Sunday, August 2, 2009

SELAMAT DATANG OGOS 2009

Semalam, 01 Ogos 2009, Sabtu, kebetulan aku cutiiiiiiiiiiii.... sebenarnya aku sendiri pun tak sedar yang aku cuti minggu ini, sehingga disedarkan oleh orang lain (chewah, rajin ler kunun. Hahahaha). Best nyer dapat cuti hari Sabtu, boleh bangun lambat, tapi tidaklah sehingga meninggalkan solat subuhku, Lepas mandi aku dengan rajinnyer telah menyediakan Nasi Lemak Homemade. Fikirkan kalau nak beli, sebungkus lauk ayam pun dah RM3.50, kalau 5 bungkus dah kira berbelas hengget lah jugak. Itu pun leh makan sekali jer, tak leh ulang ulang. Kalau buat sendiri boleh dapat banyak, dengan lauk ayam, lauk sardin lagi. Boleh makan banyak kali. Aku bukan ler kedekut sangat nak beli, boleh jer beli. Tapi anak anak lebih suka mak dia masak sendiri. Tengah masak nasi lemak boleh lak gas abis. Kenalah keluar rumah pergi kedai, cari gas dulu.


Lepas makan, baca paper, boleh lagi aku sambung tido sampai pukul 2.30 petang. Wosh! best giler. Hahahaha, anak anak pun tak kacau, sebab masing masing dah kenyang. Then lepas solat Asar bawak Hilman dan Aran pergi gunting rambut yang dah serupa lalang. Tapi sebelum tu boleh lagi pergi makan cendol dengan rojak kat tempat feberet di Sg Buloh. Hilman dengan Aran makan rojak Mee, mak dia pulak makan Mee Kari. Then pergi survey basikal. Saje saje jer, ingat nak beli, tapi survey harga jer dulu. Aran dengan Man kata dapat duit raya kali ni nak beli basikal.


Lepas tu baru ler pergi kedai gunting kat Simpang Kundang/Kuang. Hilman potong rambut dulu, banyak cekadak lak budak ni, nak berpesen pesen, nak yang ada jambul lah, tak nak nipis lah. And it ended up dengan rambut yang tak serupa potong rambut pun. Rasa nya bulan depan kena Trim lagi lah rambut dia. Itu pun kalau boleh dia tak nak potong sehinggalah cikgu kata rambut dia tebal macam karpet, tahu lak dia malu, terus nak pergi potong rambut.


Sampai turn Aran, senang jer budak ni, tak banyak kerenah macam abang dia. Tak kisah pun orang tu potong macam mana. Asalkan pendek dan kemas. Agaknya sebab dia kecik lagi kut, tak kisah berpesen pesen nih. Itu pun kira nasib baik ler jugak anak aku tak demand nak mintak potong rambut kat salun mahal-mahal macam kat Shopping Mall tu. Kedai mamak pun buleh. Selamat wang ringgit mak dia yang memang tak berapa nak tebal nih, hehehehe.


Keluar dari kedai gunting jer, Iqa dah call, tanya pergi mana lama sangat. Dia tak tahu mak dia pergi berpoya poya dengan adik-adik lelaki dia. Ala tak pergi jauh pun Iqa, setakat Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh jer. Tapi itu dah cukup membahagiakan Aran dan Hilman, dari tak jalan kemana-mana.


Petang, kat rumah sambil-sambil borak dengan Kak Yan, Abang Ngah, Mak Tok dan anak-anak boleh lagi aku buat kek coklat. Hari ni lepas maghrib aku dah pakat dengan mak tok nak sambut Birthday Maisarah dengan Birthday Tok Abah yang dah lepas on 27 Julai yang lalu. So kek tu untuk majlis malam nanti. Laporan selanjutnya...esok ek. Doakan lah aku terus rajin up-date blog. Amin.


P/S : gambar gambar nya akan di upload kan kemudian yer.

No comments: