Monday, March 29, 2010

HARAP YANG BAIK BAIK HENDAK NYA

Salam .... uhuk uhuk uhuk....dah lama tak jengah blog... kan dah berabuk bersawang jadi nyer. Penat lak lepas ni nak menyapu habuk dan sawang, biar bercahaya dan berseri-seri semula blog ku ini. Baru jer lepas penat menghadapi minggu yang memenatkan dan stress giler. Tak tahu nak describe macam mana. Sibuk sangat sangat, kalau boleh nak stopkan jarum jam kat dinding. Heran yang amat, apasal la jam tu cepat sangat bergerak, hari cepat benar berganti hari. Aku kat opis sampai tak leh berjalan, asyik lah berlari sebab nak mengejar waktu. Habis retak bangunan opis aku yang memang dah sedia retak pun :D bukan sebab aku kuat sangat berlari ek. Nasib tak runtuh ... tahu lah bila anak gajah berlari.



Balik memang lah memanjang lewat, dan ada satu hari di minggu lepas aku balik pukul 5.30 pagi dan tak tidur untuk 48 jam ... gara gara nak mengejar date line. Pening beb lepas tu, mata start nampak kabus jer, sebab terlalu penat. Tapi sesuatu yang amat amat mengecewakan telah berlaku. Sedih giler, hari ini dalam sejarah lah kiranya, sebab aku tak pernah sesedih itu sepanjang berkerja ni. Sentap mood aku terus berhari hari ... rentan jiwa aku sampai sekarang. Membuatkan aku macam malas dah nak pergi kerja ...




Tapi apa apa pun aku tahu ... aku kena bangun semula. Peduli dengan kesedihan dan kekecewaan yang amat amat sangat. Aku tahu aku harus jadikan semua ini cabaran hidup aku. KITA TIDAK KALAH JIKA KITA DIBAWAH, TETAPI KITA KALAH JIKA KITA TERUS DI BAWAH DAN TIDAK BANGUN SEMULA ...



Tak ada gunanya melayan perasaan kecewa, hidup perlu diteruskan ... Don't cry because it is over, smile ..because it happened, so that you won't be hurt anymore... Sekadar meminjam kata kata semangat orang. Korang doakan aku ek, semoga aku dapat bertemu pelangi yang indah dan cahaya yang damai. AMIN ;)



P/S : terima kasih pada En. Google sebab ada gambar yang cantik cantik untuk aku C&P, aku dah lama tak 'pukul' gambar hehehehe

9 comments:

Mrs Taz said...

acik ... what happened?? harap bersabar acik , ada hikmah disebalik kekecewaan .. kalo nak happy² ada masa kita pi happy hour together :)

Zia doakan semua berjalan ngan baik .. insyaAllah Pelangi akan muncul sebentar lagik .. Amiiiin :)

mohdandmeriam said...

salam ros..patutlah lama menghilang rupanya tersangat sibuk..walau apa pun makcik harap ros dapat menangani masalah dengan sebaik mungkin..mak cik doakan yg terbaik buat ros.

Mia's Mom said...

Salam Acik,

Not sure and don't know what happened to you but whatever it is, hold your head up high, OK? It is not the end of the world and you have families and friends who cares. So, Kata orang, "When God closes a door, He opens a lot of windows" So, I doa supaya Acik dapat pelangi yang cantik dari tingkap2 yang terbuka tu, OK! :-D Cheer up!

My Life My World said...

Mrs Taz

Salam Zia, biasalah kerja dengan orang. Bukan jadi bos. Insya Allah nanti kita ber'happy' hour yer,macam dah lama tak jumpa Zia.

Amin untuk doa Zia, tapi takut juga berharap pada lebih lebih pada Pelangi ... sebab nyer dia tak kekal lama :)

My Life My World said...

mohdandmeriam - terima kasih atas doa mak cik. Emosi dah beransur sembuh mengikut waktu ... walau pun parut nya sukar nak hilang :)

Hidup ibarat roda, kejap kat atas kejap kat bawah. Tak kan nak happy memanjangkan.

Walau apa pun kesedihan dan kepenatan di ofis, bila balik rumah tengok muka anak anak rasa terubat juga dan rasa bahagia muncul kembali.

My Life My World said...

Mia' Mom - Salam MM, ni yang buat I sayang kat U ni walau tak pernah jumpa :P hehehehe

Kata kata hikmah U buat I terharu dan rasa disayangi... Amin atas doa U moga Allah mendengar.

IXORAROXI said...

harap2 sudah ok ya my friend

My Life My World said...

Ixoraroxi - Alhamdullilah ... sedang mengubat luka, okay lah :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam kak,

sabar ye kak. dah kita ni keje dengan orang kann.. kena terima jelah.. walaupun perit&sakit hati..

semoga semua baik2 je.