Monday, April 12, 2010

TERAPI STRESS YANG PALING MUJARAB

SABTU, 10 April 2010

Stress ni tak perlu nak makan ubat, tak perlu nak jumpa doktor. Nak tahu apa ubat yang paling mujarab ............................................ SHOPPING. Tak kira lah membeli belah tingkap ker, membeli belah pintu ker, membeli dan terus belah ker. Asal yang bernama shopping tu memang bisa menenangkan fikiran :) betul tak ZYA sayang ... hehehe. Bukan membeli sangat pun, dapat beli sebatang pen pun jadik. Orang yang paling seronok nak ngikut aku Shopping kali ni adalah Kak Long dan Iqa ... eh tak, sebenarnya aku yang ikut dia orang shopping. Yang lebih lebih membeli nyer budak 2 orang ni. Aku ikut jer, jadi bodyguard dia orang nih dan tukang jadi Sugar Mummy a.k.a Bank Bergerak.





Mula mula sekali ke Ikano, Kak Long nak beli bag yang dia dah target dari minggu lepas lagi. Iqa pulak nak cari hadiah untuk kawan nyer di Brand's Outlet. Sambil sambil jalan tu terserempak lak dengan orang jual Popia. Aduh dah lama tak makan Popia ni.




Singgah beli, cari seat kat tempat orang lalu lalang tu, terus makan sambil menyuap anak dara 2 orang ni. Macam budak budak nak manja dengan mak ek. Tak kira dah dengan orang keliling, sebab rasa nyer dah bertahun tak makan popia ni :) Bukan lapar sangat pun.





Lepas dah dapat barang di hajati, haaaa .... ni nak cerita nih. Aku kalau keluar dengan budak pompuan dua orang nih, aku memang selalu kalah. Aku dah siap perisai, parang, tombak segala dah sebelum keluar rumah dengan azam "Mak tak nak beli apa apa ek, jangan nak suruh mak beli apa apa". Tapi bila sampai shopping centre tu, tiap kali tu lah aku kalah. Perisai dan tembok aku entah kemana tah, benteng yang keras tu terus runtuh. Ini lah kelemahan aku.






Kak Long tahu kelemahan aku, tu yang dia ambik kesempatan tu. Aku memang lemah dengan pujuk rayu anak anak bila dia orang nak kan apa apa, especially Kak Long. Tak sampai hati untuk tidak menunaikan nya. Sampai kan baju dia orang tiap tiap bulan ada jer yang dibeli, mengalahkan aku yang pergi kerja dan jarang berganti baju ... Huwa! Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa (Sila nyanyi seperti P. Ramlee)




Dah abis survey kat Ikano, masuk Ikea lak. Sebenarnya baru minggu lepas datang dengan Kak Long cari barang. Lepas tu Iqa tahu dia merajuk sebab tak bawak dia. So minggu ni kenalah bawak Iqa yang tersayang pulak. Dia kata nak cari barang kat Ikea. Apalagi kita orang pun buat Ikea tu macam rumah sendiri lah pulak kan.



Best best best ! giler best sebab dapat tengok susun atur dan perabut yang cantik cantik, lepas tu berangan macam boleh buat semua tu kat rumah. Bergambar jer lah kita orang yang memang tak tahu malu nih. Sampai tak larat jalan. Seronok, sebab bila tengok susun atur ni rasa membangkitkan idea nak kemas rumah dan mencantikkan rumah lagi. Tapi masa jer tak ada nak buat. Huwa!



Wednesday, April 7, 2010

PINGGAN ANAK ANAK

Ingat lagi tak dua hari lepas yang cerita aku pergi satu kedai ni, nama dia Romantika. Ala yang jual barangan 'household' tu. Yang buat anak anak lelaki aku kebosanan sebab kena ikut nafsu serakah mak dan mak tok nyer ;). Bebudak lelaki mana suka gi tempat pinggan mangkuk ni kan, yang dia suka pergi tempat jual alatan letrik, gadjet dan kedai jual CD game PS2.

Dan sebagai mak yang bertimbang rasa ece ce ceh ... lagi baik ati.... ;)... dan penyayang ...okay okay dah stop tekan button lif. Aku kena beli balik hati mereka. "Okay sayang sayang mak semua, korang cari lah pinggan satu sorang yang korang suka untuk diri sendiri" ... "Ye ye ...betul ker mak?" ... "Iyer, Cepat! sebelum mak tukar fikiran" .. Laju jer dia orang mencari pinggan yang memenuhi citarasa. Lagi pun bukan mahal pun pinggan tu. Paling mahal 3 hengget. Berani ler mak dia buat offer, cuba satu pinggan 30 hengget. Mak dia mahu fikir berjuta juta kali ... hahahaha

Meh aku tunjuk pinggan yang dia orang pilih. Sapa sapa yang pandai menilik tu, sila lah tilik, perangai anak anak aku mengikut pinggan yang dipilih. Eh eh ... ada ker macam tu ... hehehehe


Pinggan pilihan Kak Long - berat pinggan ni. Yang ni aku suka, kaler dia cantik dan meriah.




Pinggan Iqa ... yang ni paling murah sehengget jer ;)



Pinggan Hilman, yang ni ada cop 'Hallmark' dengan resepi kat belakang dia




Aran dan pinggan macam nak sambut Krismas ... hik hik hik

Tuesday, April 6, 2010

MARI PAKAI KAIN SARUNG

Orang duk sibuk buat cara-cara pakai tudung, aku lak pecah tradisi dengan cara-cara memakai kain sarung. Tetiba lak datang tebiat entah dari mana. Dah tu ada orang yang sudi jadi model kan, akak apa lagi tidak melepaskan peluang ke'emas'an ni, dah lah akak ni kebuntuan tak ada bahan nak menulis. Yeah seperti biasa, mari kita mulakan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Memperkenalkan model cilik aku a.k.a buah hati aku yang tercinta ...

.
.
.
.
.
.
.
.





Memula sarungkan kain sarung atau kain batik - ikut suka asalkan kain.
Dan belah atas sekali kepit dengan dagu.
Tangan kanan dan kiri memegang bucu hujung kain sarung yang di pakai



Kendian hujung belah kiri kain bawa kat part tengah
Di ikuti belah kanan juga temukan ke tengah juga
Ikut suka ler tak kisah lah nak kiri dulu ker kanan dulu ker, yer tuan puan


Lepas tu gulung gulung ler kain yang ditemukan
dari belah dada turunkan ke pinggang
kemas kan sampai rasa selesa



Tara! .... dah siap pun
Selamat Mencuba hokey ;)


CERITA DI SEBALIK TIRAI

Aku baru balik kerja petang tadi, datang lah Aran berlari lari ke dapur nak tengok aku buat apa, dengan sarung nyer yang masih belum di pakai. Aku tanya dia, "Kenapa malam ni pakai kain sarung lak?" .... "Aran pakai seluar pendek jer, nanti nak solat dengan ngaji" dia jawab... Oooooo okay ...

Aku tengok comel lak dia bersarung, macam anak jantan sejati ...hehehehe. Terus suruh dia pakai sambil aku snap gambar dia step by step. Senang cerita dengan Aran, tak banyak soal. Dengan senang hati dia mengayakan cara cara nyer.

Eh ! Korang rasa, mmmm....ada tak orang kat dunia ni 'Google' post aku kali ni, yer lah dia orang nak belajar pakai kain sarung kan ... hahahaha ... dah ler Google sekarang ada translate translate, mesti entah dari negara mana mana lak yang meng'Google' post aku, sori aaa ayat perasan lak :)

Perhatian pada LG dan Mami, kalau TOH dan Mamak lepas ni nak belajar pakai Sarung, sila refer cara cara di atas, ker dia orang memang dah terer pakai sarung ;)

Monday, April 5, 2010

UBAT PENAWAR DUKA


SABTU, 03 April 2010


Seronok sangat, sebab hari ni aku cuti ... apa lagi, bersantai la dengan anak-anak. Macam dah lama tak cuti Sabtu. Lepas ambik Kak Long balik dari tuition kita orang singgah Selayang Mall ... seronok seronok seronok. Macam ler tempat vogue sangat umpama Pavilion, yang seronok tak hengat sesangat. Selayang Mall jer, tempat yang serba murah dan macam macam ada :)




Kunjungan kali ni aku bawak Mak Tok, cian Mak Tok duduk umah jer tak gi mana-mana, dah ler aku tak ada masa nak layan Mak aku ni, asyik balik lambat jer. Nasib baik dia selalu ditemani oleh cucu cucu yang selalu buat havoc yang membingitkan rumah dia.



Sampai jer mula mula kita orang masuk satu kedai ni, nama dia Romantika. Heaven kau kedai ni, bagi aku ler yang suka barangan 'Household'. Banyak barang perhiasan rumah ala-ala English Style yang murah giler. Sampai rasa semua nak borong. Nasib baik budget ciput jer bawak. Boleh dekat 1 jam lebih jer kat dalam ni. Semua barang kita orang belek. Mak aku dah start giler rambang mata rasa kalau boleh nak beli semua. Bayangkan pinggan mangkuk yang Hand Painted ada yang harga sehengget jer. Mug lawa dan murah murah. Pinggan hidang cantik cantik dan besar dengan kaler yang menawan ... ece ce ceh... harga 10 hengget jer. Mak aku ajak datang lagi bulan depan. Hahahaha ... sebagai membalas keboringan anak anak lelaki aku yang terpaksa melayan nafsu serakah mak dan mak tok nyer, aku suruh dia orang pilih pinggan sarapan untuk diri sendiri. Suker ler dia orang ... sebab nanti sarapan dapat guna pinggan lawa. Ala murah jer, ada yang sehengget ada yang 3 henggat sebijik.




Lepas minum hilang penat shopping kat kedai barangan rumah tu, kita orang sambung main BOWLING. Ramai pulak orang hari ni, ghupa ghupa nyer ada Tournament. Membaling bola bowling sampai rasa lenguh tangan. Padahal main 2 game jer. Mula-mula tu score tinggi ler jugak, tapi bila dah penat tu ... asyik ke longkang je lah. Tapi sangat menyeronokkan. Tergelak-gelak tengok bola orang masuk longkang, lepas tu bola sendiri pun masuk longkang. Iqa memula tak nak main, sebab malu ramai orang ... lepas tu join lah jugak sikit. Mak dia pulak, asyik ler nak hambik gambor je lah kerja nya.








Lepas main bowling, makan aiskrim kat Mc D terus balik. Lama gak la kat Selayang Mall ni, dari pukul 11.40 sampai pukul 4.00 petang tu. Ini ler ubat stress aku yang paling mujarab sekali lepas kerja bagai nak gila selama seminggu ni. Memang lupa segala masalah bila dapat habiskan masa bersama sama anak anak tersayang, dan dapat membahagiakan emak yang tercinta ;)








Sunday, April 4, 2010

HERO SELALU KALAH DULU

Malam tadi kami anak beranak duk depan TV tengok saluran ESPN, dah lama tak bukak saluran ni sebenonyer ;) Tapi disebabkan malam tadi ada 'Match' Besar kat EPL antara Man. U dan Chealsea, maka aku pun terheret sama. Kat rumah pulak memang ada 'Big Fan Man U' dan 'Small Fan Chealsea'. Hilman jer yang sokong Chelsea, yang lain pro ker Man U.


Bersemangat sungguh Hilman nonton bola. Aran pulak boleh ler tertido depan TB. Kita orang kejut bagai nak rak pun dia tak reti reti bangun. Tido mati betul dia ni. Yang kelakar ada satu part tu kan bila Chelsea masukkan gol, Hilman sonyap jer (dia duk depan, kita orang duk belakang). Aik, apasal dia tak 'excited' langsung nih. Kita orang lak yang bising, ghupa ghupa nyer dia dah terlelap ... hahahah. Anak aku memang tidur awal kalau malam. Bila kita orang kejut dia kata Chealsa dah 'score another goal' baru dia nak jerit ... hahahaha


Si Iqa lak, dari minat Man U sikit sikit terus tukar sukar Chealsea lak. Lalang sungguh minah ni... nak tahu kenapa cinta dia beralih arah. Sebab nyer kat Chealsea ramai pemain yang hensem hensem ... aduyai tak leh tahan aku. Jangan dia terkena 'Virus Halimahton' udah ler. Cit cit cit ... touch wood...touch wood ... cari kayu jap.


Game amat menyeronokkan, kita orang kat rumah pun seronok jugak, tapi Man U kalah :( sedih gak. Kak Long dah takut nak gi sekolah hari senin sebab dia sure kena ejek punyer. Mana tak nyer, game baru abis jer dia dah dapat sms dari classmate yang ejek dia sebab Man U kalah. Hilman lak suker, dia kata nanti boleh balas dendam kat budak yang selalu ejek dia sebab sokong Chealsea. Hilman ni memang fanatik Chealsea, Beg Sekolah, Botol Air, Jam, baju dia semua nak Chealsea. Mana orang tak tahu dia giler Chealsea.


