Monday, August 3, 2009

SELAMAT HARI JADI TOK ABAH DAN JAF DARA MAISARAH


Birthday Girl Jaf Dara Maisarah



Selamat Hari Jadi Abah (Tok Abah) yang ke 70 Tahun semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah Rahmat dan Kasih Sayang NYA. Begitu juga untuk Maisarah yang genap 3 Tahun .

Abah Tersayang @ Tok Abah

Selepas Maghrib, around 8.00 malam, kami buat majlis doa selamat dan makan makan sempena Belated Birthday Tok Abah, which is supposed pada 27 July, tetapi tepat untuk Maisarah 02 Ogos. Sebelum nya dari tengahari Mak Tok dah siap-siap pergi Econsave, beli barang-barang nak masak. Mak Tok suruh aku masak Kuew Tiow goreng, semua barang Mak Tok dah belikan, tinggal masak jer.



Pagi Ahad selalunya aku akan keluar cari paper dengan bebudak lelaki, seperti biasa kalau tak belanja bebudak ni makan tak sah. Lebih lebih lagi 'Hantu Roti Canai' Aran, kalau tak dapat makanan feberet dia tak sah. Hilman lak, mesti nak makan nasi. Then kami ke kedai kek, ingatkan kek cekelat semalam nak buat satu topping cream dan satu topping cekelat. Lepas tu pergi kedai cari belon dan mainan.


Nasi Tomato Mak Tok & Kuew Tiow Goreng Acik

Balik rumah, lepak jap then start lah mengerjakan bahan nak buat Kuew Tiow. Sambil-sambil mengarah anak anak mengemas apa-apa yang patut, sebab majlis akan berlangsung di Garaj rumah kami jer. Buat kat luar rumah jer, sebab senang nak kemas. Lagi satu tak panas, ada angin dan budak-budak senang nak bermain sambil diperhati oleh orang orang tua.

Jaf Dara Maisarah & Jaf Iesya


Start goreng mee pukul 7.15pm sebab takut nanti mee sejuk tak sedap nak makan. So dapat ler dua bekas mee. Then buat topping kek cekelat dengan cooking choc. Tak jadi nak buat 'cream topping' sebab family Abang Ngah dah bawak Kek Blueberry yang sungguh menyelerakan. Nanti banyak sangat kek tak abis lak. Gedebak-gedebuk dalam kul 8.00 malam, lepas bacaan doa selamat maka start ler upacara meniup lilin. Memula Tok Abah heran, dia tanya kek satu lagi untuk sapa, lepas kita orang kata untuk Tok Abah, tersenyum dia. Mesti Tok Abah happy, sebab selama ni kita orang tak pernah suruh abah tiup lilin atas kek.

Hilman enterframe macam b'day dia lak

Sampai part Maisara tiup lak, amboi bukan main happy dia. Minah ni kalau Birthday orang pun dia sibuk nak tiup lilin, apatah lagi kalau sambut Birthday sendiri, orang nyanyi, dia pun nyanyi, orang tepuk tangan, dia pun tepuk. Dah pandai dah anak sedara Mak Lang tiup lilin, tak yah suruh. Lepas tu terus ambik pisau kek nak potong, tak yah ajar-ajar. Sambil tersenyum gedik berposing depan kamera.

Tok Abah & Jaf Iskandar

Lastly majlis berakhir about pukul 10.00 malam. Tak ler lewat sangat, nasib baik ada Timah, maid Ayah Su/Mak Tok, kalau tidak mau lembik aku mengemas. Phew.... seronok sangat, sebab Kuew Tiow aku laku dan mendapat pujian ramai. Chewah... riaknyer aku. Nasi Tomato Mak Tok pun abis, sampai lauk Ayam Masak Merah abis licin. Kedua-dua kek pun abis. Pendek kata semua orang kenyang dan mudah nak mengemas sebab tak ada sisa makanan yang banyak untuk dibuang dan disimpan.

Birthday Girl & Jaf Iris

Alhamdullilah, segala-galanya berjalan lancar bagai dirancang walaupun semua perancangan dibuat 'Last Minute'. Harap semua orang Happy dan Kenyang dengan upacara 'Bidan Terjun' nih. Amin.

No comments: