Friday, April 2, 2010

AL-FATIHAH UNTUK DIN BERAMBOI

Sangat-sangat mengejutkan aku dan anak anak di pagi hari, bila dengar di radio Din Beramboi menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Selayang pukul 12.30 pagi tadi. Hening suasana kat rumah, semua macam tak percaya. Walaupun tahu dia dah kat spital since hari senin lagi.

Kak Long kata, "Macam baru jer tengok dia kat TV jadi Juri Raja Lawak, nampak sihat walafiat. Lagipun dia dah ada Realiti Show sendiri kan sekarang ni". Hilman lak waktu tu masih pakai towel baru lepas mandi dia termenung sekejap, sempat kata Mak main main ek. Ish, tak ada ler pasal kematian nak buat main sayang oiiii. Si Aran pulak sibuk recall, tanya aku, sejak bila Din Beramboi ni femes? Dia berlakun cerita apa lagi ... banyak ler tanya budak kecik ni, sebijik perangai mak dia :) hehehehe. Yang paling dia ingat, masa Rancangan TELEMATCH, voice over yang buat laporan selari masa game sukaneka tu adalah suara Din Beramboi. Aku pun suka gak tengok Telematch tu, sebab ulasan Din Beramboi memang kelakar giler.

Tapi kini dia dah tiada. Anak paling besar baru 18 tahun. Dan ramai lagi yang kecik. Statement isteri dia yang menyedihkan bila dia kata "Anak bongsu asyik tercari cari bapak nyer, sebab sebelum tidur Din pasti akan cium anak bongsu nyer".... sedih nyer ... Huwa!

Dan aku terfikir sejenak. ALLAH kalau nak jemput balik hamba nyer, tak payah nak sakit lama-lama. Tak ada bagi alamat atau amaran. Tak payah nak tunggu tua ... dan aku terfikir lagi, cukup ker bekalan aku nak bawak ke sana nanti ....





4 comments:

mohdandmeriam said...

salam ros..makcik rasa sungguh sedih bila wan skype dari london beritahu tentang arwah din beramboi..betul ros,kita tak tahu bila pula giliran kita..cukupkah amalan kita untuk bertemuNya nanti..apa2 pun takziah buat isteri n anak2..kita pakat2lah sedekahkan Alfatihah buat arwah ...

azieazah said...

Al Fatihah...

sedih sungguh saya hari ini.. sedih sampai menangis.. nangis betul-betul...

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik. Rasa terkejut sebetulnya, sebab cepat betul pemergiaannya. Amalan diri rasanya memang tak cukup lagi....kurang benar amalan dan pahala yang nak di bawa, sedangkan ajal dan maut kita bila bila pun kan datang memanggil

Selalu nyanyikan diri sendiri lagu Raihan ... DEMI MASA... Sesungguhnya manusia kerugian....

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA ... saya pun turut merasa sedih sangat, walaupun saya tak pernah jumpa dan kenal dengan arwah. Tapi kesan dia hadir secara tak langsung dalam hidup memang ada, dengan mendengar celoteh dan melihat lawak nya di kaca tv.

Al-Fatihah untuk Arwah, dan Takziah buat keluarga Arwah.