Tak per, Hero memang selalu kalah. Siap ler bila Wayne Ronney dah sihat nanti, mesti Man U boleh menang balik punya. Mesti lepas game pemain Man U ni kena marah giler giler dengan Fergie agaknya kan ;) adalah kasut bola yang melayang layang ... hehehe


p/s ... terima kasih en. google untuk gambar gambar di sini

Friday, April 2, 2010

AL-FATIHAH UNTUK DIN BERAMBOI

Sangat-sangat mengejutkan aku dan anak anak di pagi hari, bila dengar di radio Din Beramboi menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Selayang pukul 12.30 pagi tadi. Hening suasana kat rumah, semua macam tak percaya. Walaupun tahu dia dah kat spital since hari senin lagi.

Kak Long kata, "Macam baru jer tengok dia kat TV jadi Juri Raja Lawak, nampak sihat walafiat. Lagipun dia dah ada Realiti Show sendiri kan sekarang ni". Hilman lak waktu tu masih pakai towel baru lepas mandi dia termenung sekejap, sempat kata Mak main main ek. Ish, tak ada ler pasal kematian nak buat main sayang oiiii. Si Aran pulak sibuk recall, tanya aku, sejak bila Din Beramboi ni femes? Dia berlakun cerita apa lagi ... banyak ler tanya budak kecik ni, sebijik perangai mak dia :) hehehehe. Yang paling dia ingat, masa Rancangan TELEMATCH, voice over yang buat laporan selari masa game sukaneka tu adalah suara Din Beramboi. Aku pun suka gak tengok Telematch tu, sebab ulasan Din Beramboi memang kelakar giler.

Tapi kini dia dah tiada. Anak paling besar baru 18 tahun. Dan ramai lagi yang kecik. Statement isteri dia yang menyedihkan bila dia kata "Anak bongsu asyik tercari cari bapak nyer, sebab sebelum tidur Din pasti akan cium anak bongsu nyer".... sedih nyer ... Huwa!

Dan aku terfikir sejenak. ALLAH kalau nak jemput balik hamba nyer, tak payah nak sakit lama-lama. Tak ada bagi alamat atau amaran. Tak payah nak tunggu tua ... dan aku terfikir lagi, cukup ker bekalan aku nak bawak ke sana nanti ....





Monday, March 29, 2010

HARAP YANG BAIK BAIK HENDAK NYA

Salam .... uhuk uhuk uhuk....dah lama tak jengah blog... kan dah berabuk bersawang jadi nyer. Penat lak lepas ni nak menyapu habuk dan sawang, biar bercahaya dan berseri-seri semula blog ku ini. Baru jer lepas penat menghadapi minggu yang memenatkan dan stress giler. Tak tahu nak describe macam mana. Sibuk sangat sangat, kalau boleh nak stopkan jarum jam kat dinding. Heran yang amat, apasal la jam tu cepat sangat bergerak, hari cepat benar berganti hari. Aku kat opis sampai tak leh berjalan, asyik lah berlari sebab nak mengejar waktu. Habis retak bangunan opis aku yang memang dah sedia retak pun :D bukan sebab aku kuat sangat berlari ek. Nasib tak runtuh ... tahu lah bila anak gajah berlari.



Balik memang lah memanjang lewat, dan ada satu hari di minggu lepas aku balik pukul 5.30 pagi dan tak tidur untuk 48 jam ... gara gara nak mengejar date line. Pening beb lepas tu, mata start nampak kabus jer, sebab terlalu penat. Tapi sesuatu yang amat amat mengecewakan telah berlaku. Sedih giler, hari ini dalam sejarah lah kiranya, sebab aku tak pernah sesedih itu sepanjang berkerja ni. Sentap mood aku terus berhari hari ... rentan jiwa aku sampai sekarang. Membuatkan aku macam malas dah nak pergi kerja ...




Tapi apa apa pun aku tahu ... aku kena bangun semula. Peduli dengan kesedihan dan kekecewaan yang amat amat sangat. Aku tahu aku harus jadikan semua ini cabaran hidup aku. KITA TIDAK KALAH JIKA KITA DIBAWAH, TETAPI KITA KALAH JIKA KITA TERUS DI BAWAH DAN TIDAK BANGUN SEMULA ...



Tak ada gunanya melayan perasaan kecewa, hidup perlu diteruskan ... Don't cry because it is over, smile ..because it happened, so that you won't be hurt anymore... Sekadar meminjam kata kata semangat orang. Korang doakan aku ek, semoga aku dapat bertemu pelangi yang indah dan cahaya yang damai. AMIN ;)



P/S : terima kasih pada En. Google sebab ada gambar yang cantik cantik untuk aku C&P, aku dah lama tak 'pukul' gambar hehehehe