Tuesday, September 25, 2012

LAPIS KEJU CHEESE CRAKERS - langkah demi langkah

SABTU, 22 September 2012

Alhamdullilah, diberikan lagi cuti hari Sabtu ini. Kalau boleh nak cuti tiap-tiap sabtu, apakan daya kompeni bukan bapak aku yang punyer. Kalau boleh tak moh pergi kerja, nak duk rumah uruskan rumah dan anak-anak. Namun apakan daya aku tak kaya raya. Adalah sangat best bila tak perlu nak berkejaran ke pejabat, dan dapat kita punyer 'own sweet time' nak kemas rumah dan memasak tanpa perlu huru-hara. Kak Long sekolah hari ni, yang tinggal hanyalah Aran dan Hilman. Itu pun sibuk dengan gadjet masing-masing. Maklumlah cuti, 2 hari ni jer pun dapat kebebasan main internet. 


Budak kecik tengah kusyuk layan tenet kat phone.

Sama jer lah dengan abang dia Hilman
Dia nampak aku pegang kamera, terus larik tak moh ambik gambo ....
sebabnyer tak mandi pagi lagi :) 

Jadinyer apa lagi, pergi dapur fikir nak ber'eksperimen' dengan resepi baru. Aku banyak jer kumpul resepi-resepi kat tenet. Buat satu Folder untuk resepi sahaja. Cuma tak sempat nak mencuba. Hari ni kain dah siap basuh dan jemur. Hmmm ... nak masak makan tengahari pun kensel. Sebab Mak Tok masak nasik lemak banyak ... kalau tak turun makan kat rumah dia nanti merajuk pulak. Hehehehe ... beruntungnyer aku duk dekat dengan mak. Syukur pada Mu Allah. 



Banyak lak celoteh aku, jom cuba resepi baru ... paling mudah, paling senang dan sedappppppppppppp sangat. Betul tak tipu ... cubalah (dengan muka riang gembira macam Upin dan Ipin nampak ayam goreng) hehehehe . Dia adalah lebih kurang macam Resepi Lapis Marie Cheese yang penah aku published kan (Cheh! macam majalah pulak aku rasa publis publish ni) Kalau tak faham gak step by step aku ni nanti, silalah buntangkan mata dan tengok resepi yang aku print kat atas ni yer.



Lihat dia punya ingredients ... 4 barang ni jer
Biskut Chesse Crackers ... aku beli brand RITZ, aku pun tak sure dia cheese ker tak, bantai jer lah
Bijiran Nestum ... aku beli konon-kononnyer nak diet, malam-malam makan nestum. Hampeh!
Cream Chesse ... Brand TATURA, ini jer lah kut yang paling murah dan senang dapat.
Susu Pekat Manis .... pakai setengah tin jer



250gm Cream Chesse + Setengah Tin Susu Pekat Manis macam aku hukhukhuk



Diputar dan putar sehingga sebati. 




Sehingga menjadi seperti ini ....



Alaskan bekas dengan plastik ... 
Kalau tak moh alas pun tak per. 
Dalam Resepi kata alas, aku pun alas :) ikut ler konon



Atur-aturkan Biskut kat bawah sekali



Kemudian lapis dengan adunan krim yang diputar tadi



Taburkan pula Nestum kat atas Cream Chesse tu




Kemudian lapis lagi dengan krim atas Nestum tu



Kendian atas krim letak lagi biskut ... then letak krim



Then letak pulak nestum , lepas tu krim ... ulang-ulang sampai abih krim
Tak banyak pun boleh dapat, takat acuan 6 x 6 jer
Kalau nak lebih, kena guna lebih cream cheese dan susu lah lagik
Nestum aku gedabak dan biskut sekotak tu pun tak abih guna
Beli jer biskut yang kecik dan nestum saiz kecik.
Tapi kalau nak ulang-ulang buat, beli besar pun tak rugi



Tara kuca tara kuca ..... dah siap pun
Suka ati lah nak hias macam mana pun kat atas sekali
Gunalah kreativi sendiri.
Orang malas macam aku main campak campak jer hati tu
Tu jer yang ada dalam stok dan tak expired lagik ... hehehehe

Kemudiannyer yang dah siap tu hendaklah disejukkan semalaman dalam peti ais yer puan puan
Kalau rasa tak sempat-sempat nak makan dah kecur air liur (macam anak aku)
Letak barang 2-3 jam dalam peti ais pun dah okay dah


Ni ler hasilnyer ..... Kak Long masa memula makan tu Speechlesss
Hahahahahahahha ... sebab sedap sangat katanyer
Hish ... ni bukan propa ni, ni betul-betul kejadian


Cubalah ...    
ayang cepat cuba nanti kasik cerita dalam blog :)

8 comments:

Mrs Taz said...

acik, nnt bwk gi melaka eh? nak rasa cam sedap je ... nestum and biskut tu buh lebih sikit hehehe .. kalo lapis ngan biskut oreo pun sedap kot .. nnt nak cuba buat jugak laaaa ..

My Life My World said...

To Mrs Taz

Alhamdulilah ... jadik yer pergi Melaka. Seronok nyer seronok nyer. Kalau Zia tak ada macam tak cukup korum pulak. Tak best sebab tak leh gosip gosip. Hamboi. Hahahahaha ...

Insya ALLAH nanti acik tengok apa acik boleh bawak pi Melaka nanti. Betul lah kan, kalau letak oreo pun mesti best jugak kan.

Zia cuba yer, nanti cerita kat Acik.

ayang said...

Ku pasti akan mencuba sabtu ni.. Kul 1 pg lagi la nampak gayanya siap. Emm.. pesal gambar N3 akak ni tak kuar??
Apa2 pun TQ eeh utk resepi terbaru ni..

My Life My World said...

To ayang ...

Cuba jangan tak cuba... kalau ada lebih bawak ler kasik akak rasa yer :)

azieazah said...

Nak buat! Nak buat! Nak buat!

My Life My World said...

To Azieazah ...

Buat kak jangan tak buat. Senang sangat sangat. Alia pun boleh buat. Sebab dia tak yah bakar, masuk peti ais jer dah siap :). Nanti cerita kat blog yer (pinjam ayat) ... hahahahaha

Unknown said...

kek ni tak payah bakar ke?

My Life My World said...

dzle yana - Ampun dekkkk ... akak baru perasan ada komen kat sini. Yer dik, benda ni tak yah bakar, masuk peti ais jer. Senangkan :)