Tuesday, July 12, 2011

EDISI CUTI CUTI MALAYSIA - EPISOD GAMBANG




Perjalanan ke Gambang sangat-sangat lancar, tiada kesesakan ... tiada roadblock ... tiada hujan. Tak pernah sampai ke sini pun kalau tak ikut Abang Ngah dan Kak Ngah entah bila nak sampai. Kami berkonvoi 3 kereta, tapi dua jalan dulu sebab Mak Tok dan Tok Abah nak attend kenduri kawin dulu. Tempat pertemuan dengan abang aku adalah kat McDonald sebelum masuk Tol kat Gombak. Sarapan pagi kat McD jer .... Lepas singgah makan ikan Patin kat Temerloh dan masuk balik Lebuhraya nak ke Kuantan kami Exit Tol Gambang lebih kurang pukul 2 petang macam gitu.


Sampai di Bukit Gambang Resort dalam pukul 2.30 macam tu, sedang elok gak tu sebab Check-In kat sini start pukul 3 petang. Sangat bersih dan sangat ramai jugak orang nak check-in. Nasib baik Kak Ngah aku dah buat 'booking' sebulan setengah lebih awal dari tarikh nak datang sini. Yang untungnyer 'book-awal' satu lagi sebab ikut package. Sewa apartment untuk 3 hari 2 malam dapat tiket percuma untuk masuk waterpark bagi 8 orang. Save budget banyak dah tu. Jadi nyer tak ada lah masalah sangat. Apartment dua bilik ... sangat selesa. Boleh lah untuk 3 keluarga. Kami sewa lagi 2 tilam extra.


Sebelum dan selepas ... aku memang pantang tengok benda bersepah ... hehehe... pantang tak tersusun jer selipar dan kasut, aku lah yang tukang susun. Budak-budak tahu apa, masuk apartment main campak jer kasut. Sampai lepas tu anak anak ini dah tahu, takut kena marah dengan Mak Lang, pandai jer masuk umah susun selipar elok-elok. Hari pertama kami tak pergi Water Park, sebab dah rugi ... sampai pun kat pukul 3, dan water park tutup pukul 6 petang.



Makanya memula sampai itu adalah sessi berborak, berinternet dan makan dan main-main air kat Swimming Pool apartment sahaja. Juga sessi main masak-masak, syukur aku bawak dapur gas kecik dan kuali serta bahan-bahan untuk dimasak. Begitu jugak dengan Kak Ngah. Mak Tok siap bawak rice cooker dengan lauk pauk yang agak banyaklah jugak. Niat memula nak carik makan malam kat Kuantan, terpaksa di tunda. Yang tak bestnyer kat sini, peti ais dia kecik lah sesangat ... terpaksa lah diutamakan bahan basah dulu nak masuk kat dalam tu. Air macam macam rasa yang kita orang bawak pun kena ikut turn masuk dalam peti ais.



Dan malam pertama disini, aktiviti kami main 'FunFair' just kat bawah Apartment kita orang jer. Tak yah nak jalan jauh-jauh. Tekan lif turun jer dah sampai. Banyak gak mainan dia. Anak dara aku dari memula tak moh main, terus jadi teruja. Paling tak boleh percaya, Kak Long yang tak adventure langsung tu pun nak jugak main game pusing pusing kat FunFair tu. Aked mainan pun just kat bawah Apartment kita orang jer. Bebudak ni lah yang paling HAPPY sekali, jap jap minta duit dengan mak pak nak main game. Layankan ajer lah ... dah percutian ni pun untuk dia orang jugak kan. Waktu ni rasa nak nyanyi lagu P.Ramlee "Berkorban apa saja ..."



Hari kedua ... pepagi lagi one team dah pergi makan free kat Cafe ... yang lain bersarapan kat rumah ajer. Masak nasik goreng, buat sandwich, rebus maggi, goreng nugget ... makan jajan yang masih banyak dalam stock. Kenyang dah .... dan another one team yang nak ke Water Park, memang dah nak jimat air kat Apartment. Team ni tak mandi pagi, buat apa nak mandi kalau jap lagi nak jumpa air kat tempat 'Happening' kan ;) termasuk lah aku. Hehehehe. Team yang nak ke Water Park keluar agak pagi. Pukul 9 pagi dah keluar, itu pun sebab tak tahan dengan rengekan budak-budak kecik yang tak sabo sabo nak pergi berendam.



