Monday, April 5, 2010

UBAT PENAWAR DUKA


SABTU, 03 April 2010


Seronok sangat, sebab hari ni aku cuti ... apa lagi, bersantai la dengan anak-anak. Macam dah lama tak cuti Sabtu. Lepas ambik Kak Long balik dari tuition kita orang singgah Selayang Mall ... seronok seronok seronok. Macam ler tempat vogue sangat umpama Pavilion, yang seronok tak hengat sesangat. Selayang Mall jer, tempat yang serba murah dan macam macam ada :)




Kunjungan kali ni aku bawak Mak Tok, cian Mak Tok duduk umah jer tak gi mana-mana, dah ler aku tak ada masa nak layan Mak aku ni, asyik balik lambat jer. Nasib baik dia selalu ditemani oleh cucu cucu yang selalu buat havoc yang membingitkan rumah dia.



Sampai jer mula mula kita orang masuk satu kedai ni, nama dia Romantika. Heaven kau kedai ni, bagi aku ler yang suka barangan 'Household'. Banyak barang perhiasan rumah ala-ala English Style yang murah giler. Sampai rasa semua nak borong. Nasib baik budget ciput jer bawak. Boleh dekat 1 jam lebih jer kat dalam ni. Semua barang kita orang belek. Mak aku dah start giler rambang mata rasa kalau boleh nak beli semua. Bayangkan pinggan mangkuk yang Hand Painted ada yang harga sehengget jer. Mug lawa dan murah murah. Pinggan hidang cantik cantik dan besar dengan kaler yang menawan ... ece ce ceh... harga 10 hengget jer. Mak aku ajak datang lagi bulan depan. Hahahaha ... sebagai membalas keboringan anak anak lelaki aku yang terpaksa melayan nafsu serakah mak dan mak tok nyer, aku suruh dia orang pilih pinggan sarapan untuk diri sendiri. Suker ler dia orang ... sebab nanti sarapan dapat guna pinggan lawa. Ala murah jer, ada yang sehengget ada yang 3 henggat sebijik.




Lepas minum hilang penat shopping kat kedai barangan rumah tu, kita orang sambung main BOWLING. Ramai pulak orang hari ni, ghupa ghupa nyer ada Tournament. Membaling bola bowling sampai rasa lenguh tangan. Padahal main 2 game jer. Mula-mula tu score tinggi ler jugak, tapi bila dah penat tu ... asyik ke longkang je lah. Tapi sangat menyeronokkan. Tergelak-gelak tengok bola orang masuk longkang, lepas tu bola sendiri pun masuk longkang. Iqa memula tak nak main, sebab malu ramai orang ... lepas tu join lah jugak sikit. Mak dia pulak, asyik ler nak hambik gambor je lah kerja nya.








Lepas main bowling, makan aiskrim kat Mc D terus balik. Lama gak la kat Selayang Mall ni, dari pukul 11.40 sampai pukul 4.00 petang tu. Ini ler ubat stress aku yang paling mujarab sekali lepas kerja bagai nak gila selama seminggu ni. Memang lupa segala masalah bila dapat habiskan masa bersama sama anak anak tersayang, dan dapat membahagiakan emak yang tercinta ;)








11 comments:

azieazah said...

Wow! seronokkkk... seronokkk!

Tumpang gumbiraaa!

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak :)

Seronok dan mengumbirakan ;) akak lenkali nak tumpang main pun boleh, lagi gumbira dengan bunyi tawa akak yang bisa mengegarkan. Hehehehe ... tetiba rindu nak dengar gelak akak. Eksklusif tu.

mohdandmeriam said...

salam ros...bila stress n dapat keluar dengan anak2 n keluarga rasa seronok sangat..jalan2 sambil makan2 diluar..mak cik kalau anak2 pulang time tu dapur tak berasaplah ,anak ajak makan diluar..seronok juga sambil lepak2 sambil makan2 hehehhe ..pemalasnya makcik..

mohdandmeriam said...

salam ros...bila stress n dapat keluar dengan anak2 n keluarga rasa seronok sangat..jalan2 sambil makan2 diluar..mak cik kalau anak2 pulang time tu dapur tak berasaplah ,anak ajak makan diluar..seronok juga sambil lepak2 sambil makan2 hehehhe ..pemalasnya makcik..

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :D

Macam Mak Cik lagi lah seronok, ada anak dah beso beso, tak yah nak keluar belanja. Ada jer orang belanja. Lepas tu ada cucu lagi yang makin membuatkan suasana lebih meriah. ;)

IXORAROXI said...

lahhhh kenapa tak tunjuk score board tu sama :D...IX ni pun satu hal, kalu masuk kedai hiasan dalaman rumah, memang mau separuh pitam tengok barang2 hiasan tu semua :D

My Life My World said...

Ixoraroxi - Salam Ix

Tak nak tunjuk, nanti orang kata 'Riak' pulak ... hahahaha ... sebenornya tak tinggi pun score, boleh gelak guling guling ler kalau nengok kat score masing masing, action jer lebih kita orang ni. Hahahaha ...

azieazah said...

Kadang2 score board tu pun leh jadi bahan gelak buat release tension tu. hahahar...

ya lah bila ler kita ni dapat lepak lagi, kan? Bawak anak2 sekali, bergumbira kat bowling centre. Mesti meriah. Nanti nak ajak PAND sekali lah. Dia pun rajin bawa anak2 dia membowling...

My Life My World said...

azieazah - jom kak, kita memboling. Tapi kena inform awal ler, saya ni sibuk mengalahkan PM hahahaha

Suruh Pon Cin Pand organise kita follow jer. weih ... mesti best kan

Mia's Mom said...

Salam Acik ;-D

Seronok tengok Acik & family happy gila! Nampaknya pelangi dah tersenyum ya? Ala.... sekadar masuk longkang OK je Acik. I ni pun terror masukkan bola dalam longkang - Maklumlah tangan tak berbedung masa kecik (ada kena-mengena ke ni, ya?) :-D

Man tu posing macam model la...!

My Life My World said...

Mia's Mom - Salam MM :)

Anak anak ler ubat saya yang paling mujarab sekali untuk sakit ati dan stress. Kalau balik dari ofis, tengok muka dia orang, dengar dia orang bercerita, memang boleh lupa lah segala masalah.

Dalam kedukaan tu, kita rasa bersyukur sangat, sebab masih ada anak anak, permata paling berharga dalam hidup.

Hilman tu kalau baca statement U, bertambah kembang ler segala yang ada kat dia ... hehehehe