Wednesday, June 23, 2010

KITA LEBIH BERTUAH

Kekadang aku ni sering bertanya pada diri ... biler lah nak kaya... hehehehe. Apa punyer soalan daaaa. Iyer lah pun, dari aku abis study sampai ler sekarang. Kerja, kerja dan kerja ... tak abis abis. Macam mana ler nak kaya kan, kalau makan gaji jer gini ... memang la tak leh nak kaya raya dek non oiiii. Tapi aku ni jenis tak suka ambik risiko, tak suka nak fikir masalah. Memang tak ada jenis kepala otak bisnes minded langsung. Kecuali jual kek coklat :)

Kalau masa drive tu kan, aku berselisih dengan orang pakai Porsche Cayenne ker, Mercedes Compressors ker atau Estima yang comel tu ker ... start ler pasang angan angan. Bila ler aku nak dapat keta macam tu. Tiba tiba lupa diri dan menyesali hidup ... mengaku, aku mengaku. Nasib baik cepat sedar diri balik. Nak ubat hati lepas tu kan start ler kata dengan diri sendiri "Lumrah hidup manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada"




Dan sehingga di suatu hari yang hening ... semasa menyusuri riuh pikuk kota raya Kuala Lumpur. Tukar terus tonasi post aku macam cerpen ... hik hik hik. Okay okay, sambung balik... feel Acik feel feel... penting ni. Kali ni bukan Porsche Cayenne atau Mercedes Compressors hatta Estima pun yang lalu sebelah aku. Tapi basikal roda tiga yang telah usang ini. Dan benak aku mula terfikir, "di tengah tengah Bandaraya Bertaraf Dunia ni pun ada lagi orang cari rezeki dengan Basikal roda tiga ni" ... tiba tiba aku insaf... insaf sehingga airmata hampir jatuh dihujung tubir mata, pabila melihat susah benar orang tua itu mengayuh dengan kederat yang tinggal hanya tak seberapa.




Aku sering merungut tak kaya kaya, sering merungut dengan hidup, sering berkeluh kesah dengan kerja yang berlambak tak abis abis, sering tak bersyukur dengan apa yang ada. Sehingga aku lupa, lupa pada kesusahan orang lain. Lupa sebenarnya ada lagi orang yang lebih susah dari aku. Lupa bahawa hidup aku sudah hampir sempurna. Aku hampir dapat semua yang aku inginkan. Cuba bayangkan orang tua yang mengayuh basikal ni. Mencari nafkah dibawah panas terik matahari, dia tak duduk dalam bilik berhawa dingin macam aku. Melihatkan pada usia nya yang dah melangkau lebih dari separuh abad, yang sepatutnyer dia dah mendapatkan rehat secukupnyer. Dah dapat menikmati duit pencen atau KWSP. Bukan tu jer, kekadang melihat pada buruh asing yang sanggup bergadai nyawa datang ke bumi bertuah ni, hanya untuk mencari rezeki. Sedangkan kita di sini tak pernah bersyukur ... atau lupa mensyukuri nikmat yang Allah berikan.


``Dan di sini kita masih jua berpesta, minuman serta makanan terbuang dan melimpah. Di sini kita lupa ada yang kelaparan dan juga kadang-kadang lupakan tuhan...,''
- Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Di sini tiada kedamaian lagi (1982), Malaysia.


Astaghfirullah Al Azim ... ampunkan aku Ya Allah ... yang sering lupa pada nikmat yang KAU berikan. Terlalu banyak yang KAU berikan pada ku, dan terlalu sedikit aku membalasnya. Redhakan lah aku pada setiap keputusan MU. AMIN


9 comments:

lemongrass said...

Salam Kak Acik,
samalah kita, I pun mcm tu jugak. Kadang2 terlupa nak bersyukur dengan rezeki yang Allah dah bagi kat kita. Kadang2 rasa envious tengok orang lain yang ada duit berkoyan2. Padahal ramai lagi yang lagi susah dr kita kan.
Lagi lah sekarang ni musim Winter kat sini, ramai yg homeless and kesejukan setiap masa sbb takde duit nak bayar bil electric utk heat their house up :-(. Masa ni memang sgt2 bersyukur kat Allah bagi we all rumah utk berlindung, duit utk bayar bil nak heat up the house and beli blankets and baju sejuk.

