Tuesday, September 11, 2012

ZOMBIE - MISTERI MAYAT BERJALAN

Aku confirm anak-anak aku dan anak-anak sedara aku paling suka cerita ala-ala Misteri Nusantara ni. Tiap kali balik Klang pakat kerumun aku, "Auntie Fairos, ada cerita hantu tak". Hehehe ... dia orang ingat aku ni macam Tamar Jalis yang popular dengan buku 'Siri Bercakap Dengan Jin" tu kut. Tapi demi tidak menghampakan anak-anak sekelian. Marilah baca cerita yang aku kutip kat Blog Nizarazu.Com ni. Terima kasih yer dik, atas info yang best ni. Akak nak simpan kat Blog akak pulak untuk kenang-kenangan dan 'Bedtime Story' buat diceritakan pada cucu-cucu ku kelak. Giler hapa nak cerita hantu buat Bedtime Stories, mahu aku kena hempuk dengan mak korang nanti. Hehehehe ....  jauh tul pandangan aku ini. Jom baca kisah menarik ni. Perhatian : sapa yang lemah semangat tu cukup ler takat tengok Pok Cik hensem kat bawah ni ;)


Mesti Mokcik baju putih yang tengah merenung pokcik tu berkata di dalam hati,
"dapat lagi aku tengok laki aku walaupun dia dah lama mati" ... tsk tsk tsk


Indonesia yang dihuni oleh pelbagai etnik yang memang terkenal dengan upacara berunsur mistik. Antara adat unik tersebut ialah ritual 'MAYAT BERJALAN' yang dipanggil ma'nene yang masih diamalkan oleh Etnik Baruppu di Tana Toraja, Sulawesi Selatan. Etnik kaum ni duduk mendiami kawasan Pergunugan Sesean ini anggap semangat ahli keluarga yang dah mati akan kekal dengan ahli keluarga yang masih hidup. Sebab itu mereka sangat menghormati mayat.

Menurut Ketua Masarakat Baruppu (ketua kampung), ma'nene ini adalah ritual khas untuk memuliakan mayat dan mengenang jasa si mati. Dan diadakan tiap 3 tahun sekali. Waris si mati akan menurunkan keranda ahli keluarga mereka  dan menjalankan beberapa ritual khusus tanda memuliakan mayat. Mayat kemudiannya akan dibersihkan, dan dibawa pulang serta dipakaikan pakaian baharu.

Upacara ma'nene ini dipercayai telah mula diamalkan sejak ratusan tahun dulu oleh seorang pemburu bintang bernama Pong Rumasek. Satu hari, ketika Pong berburu dihutan tebal, dia telah terjumpa rangka mayat. Oleh kerana simpati dengan keadaan mayat yang tak terurus, dia pun membungkus mayat tersebut dengan baju yang dipakainya. Selepas itu, mayat tersebut diletakkan di tempat yang lebih sesuai. Sejak hari tu, rezeki Pong Si Pemburu melimpuah ruah. Setiap kali berburu, dia tak pernah pulang dengan tangan kosong, dan hasil tanaman nya jugak menjadi-jadi. Pong sering ditunjukkan dimana tempat persembunyian haiwan buruan oleh mayat yang pernah dibantunya itu. Sejak itu Pong menganggap mayat yang sudah tinggal tulang belulang perlu dimuliakan dan itu adalah amanat yang menjadi pegagan Kaum Baruppu hingga hari ni.

Bagi waris yang mahu melakukan upacara ma'nene, persiapan perlu dilakukan sejak awal pagi lagi, seluruh ahli keluarga waris akan berkumpul di rumah sehari sebelum ma'nene untuk persiapan. Sebelum mayat dibawa pulang kerumah, waris perlu menyembelih kerbau dan babi terlebih dahulu. Upacara ini bukan sahaja akan diraikan sesama keluarga tetapi dengan seluruh penduduk kampung. Bila selesai menyembelih kerbau dan babi pada awal pagi, sebahagian besar ahli akan pergi ke perkuburan untuk menunggu keranda simati yang telah meninggal dunia untuk dibawa turun. Kerja menurunkan keranda dilakukan secara berhati-hati bagi mengelak dari terjatuh.


