Friday, March 11, 2011

TSUNAMI HITS JAPAN




Innalillahiwainnailaihirojiun. Tak terkata aku melihatkan rakaman Youtube kat atas ni. Tak dapat aku bayangkan kalau aku kat situ masa kejadian. Sangat menakutkan. Kuasa Allah, tak ada siapa dapat menghalang. Dan syukur aku berada di bumi Malaysia yang terlindung dari segala mara bahaya setakat ni. Bak kata cikgu ilmu alam kat sekolah dulu, "Malaysia terkeluar dari lingkaran gunung berapi dan gempa bumi". Alhamdullilah, Syukur sangat-sangat kita dilindungi. Tapi aku sangat sedih...sedih lagi. Bila mengenangkan nasib mereka yang malang di Jepun sana. Walaupun aku tak kenal dia orang walaupun seorang. Dan Tsunami ini adalah yang terburuk melanda Jepun sejak 300 tahun yang dulu. Semoga tak ramai yang terkorban.

Masa tengah kerja kat opis tadi aku terima sms dari Iqa ...

Iqa : Mak tahu pasal tsunami tu?
Mak: Tahu
Iqa : Takutnyaaaaaaaaa, cepatlah balik

Gara-gara kat Twitter kata - 2 Jam lepas Tsunami melanda Jepun ... Tsunami tu akan melarat kat Malaysia pulak. Biasalah anak aku yang sorang ni, sangat-sangat trauma pasal benda ni walaupun tak pernah melalui.

11 comments:

Fadzli Amir said...

memang masa belajar dulu cikgu kata, malaysia tak kena gempa, gunung berapi..tapi kat bukit tinggi dah ada sikit2 gegaran gempa bumi...mungkin dah banyak sangat org buat maksiat terutama kat atas genting tu...

My Life My World said...

Fadzli Amir - betul kata adik tu. Suspen jugakkan. Kita ni dah lah dikelilingi benda-benda sebegitu. Kalau Allah nak kasi bala, sekejapan jer. Minta kita dijauhkan.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Mintak2 Mesia dijauhkan dari musibah macam ni.

Risau jugak sebab maksiat di sini dah boleh nampak di mana-mana.

Arina said...

Always be gratefull to the Almighty...Semoga Allah tidak menguji kita sehingga ke tahap itu. Tapi jodoh, ajal, maut hanya tuhan yang menentukan..
Kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa....

Azian Elias said...

Menyedihkan..Bayangkan kalau ada org dalam kereta yang hanyut tu.. Kalau dia hidup sure trauma.

iDAN said...

Bala tak kira tempat; tahun lalu di Pedas ada gegarannya apatah Tsunami selalunya akan melanda dari dasar laut; jika gegaran itu di Indon; bahananya mungkin akan sampai ke kita semua tu ketentuan Ilahi.

Orang Jepun tak dinafikan amat jujur dalam kerjayanya; amat santun dalam menghormati hak orang lain (bukan zaman perang dulu) cumanya mereka ini ada masalah moralnya, seperti minum arak amat ketara.

Islam mereka amat terbatas pun masih tak sehebat kita, kita bersyukur lantaran kita lahir sahaja telah berada di bumi Islam yang tentunya jika kita jagai agama pasti kita dilindung jika sebaliknya tunggulah musibah serta balanya.

Tiada bedanya kita.

Fadzli Amir said...

Datang jenguk sini...sunyi je..kak sibuk ekkkk....

Fadzli Amir said...

Salam...lama menyepi....hehhee

Anonymous said...

salam ros..lama tak jumpa ,makcik tak berapa sihat..syukurnya kita tinggal dimalaysia,pakatlah kita doa agar musibah ni tak berlaku ditempat kita.

kasihibu said...

tersentuh hati melihat paparan di majalah 3 mlm tadi,dan kagum mereka tetap bersemagat dan terima ujian tu dengan kuat.

Fadzli Amir said...

Salam..singgah jenguk2 kat sini....sunyi je...