Friday, July 22, 2011

DEMAM HARRY POTTER


Demam ... memang sangat-sangat demam. Anak-anak aku yang demam, aku gak jadi mangsa. Nak buat macammana, kena lah carik ubat. Duk merengek dari minggu lepas bercerita pasal Harry Potter, duk tanya hari-hari "Mak bila nak pergi tengok Harry Potter". Nak dibiarkan demam tak sampai ati lak. Biasalah mak-mak, setakat yang boleh nak jugak tunaikan hajat anak. Tengok anak suka dan bahagia, mak lagi lah bahagia.


Hari ini masa lunch hour, aku gigihkan jugak diri ke OU, Bandar Utama. Terjah GSC nak carik tiket untuk hari Ahad. Nak 'booked' lagi awal memang lah tak boleh. Kena awal 3 hari baru boleh beli. Parking pun carik kat Level 'Cinema' jer. Mana ada masa nak melilau berpusing carik tempat lain. Walaupun hari ni Jumaat tapi Lunch Hour aku tetap 1 Jam jer. Penuh gak parking, tapi aku gamble jer letak kat tempat bukan parking yang tak menyusahkan pengguna lain.



Ramai gak orang, ingatkan kaunter waktu gini clear. Adalah dalam 15 minit beratur. Nak beli 'online' tak reti acik ni haaa. Maklumlah takut salah dan tak berani nak ambil risiko. Aku memang macam gini. Tak maju-maju lagi bab-bab online atau e-dotdotdot. Takat pendaftaran syarikat dalam online reti lah aku.


Akhirnya, 7 tiket dalam genggaman. 5 dewasa dan 2 kanak-kanak. Walaupun Hilman dah lagi tinggi dari aku, tetap aku belikan tiket untuk kanak-kanak untuk dia. Ala masih belajar kat sekolah rendah tu kira kanak-kanak lah jugak kan kan kan. So, pay attention yer anakanda 'S' dan 'N' bukan nama sebenar. Sila freekan diri pada hari Ahad ni. Kalau tidak auntie suruh Lord Voldermort carik korang. Hmmmm .... apalah pulak nombor handphone si Voldermort ni.

6 comments:

Norfatin Suraya said...

alaaaa auntie anakanda di sini macam manaaaa pulak :(

My Life My World said...

Norfatin Suraya - alahai anakanda kesayangan auntie ni macam mana leh lupa lak. Nanti auntie bawak tengok cerita lain pulak yer ;)

Tak cukup space keta nak letak anakanda :) jangan merajuk yer sayang... hehehe

azieazah said...

Tempahan online kena charge la ACIK. RM10 rasanya.

Elok jer beli sendiri puas hati. Lagipun budak2 macam tu elok kita yang bawa dan guide (dan belajar dari depa juga).

Kalu dah pandai cari duit sendiri nanti, ok boleh la lepaskan sendiri sendiri.

Selamat melayan HP...!
*AMOI dah tengok pada hari pertama lagi!

Apalah Maknanya..

My Life My World said...

azieazah - Iyer ker kak, baru tahu ...hehehe. Ginilah jadi mak, takut jugak nak lepaskan anak-anak pergi tengok sendiri melainkan kalau ada mak kawan dia yang ikut sekali.

Hamboi Amoi! berkhemah ker kat depan panggung tu. Orang kat susah nak dapat tiket masa awal tayangan minggu lepas. Nasib baik dia tak berkhemah kat Trafalgar Square kat London tu yer ;)

IXORAROXI said...

Salam Fairos,itulah namanya kasih ibu, sanggup buat apas saje demi anak2...tak per tak per esok2 anak2 dah ada duit sendiri , depa pulak bawak emak tengok wayang :)

My Life My World said...

IXORAROXI - hehehe tu yang mak dia ternanti nanti tu. Siap mak dia tiap-tiap minggu ajak pergi tengok wayang. Macam mana tu, buang tebiat betul dah tu kan Ix ;)