                    


Sebarang kecuaian boleh merosakkan keadaan mayat didalamnya. Sementara itu di bawah tebing kubur, waris akan berganding tangan untuk membentuk bulatan sambil  meratib yang melambangkan ratapan sedih ahli keluarga yang ditinggalkan simati, bagi mengiringi keranda yang diturunkan dari kawasan tinggi (kuburan terletak di tebing gunung). Bait bait lirik meratib kononnya juga memberi semangat kepada waris yang masih hidup untuk lebih bersemangat lepas ketiadaan simati.

Sebaik saja keranda kusam mencecah papan pelantar di bawah, mayat akan dikeluarkan dan diletakkan dalam posisi berdiri sebelum dibawa berjalan pulang ke rumah. Sampai dirumah, rangka akan dibersihkan menggunakan berus halus. Waris akan memastikan mayat tidak boleh mencecah tanah dalam apa keadaan sekalipun. Itu pantang larangnya. Bila mayat dah dibersih, pakaiannya digantikan dengan persalinan baru, contohnya kameja batik serta sepasang sut berwarna hitam. Bila selesai berpakaian baru, simati akan terus dibiarkan berdiri. 

Jika simati adalah orang tua, anak-anak akan pergi kepadanya dan memberi tunduk hormat. Jika simati masih ada ibubapa, mayat akan dibawa berjalan untuk menghadap orang tuanya bagi mendapat sembah restu dan mohon doa.

Begitulah ceritanyer yer anak-anak. Sila seram sekarang. Muahahaha. Buat Muhammad Hilman yang suka sangat main game Zombie 'Dead Frontier' tu dan suka sangat tengok cerita Resident Evil dan Dead Alive tu ada baiknyer berpindah ke Daerah ini. Mesti kau suka punyer. Hahahahahaha ... melawak jer lah mak ni, Takkan lah mak nak suruh anak mak berkawan dengan Zombie pulak kan. Dah lah tak hensem kan Zombie ni ;)

p/s : tetiba aku tersangatlah rajin meng'up-date blog' Syyyyyyyy ... orang rajin jangan tegur. Hahahaha




5 comments:

azieazah said...

Kak Azie pernah baca kisah sebegini dalam Mastika kot dulu. Tapi baca langkau langkau sebab penakut!

hahahahah

Sebut pasal buku Tamar Jalis tu, ada orang nak jual banyak buku tu kat Kak Azie, tapi mak dia plak larang. Adehhh ingat nak tayang kat blog pasal buku tu, tapi hajat tak tercapai.

My Life My World said...

Azieazah

Hehehehe ... saya baru ternampak cerita ni kak, tu yang rasa menarik tu. Ish akak ni penakut ker, macam tak caya jer. Akak kan survivor :)

Tamar Jalis, best kat cerita dia.

fadzli Amir said...

dah pernah baca pasal ni....Kat Malaysia ni Tamar jalis memang best, sebab dia org kampung teman..dan cerita dia ( buku pertama ) ada menyebut nama kampung dan kampung2 sekeliling...

fadzli Amir said...

Nak tanya...nama Kak, Fairos???...sama dgn nama kakak ketiga saya...hehehehhe....

My Life My World said...

To Fadzli Amir - Ler iyer ker sekampung, mesti bangga kembang kembang kan. hehehehehe. Kawasan kampung ada banyak antu ker?

Betul ler tu, nama akak FAIROS ... kirim salam kat Kak Fairos awak yer ;) hehehehe. Eh ... korang satu famili semua start 'F' jugak ker. Nama adik akak pun Fazli, without 'D'