrass said...

Uish, besan I ni awal2 lagi dah borong baju Raya! hehehe...
We all akan pakai baju Raya tahun lepas atau baju Raya yg tersimpan dlm bag (orang bagi yg tak pernah di pakai) atau pakai baju Kurung I beli utk kahwin adik I tu, hehehe.
Hubby I akan pakai baju yg dia dah pakai for the past 4 years kot!

mohdandmeriam said...

salam ros..wow dah shopping sakan untuk raya ya..baguslah ros sebab taklah sibuk ramai2 mencari kain n baju raya..
bolehlah dihantar tailor nanti tailor tak nak..
makcik dah habis bab tu sebab anak semua beli sendiri..cucu mak mereka yg belikan..
kami berdua pakai yg mana ada je..

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Wah! Semangat tu. I agaknya kalau Along I tak kirimkan baju Raya, I pakai mana ada je la. Habis2 pun I pakai maxi je :-D. Itupun kut la cuaca masih panas lagi masa Raya nanti. Kalau tak alamat Raya pakai jeans ngan baju tebal je - maklumlah dah bulan September! Jealous la pulaknya! Huwa...! Nanti jangan lupa pose dengan baju Raya, ya? Nak la tengok Ibu & anak pakai baju grey - mesti cun! :-D

My Life My World said...

a.z.r.i.n.a.03.07 - Salam Rina :)

Wah! ingat akak dah cepat dah, ada lagi orang cepat dari akak. Tailor yang tak nak terima tempahan tu kata, sejak April dah ada orang hantar.

Ish, macam menarik jer tawaran kain tu ... nanti akan pertimbangkan yer. Apa apa akak email Rina ek ;)

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Dah sihat ker? Harap akak cepat la sihat. Sebab nak eksklusif sikit jadi kena lah carik kain dan tempah.

Tapi yang ready made pun dah cantik cantik sekarang kak. Nak gak rembat barang selai dua. Kos beli kain dan tempah lagi mahal dari ready made kalau kira, tapi nak sedondon punyer pasal ... hehehehe

My Life My World said...

alia zarfullah - Salam Alia ;)

Pemilihan kaler di suggest oleh Kak Long. Korang kaler apa tahun ni?

Auntie tahu kedai arwah atuk Alia tu, tapi segan la nak pergi ... hehehe. Kalau ada abah awak leh ler auntie dan rombongan pergi. Salah salah siap borong bagai kat kedai tu. Pssttt ... ada ker kain samping yang dah tak nak pakai, leh pass kat Hilman ... hahahaha

My Life My World said...

lemongrass - Salam LG :)

Bukan apa pergi memborong awal, semangat raya sudah mari ...

Kalau I jadi U pun mungkin tak membeli kut. Pakai la apa yang ada, nak carik orang tempah kat sana satu hal pulak kan. Eh! ada ker yang terima tempahan?... kot LG pun pandai menjahit kan. Tak balik Malaysia ker Raya tahun ni?

My Life My World said...
This comment has been removed by the author.
My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Makcik Meriam

Kita orang ni pun dah kira lewat Makcik... ada orang lagi awal. Ingat ingat bila macam ni rasa nak jahit baju sendiri jer, tapi tak tahu lah skill menjahit tu ada lagi ker tak. Hik hik hik ... takut jadi baju lain lak.

Makcik dan Pakcik pun mesti ada anak anak belikan kain baju kan. Seronoknyer :)

My Life My World said...

Mia's Mom - Salam MM :)

Wah! pakai jeans dengan baju tebal... ROCK nyer ;) Ialah pulak kan, kena lah sesuaikan dengan keadaan. Yang penting niat nak raya tu kan, tak kisah lah pakai apa pun.

Insya ALLAH nanti kita orang pose vogue punyer dengan baju raya grey tu. Harap harap sempat siaplah baju kurung tu, takut tak sempat siap jer. Huwa! Huwa! Huwa!

Mrs Taz said...

oo kaler kelabu ke? hampir serupa kita .. itu yg zia suggest kat yan tapi yan nak gold :) harus la ikut dia kali ni sbb last yr zia yg pilih pink hehe

baju zia dah nak siap .. anak2 lum hantar tmpah tp kain dah beli ..yan tak kasi hantar tmpah sbb takut diorang membesar ngan pesat =D nnt raya datang rumah tau .... pakai baju sedondon tu cam last year , cantik :)

My Life My World said...

Mrs Taz - Salam Zia :)

Iyer ... tema kali ni adalah GREY. Pilihan Kak Long, nasib baik semua setuju. Dah boleh dah pergi tempah sekarang ni Zia, buat ler beso sikit. Nanti tak kelam kabut nak carik tailor. Baju lelaki tak per, tapi baju pompuan, tailor dah tak nak terima dah.

Harus Acik sekeluarga sampai kat umah Zia raya ni, kan tiap tiap tahun mesti sampai punyer ;)

Nanti kita buat POTLUCK kat umah Ucu pulak tahun ni yer. Dia tak sabar sabar nak jadi Penaja tuh... hehehehe