My Life My World said...

lemongrass - Salam LG :)

Itu lah KITA ... kerap terlupa diri dan mensyukuri nikmat ALLAH. Hidup tak boleh menongkat langit sehingga lupa pada bumi yang dipijak. Pesanan untuk diri sendiri sebenarnya ni :)

Bila kita susah ada orang yang lagi susah sebenarnya. Bersyukurlah sentiasa, dengan apa yang ada.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak.

sayu jer saya baca n3 ni kak.

Saya pun sama lah kak. Patutnya bersyukur dengan apa yang ada tapi selalu dok fikir bilalah nak kaya sikit.

Kengkadang tu insaf bila nampak orang susah tapi bila nampak orang senang terus bertukar jadi lain..

kakzie said...

kita rasa ramai akan berperasaan "lupa diri" seketika termasuk lah diri ini..huhuhu..

Saya pun kak,mudah sgt mengalirkan air mata kalau di pertengahan jalan bertembung atau terjumpa dgn orang2 tua yang kelihatan uzur tapi masih bekerja mungkin demi sesuap nasi.Begitu juga kalau terserempak dgn orang2 BUTA(kalau yang sedang berjalan sendirian) mesti saya akan rasa sedih dan akan teringat akan kepayahan arwah bapak yang membesarkan kami.

Bersyukur atas nikmat yang di kecapi ari ini...

Note:kak Lemongrass: along kita suka sgt baca blog akak.kalau balik kerja mesti dok cerita pasal blog akak.

My Life My World said...

azrina03.07 - Salam Rina :)

Bukan Rina sorang jer rasa macam tu, semua orang pun sama. Sapa tak nak banyak duit kan. Tapi duit tu lah kekadang melalaikan kita. Dah kena sesuatu musibah lepas tu baru nak sedar diri balik... hehehehe

Tapikan ... duit tu penting jugak sebenarnya. Tapi bak kata M. Nasir (chewah, tiba tiba nak bawak masuk M. Nasir) - JANGAN JADI HAMBA DUIT

My Life My World said...

kakzie - Salam Zie :)

Betul cakap Zie, akak sokong 105% :) akak pun sama dik. Kalau tengok orang tua tua yang masih bekerja, rasa sayu jer. Dalam hati terfikir, kenapa lah dia masih bekerja? Tak ada anak ker nak take care dia. Sampai bila lah dia nak bekerja.

Belum lagi buruh asing, yang datang negara kita. Rehat dia orang masa tidur je. Tak ada nak fikir nak beli baju cantik, kasut lawa, nak balik duk umah lawa ... kerja, kerja, kerja. Dapat duit bawak balik negeri ... sebab keluarga di sana lebih perlukan duit. Kita ni asyik la merungut kalau banyak kerja. Nasib ada kerja, kalau tak ada kerja ... masalah lagi kan...

Sori ler dik, terkomen panjang lak kat sini ... hehehe ... sekadar mengingatkan diri sendiri sebenor nyer :)

Anonymous said...

salam ros..betul ros kadang2 kita tak bersyukur dgn apa yg kita ada..selalunya kita melihat kepada kemewahan orang n lupa tentang 'kemewahan' kita..sudah lumrah manusia..tapi kita selalunya sedar n merasa sangat2 bersyukur yg kita juga dapat hidup' mewah' seadanya..sebab itu kita jangan mendongak keatas tetapi selalulah tunduk melihat kebawah..pasti kita akan bersyukur dgn apa yg kita ada n yg telah Allah berikan..

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik Meriam

Betul apa kata Mak Cik tu. Kita selalu nampak laman dirumah orang lagi hijau dari di rumah kita kan. Saya berharap dan selalu berdoa semoga saya tak lupa diri dan sentiasa bersyukur dengan pemberian NYA. AMIN.

Anonymous said...

salam my life my world...thnx kerna follow my humble blog.

saya feel post yg ini. bersyukurlah kita masih di beri kesedaran.

bagi saya kesederhanaan itu lebih baik. bila saya terasa susah pasti ada yg lebih keperitan. bila saya rasa mewah pasti ada yg lebih kaya raya.

saya mengamalkan mentaliti ini untuk berpijak dibumi nyata.