Wednesday, September 12, 2012

SEMBAHYANG HANTU ... tradisi orang cina

Boleh aku nak cerita hantu kat sini? Hahahaha ... bak kata Kak AA, blog aku ... suka ati aku lah nak tulis apa pun kan. Lagi mahu tanya orang ramai. Macam ramai orang baca blok aku. Huhuhuhu ... dah tu tuannyer pun update blog bak hidup segan, mati tak mahu mahu jugak. Anak-anak jangan ikut peribahasa ini, sebab acik kau ni ikut sesuka ati dia jer.

Cerita nyer gini, dua hari lepas masa aku nak start tidur. Tetiba telinga tangkap bunyi macam kat rumah orang kawin. Pum Pang Pum Pang ... Eh! sapa pulak yang kawin Hari Senin malam Selasa nih. Siap pasang muzik giler giler kuat punyer. Dia orang ni berdangdut ker hapa dah nak lewat malam ni.Ish ! dalam hati aku berkata, ada jugak orang nak buat kenduri kawin masa weekdays ni yer. Ada ker lah orang nak datang. Dalam hati kat sudut yang paling dalam pulak berkata, ker orang bunian buat keramaian. Hehehehe ... otak aku ni suker jer pikir yang bukan-bukan. Dalam pada duk berfikir tu, tak sampai 2 minit aku dah hanyut tidur dah. Aku ni memang jenis orang yang paling senang nak tidur. Letak kepala kat bantal jer dah boleh lelap, siap pakej dengkur lagi. Yang tu anak anak aku cerita lah. Tak kiralah siang hari ker, petang hari ker, malam hari ker ... memang mudah. Hmmmm ... no wonder lah aku melahirkan sorang sleeping beauty ghupernyer. Mak rindu Iqa ....... tetiba. Hahahahaha ... tersasarlah pulak masuk iklan percuma.

Sambung cerita .... malam tadi lebihkurang pukul 10 malam, masa aku duk luar rumah (bukan nak carik ilham tulis blog) nak jemur kain. Aku ni memang jemur kain malam-malam sebab siang-siang mana ada masa. Tetiba aku dengar lah lagi Pum Pang Pum Pang ... Laaa orang kawin tak abis abis lagi ker. Ini mahu tiga hari tiga malam ni Cik Tipah oiiii (teringat cerita Madu 3). Dimalam yang sepi tu, aku siap pergi merendek kat hujung rumah lagi, nak kasik clear pendengaran sambil-sambil buat tinjaun dari mana lah datang bunyi tu. Eh! tetiba bunyi macam lagu cina lah pulak. So terjerit-jerit lah aku panggil Hilman. "Man! kau dengar tak bunyi tu, agak-agak sapa buat kenduri kawin malam-malam ni yer Man" ... " Ala mak, itu bunyi orang cina buat persembahan untuk sembahyang hantu, kawan Man kat sekolah mengadu dia orang tak leh tidur sebab bunyi kuat sangat". 

Ooooooooo gitu ker cerita dia, hahahaha  mak kau ni ingat orang bunian buat kenduri kawin. So aku assume bunyi tu datang dari kawasan perumahan Bukit Rahman Putra. Baru teringat, memang ada nampak dia orang buat pentas bagai, dengan pasang colok yang beso-beso. Sikit punyer kuat ker, kalau kat Kuang ni pun dah boleh bunyi. Aku rasa orang duk kawasan perumahan tu mahu pekak telinga kut. Ni bukan buat persembahan untuk hantu, orang duk kawasan perumahan tu pun boleh naik hantu ni. Hahahahhaha .... itu bukan cerita seramnyer kawan kawan, itu intro aku jer. Intro pun punyalah panjang, buat orang bosan nak baca.

Yang seramnyer adalah 2 video Youtube kat bawah ni. Malam tadi jenuh aku nak duk mencari balik nak kasik tunjuk kat anak-anak. So dah letak dalam blog ni senang sikit nak carik ;). Sila-sila kan lah meninjau yer.... best oooooo. Zia tak yah tengok, kalau nak tengok gak ajak Yan sekali. Kang tak pasal-pasal pagi pagi kena ikut Yan hantar budak-budak  pergi sekolah, dah tak masak kan hehehehehe.



Yang ni kat stesen keretapi di Jepun. Cerita ni sampai masuk berita kat Jepun sana.
Sebab ini adalah hantu yang paling real dia tunjukkan diri.
Tengok sampai abih sebab yang last punyer sangat suspen.




Yang ni hantu pasaraya ... hantu cermin pun boleh gak.
Hilman malam tadi takut nak duk depan cermin.
Nak panggil Hantu peti ais pun boleh gak.
 Aran kata "Man lain kali aku tak nak ikut kau beli air kat stesyen minyak, kau pergi sorang"
Hahahaha ... tapi real kau
Nanti tengok imbasan perempuan yang muncul kat cermin peti ais tu masa memula lelaki ni buka peti ais dan masa lelaki ni terbaring tak sedar diri sehingga menjatuhkan tisu kat rak sebelah.

p/s : malam tadi anak aku bising,"Argggg .... kenapa mak tunjuk video ni?", Ek eleh, kau gak merayu-rayu kat mak nak tengok, sanggup tunggu depan PC sampai abih download. Hahahahaha .... anak anak aku. Teringat masa kecik tengok cerita hantu kat TV, aku ambik 'chairback' mak yang berkait lubang-lubang tu selubung kepala. Nak tengok tapi takut. Abih macammana tu?

2 comments:

fadzli Amir said...

Nasib baik kat area rumah ni takde diorg buat stage tu...
Saya ni hantu tak takut, yang tak best cerita hantu tu dia punya terkejut tu...tu yg tak tengok,...org rumah memnag suka tengok cerita hantu, tapi saya kecikkan mata...heheheh

My Life My World said...

Hehehehehe ... orang rumah lagi berani tu. Cayalah kat dia. Ni kalau pergi toilet mahu ajak orang rumah temankan ek... hahahaha