Sampai terlompat Aiman dan Hilman tak sabar nak pergi 'Waterpark' ... hat tengah tu pun rasa nak lompat gak tapi tak terdaya nak bawak badan yang berat. Buat 'peace' jer lah. Kami naik 'TRAM' yang macam kat dalam Zoo tu, sorang sehinggit jer. Ingat kan memula tu jauh ler kan jarak 'Waterpark' dengan 'Apartment' tapi rupa-rupanya dekat jer, naik bukit turun bukit dah sampai ... tak puas nak duk lelama kat dalam TRAM tu. Tapi kalau nak jalan kaki naik bukit turun bukit tu agak berpoloh jugak lah.



Kita orang hengatkan kita orang dah cukup awal dah, tapi bila sampai kat tempat tiket ... hambik kau kena gak beratur berlingkar panjang. Tapi serbis bagus, cepat jer. Kat sini tiket tak mahal ler serupa Sunway Lagoon ... takat standard 'Desa Waterpark' jer. Yang bagusnyer kat sini tak perlu bawak duit banyak-banyak, semua urusniaga pakai Tag, yang dibeli masa memula masuk tu. So kalau kita beli Tag RM200 ... jadinyer masa nak beli makanan atau urusniaga dalam resort, dia orang just scan kat tag tangan tu jer dan nilai kat tag itu akan berkurang. Kalau tak cukup duit, kena tambah lah nilai kat Tag tangan di Kiosk yang tersedia dalam waterpark itu. Eh! korang paham ker nih ... hehehe




Gambar-gambar ini diambil semasa belum jumpa air lagi. Sepanjang jalan menuju tempat bermain. Sebab lepas tu kita orang punya kamera dan barang lain dah nak kena masuk 'locker'. Kita orang bawak diri dengan towel jer lepas tu. Jadi tak adalah banyak gambar bermain-main air. Kalau korang perasan, tak ada satu pun muka Kak Long kat sini, sebabnyer ... perempuan ini takut gelap muka dan badannya dan dia sangat tidak adventure. Tak suka panas dan peluh. Tak tahu macam mana nak kasik tahu dia, rugi besar tak mencuba semua game kat sini.



Yang terlebih kat sini adalah mak dia. Semua benda aku main, konon-konon nak temankan Aran lah kan. Wallah ... sampai 'Flying Carpet' tu pun aku naik. Suker giler sebab paling laju dan cepat sampai ke bawah kalahkan anak-anak aku. Bila budak tu kata, sapa paling berat dialah paling laju dan paling tinggi terbang. Terus rasa ... patut pun. Budak tu kata aku tak sign buku ker, sebab dia kata sapa 80KG ke atas nak naik benda ni kena sign takut terjadi perkara yang tak di ingini. Helllooo!!! akak baru 70kg jer dik ... sungguh terasa akak kat situ. Tapi aku peduli apa, sampai 2 kali aku naik 'Flying Carpet'. Hahahahaha ... kalau tidak naik lebih lagi, tapi tak larat nak panjat tangga ;) pesal lah dia orang tak sediakan eskelator ... hmmm



Sangat seronok duk kat dalam ni, tak sedar masa berlalu. Dari pukul 10 pagi sampai 5 petang ... makanan kat dalam ni pun sungguh sedap. Kerja kita orang main air .. makan .. main air .. makan. Rasa tak nak balik pun ada, susah betul nak pujuk bebudak ni balik. Asyik kejap lagi ... kejap lagi jer. Hmmm tak per lenkali kita datang lagi ek.

2 comments:

IXORAROXI said...

wahhhhh nampak sungguh seronokkan..lama tak jumpa Fairos, harap2 sihat selalu dan senyum selalu ya

My Life My World said...

IXORAROXI ... Alhamdullilah, sihat IX memang sibuk sikit sekarang ni. Blog pun dah berabuk ... hukhukhuk :)