Tuesday, September 11, 2012

BIAR REZEKI DATANG ...


Orang dolu dolu kata, pagi pagi kena buka tingkap besar besar, buka pintu luas luas. Biar Rezeki masuk ... bertambah rahmat hidup. Tapi aku selalu kena marah dengan mak aku, Kau buka pintu pagi pagi ni nak suruh perompak masuk ker. Ish ... baru je lah nak ikut petua, dah kena marah. Tapi itu dulu, masa duk dengan mak bapak. Sekarang ni dah duk sendiri, memang aku suka buka pintu buka tingkap besar besar. Dah tak kena marah dah, tapi kengkadang terkena jugak bebel dengan mak aku, kalau pagi pagi dia datang bertandang kat rumah. Rumah kami dekat sesangat.

Rasa tenang kepala otak, bila bukak pintu tengok hijau jer kat luar rumah. Cuaca nyaman, udara bersih laman kemas. Sungguh release kepala ... macam best jer. Hehehe ... itulah namanyer kan duk kampung, dikelilingi pokok pokok pelbagai saiz. Itu belum kira kalau pepagi selalu jumpa kabus, masa ni lah feeling feeling duk kat tanah tinggi. Alhamdullilah, syukur atas rahmat dah rezeki Mu ALLAH. 

Syukur jugak tak ada ayam-ayam orang sebelah yang duk melilau carik makan. Mak Tok dan Tok Abah kalau bela ayam tak akan dilepaskan, duk dalam reban jer. Biasalah duk kampung, mana rumah ada pagar pagar macam rumah kat bandar. Tu yang kalaulah ada ayam keliling ni yang tersesat, pakat satu kerja lah pulak nak kena cuci taik ayam hari hari. Tu lah pasal, kalau aku nampak jer ayam entah sapa melilau keliling rumah, aku dah terjerit panggil Aran dengan Hilman pergi halau ayam jauh-jauh. Hehehehe ....

Yang tu tang yang best, yang tak best nyer ... percaya tak line Maxis kat sini sangatlah teruknye. Walhal pemancar Maxis tu tak lah sampai sebatu dari rumah. Belakang rumah ni jer dah Bukit Tadun. Tempat segala pemancar Telekomunikasi yang ada. Kira rumah aku ni betul betul di kaki Bukit Tadun. Kalau nak buat call atau terima call satu masalah nak kena bukak pintu rumah, duk luar rumah barulah nak clear. Huhuhuhu ... kesian kita orang. Baik line Celcom sikit jer, itu pun lebih kurang sama gak. Gitulah Kontranya kalau duk dikelilingi bukit dan pokok.

Tapi aku rasa still banyak PRO nyer ... hehehe saya suka rumah saya sebab rumah saya BEST :) boleh gitu

6 comments:

azieazah said...

Kak Azie tetap kata Acik sangat beruntung dapat tinggal menetap di rumah kampung wpun dikira orang bandar. Kerja bandar, live macam orang bandar, tapi tinggal di kampung. Syokkkk sangat!

Untungnya awakkkk... Saya suka rumah awak!

My Life My World said...

To Azieazah ... terima kasih kak. Saya pun rasa beruntung hehehehe ... kena banyak banyak bersyukur pada ALLAH. Semoga saya tidak lupa diri.

Mrs Taz said...

nnt kita datang raya umah acik ya .... lama tk gi sana ;)

My Life My World said...

Mrs Taz - Meh ler, tapi kasik la tahu 2-3 hari awal. Kalau idak minum air kosong jer lah. Hahahaha ... maklumlah kuih kering pun dah abis.

fadzli Amir said...

sama l;a kalau kat kampung...selalunya ayam betina yg nak carik tempat bertelor tersesat masuk dalam rumah...samada beramai2 halau ayam tu keluar atau beramai2 basuh taik ayam...heheheh

My Life My World said...

Betul tu, ni yang buat kengkadang kat tempat kasut tetiba jer ada telur ayam. Hangat hangat lagik kan. Petua orang tua, kalau dapat telur ayam yang panas panas tu, golek golek kat muka, supaya muka halus macam telur ayam. Kalau ada taik ayam sendiri mahu ingat lah ek :)