SABTU, 10 April 2010
Stress ni tak perlu nak makan ubat, tak perlu nak jumpa doktor. Nak tahu apa ubat yang paling mujarab ............................................ SHOPPING. Tak kira lah membeli belah tingkap ker, membeli belah pintu ker, membeli dan terus belah ker. Asal yang bernama shopping tu memang bisa menenangkan fikiran :) betul tak ZYA sayang ... hehehe. Bukan membeli sangat pun, dapat beli sebatang pen pun jadik. Orang yang paling seronok nak ngikut aku Shopping kali ni adalah Kak Long dan Iqa ... eh tak, sebenarnya aku yang ikut dia orang shopping. Yang lebih lebih membeli nyer budak 2 orang ni. Aku ikut jer, jadi bodyguard dia orang nih dan tukang jadi Sugar Mummy a.k.a Bank Bergerak.
Mula mula sekali ke Ikano, Kak Long nak beli bag yang dia dah target dari minggu lepas lagi. Iqa pulak nak cari hadiah untuk kawan nyer di Brand's Outlet. Sambil sambil jalan tu terserempak lak dengan orang jual Popia. Aduh dah lama tak makan Popia ni.
Singgah beli, cari seat kat tempat orang lalu lalang tu, terus makan sambil menyuap anak dara 2 orang ni. Macam budak budak nak manja dengan mak ek. Tak kira dah dengan orang keliling, sebab rasa nyer dah bertahun tak makan popia ni :) Bukan lapar sangat pun.
Lepas dah dapat barang di hajati, haaaa .... ni nak cerita nih. Aku kalau keluar dengan budak pompuan dua orang nih, aku memang selalu kalah. Aku dah siap perisai, parang, tombak segala dah sebelum keluar rumah dengan azam "Mak tak nak beli apa apa ek, jangan nak suruh mak beli apa apa". Tapi bila sampai shopping centre tu, tiap kali tu lah aku kalah. Perisai dan tembok aku entah kemana tah, benteng yang keras tu terus runtuh. Ini lah kelemahan aku.
Kak Long tahu kelemahan aku, tu yang dia ambik kesempatan tu. Aku memang lemah dengan pujuk rayu anak anak bila dia orang nak kan apa apa, especially Kak Long. Tak sampai hati untuk tidak menunaikan nya. Sampai kan baju dia orang tiap tiap bulan ada jer yang dibeli, mengalahkan aku yang pergi kerja dan jarang berganti baju ... Huwa! Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa (Sila nyanyi seperti P. Ramlee)
Dah abis survey kat Ikano, masuk Ikea lak. Sebenarnya baru minggu lepas datang dengan Kak Long cari barang. Lepas tu Iqa tahu dia merajuk sebab tak bawak dia. So minggu ni kenalah bawak Iqa yang tersayang pulak. Dia kata nak cari barang kat Ikea. Apalagi kita orang pun buat Ikea tu macam rumah sendiri lah pulak kan.
Best best best ! giler best sebab dapat tengok susun atur dan perabut yang cantik cantik, lepas tu berangan macam boleh buat semua tu kat rumah. Bergambar jer lah kita orang yang memang tak tahu malu nih. Sampai tak larat jalan. Seronok, sebab bila tengok susun atur ni rasa membangkitkan idea nak kemas rumah dan mencantikkan rumah lagi. Tapi masa jer tak ada nak buat. Huwa!
12 comments:
kak..
memang bezzz bila bab-bab soping niy.. sukeee sangat.. tapi bile ongkos ada lar..
Popia tu mmg sedap kan ? Besarr giler. Saya pernah beli gak tapi di Sunway Pyramid.. mungkin owner yg sama kottt...
acik,
mmg betul hehehe ni terasa nak beli Stresa pulak hahaha pakkal je tak de kedai LV kat Gardens ni kalo tak mmg laaaa koyak poket :P
azrina03.07 - adat ler orang pompuan, memang shopping tu PAKAR, tak yah nak gi further study, memang terus leh dapat "master'
Popia ni banyak cawangan kat Mid Valley pun ada :)
Mrs Taz - agree sangat sangat. Kalau ada LV kat Gardens sure tokeh dia Zya la sapa lagi ... hahahahhaha... jangan marah sayang ;)
saya juga mengaku, saya seorang yang sangat OBSES dengan DEKO :D
ixoraroxi - Salam Ix, kita leh geng lah gini. Tak kisah tak beli baju, kasut dan beg. Asalkan dapat beli barangan rumah...hahahahahaha
salam ros..oh ubat stress shopping ya..nampak gaya tak boleh selalu stresslah takut poket kosong..hehehe..makcik kalau pergi ikea suka tenguk hiasan disitu..macam2 rasa nak beli..hehe tapi makcik duit tak bagilah ros..balik merajuklah makcik yam..
mohdandmeriam - salam mak cik/pak cik :) ikea tu memang tempat favourite saya sejak dia located di One Utama lagi. Kalau pergi One Utama, tak masuk Ikea memang tak sah.
Sebenarnya barang dia bukan semua mahal, ada jugak yang murah dan berkualiti. Saya kekadang tak beli apa pun, saja jalan jalan tengok susun atur barangan kat situ. Meh, mak cik datang sini saya belanja Swedish Meatball yang sedap banget tu, hehehehe ;)
Waaaahhhh jeles nyer tengok 3 Dara Pingitan ni bercanda dari satu kedai ke satu kedai... belek sana usik sinun...
Mesti pastu gelak-gelak, try itu try ini beli nyer belum tentu.. hahahahaaha
betul betul release tension...! Therapy!
azieazah - Salam Kak AA :)
Tiga Dara Pingitan ???? Dua jer kak, yang lagi satu tu Mak Dara.
Pandai akak buat ramalan, semua baju cantik try, tapi beli nyer idak pun. Bila lagi nak merasa kan. Kalau jalan tu berborak dan tergelak tu tok sah cerita lah, macam lah tak ada orang lain kat situ. Hehehehehee
Emm! kalau duitnya ada tak kisah, memang kuasa membeli kita ini tinggi. Saya kalau kuar dgn kekawan semua pelik ada saja nak dibeli itu dulu tapi bila sudah berpencen ini kenalah berjimat..
Dah semakin semekin!, jarang dapat bershoping bagai dulu.
Idan - Salam Abang Idan :)
Kuasa membeli ni lebih pada perempuan. Maklumlah semua perempuan pun pantang nampak barang cantik.
Kekadang duk rumah pun boleh membeli belah through internet. Belum lagi Mat Pakistan datang jual kain dengan karpet. Dia mesti cari orang pompuan punyer lah. Siap leh bagi Installment lagi :)
Post a Comment