Monday, August 31, 2009

TERAWIH DAN BIG APPLE

Mr. Tomato yg jadi model kotak Big Apple ni dah berusia 10 tahun tau

Semalam aku tak rasa mengantuk langsung pun masa solat terawih kat masjid. Ini mesti sebab aku tak banyak makan masa berbuka posa. Tak macam 2-3 hari lepas, berturut-turut aku mengantuk, sampai masa tengah baca doa antara Solat Terawih itu aku terpaksa pergi cuci muka, cuci kaki segala. Kalau boleh aku rasa nak mandi untuk kasi ilang ngantuk. Hehehehe. Itu lah padah nyer makan sampai kenyang masa berbuka posa. Hish, teringat kata-kata nasihat seorang teman yang setiap hari tidak culas menghantar sms berunsur nasihat pada aku. Kata nyer " Jangan terlalu banyak makan ketika berbuka puasa kerana perbuatan yang sedemikian akan membuatkan kita jadi malas dan mudah beroleh penyakit".


Yang filling donut ni pilihan anak anak kesayangan mak

Sabtu yang lalu aku kerja. Kerja sampai pukul 5 petang, dah jadi biasa untuk aku dihari cuti. Bila nak balik tu teringat yang Iqa mengidamkan donut 'BIG APPLE' sejak sebelum bulan posa lagi. Nasib baik lah, 'BIG APPLE' ada bukak outlet kat Desa Parkcity, dekat jer dgn opis aku. Tak sampai 5 minit drive dah sampai. Aku suka sangat Desa Parkcity ni, sebab bila berada disini macam aku sedang berada di oberseas lak, sebab suasana dia lain. Yelah, mana aku mampu ke oberseaskan. Tempat shopping dia exclusive, bersih, damai dan tak ramai orang. Banyak kedai-kedai branded lak. Kalau pergi Maybank Cawangan Desa Parkcity, paling aku suka, sebabnya tak ramai orang. Sebab tak ramai orang tu lah yang paling best, ngeh ngeh ngeh.


Yang pink dan ada kacang tu Maisarah dan Mak Su punya

Anak-anak kat rumah dah siap listdown nak donut perisa apa yang nak dimakan. Hilman dan Kak Long nak Chocoholic. Iqa dan Aran lak nak Choc Oreo. So beli extra yang ada badam dan pink kaler untuk Mak Su dan Maisarah. Dan beli 12 biji donut yang kosong. Ada ker budak jual tu siap macam heran bila aku minta donut kosong, yang memang ada promo kat kedai tu. Aku pun kata "Saya tahu, nanti balik rumah saya letak ler topping sendiri". Hish, macam ler aku ni bengap sangat. Masa memula tu Chocoholic dan Choc Oreo tak ada, nasib baik tokey kedai tu ada dalam kedai, so dia dengan baik hati telah melayan aku dan sudi buat special request untuk permintaan aku. Nasib baik, idak ler kempunan anak aku kat rumah kang nanti berjejeran air liur tak dapat apa yang di hajati. Susah gak aku nak mengemop satu rumah. Hahahahaha.

Tu lah hasil donut yang telah ditoppingkan dengan gula aising sendiri


Sampai rumah, masih sempat lagi menggoreng mee untuk juadah berbuka posa. Seperti biasa, bila nak dekat berbuka hangkut semua makanan turun rumah mak. Seronoknyer berbuka rumah mak, sebab ramai orang. Dicampur dengan makanan mak dan makanan yang aku bawak, maka makin banyak ler makanan itu. Kebetulan Abang Long dan Abang Ngah bersama keluarga balik. Lagi ler banyak, macam Buffet kat Hotel sampai tak tahu nak makan yang mana dulu. Tapi tak khuatir, sure boleh abis semua. Sebab kita orang ni memang suker makan.

Sampai pakai 2 meja, meja jepun ni untuk anak anak, Maisarah berposing senget sebelah Endi


Itu ler bila Solat Terawih start ler mata macam nak kena tongkat mancis. Balik dari masjid, lepas masak nasi untuk sahur, aku terus terbungkang. Biar pun rumah aku dah dipenuhi dengan anak anak sendiri campur anak anak sedara yang dah buat rumah serupa aked video game, cafe internet dan panggung mini. Mata kalau dah tak larat, dah tak kisah dah walau tahap bising macam mana pung........ Tidur lah mata

3 comments:

azieazah said...

Ohh mesti sedap donat tu ek... Anak-anak dara Kak Z suka donat J.Co tu...

IXORAROXI said...

IX selalunya tak amik nasi masa berbuka, lepas terawih baru makan berat skit..kalau tak memang tak boleh tahan..kena guna mancis tongkat mata :D

My Life My World said...

azieazah - donut J-Co pun sedap. Tapi tak banyak lagi outlets dia.

Ixora - betul lah Ix, kalau makan kenyang-kenyang waktu berbuka memang gitu. Setan-setan kecik dah bergayut kat mata