Saturday, November 28, 2009

HARI RAYA AIDIL ADHA 1430 HIJRAH/2009

JUMAAT, 28 NOVEMBER 2009



Hari ni aku terlebih rajin, 2 post dalam satu malam. Kat rumah jer lah dapat nak update blog pun. Kat opis tak der masa dek non. Alhamdullilah, berkesempatan lagi menyambut Aidil Adha kali ni. Bila la nak sambut Aidil Adha kat Mekah pulak. InsyaAllah ...


Pepagi seperti biasa ke Masjid Al-Hikmah, Batu 20 Kuang. Solat Sunat Aidil Adha. Penuh keta aku dengan empat orang anak aku, di tambah dengan 2 orang bestie Aran dan Hilman. Tak ramai sangat orang kat Masjid compare to masa Aidil Fitri. Waktu ni baru lepas abis solat. Tengok ler Aran, masih lagi nak menjaga jambul nyer. Tetiba teringat dialog Aran dua tiga hari sebelum raya "Mak ... Raya Haji orang kasi duit tak?" Bila aku kata tak ada "Terus mood raya dia hilang... cit apa daaaa.


Hilman pulak duk 'ushar' lembu yang bakal dikorbankan kat tempat Parking masjid. Tahu pun busuk yer, tapi daging lembu tu lah favourite dia. Difahamkan lembu-lembu tidak dikorbankan hari ini, memandangkan masa terlalu singkat sebab ada Solat Jumaat lagi. Hari Sabtu baru dikorbankan. Balik rumah, masak lebih kurang main campak campak seperti biasa. Bawak turun rumah Mak Tok untuk dikerjakan secara beramai-ramai.


Ini ler muka budak yang sentiasa lapar ditemani sebotol besar air kosong. Hilman kalau bab minum amat senang, sebab dia hanya minum air kosong jer. Pergi kenduri kawin atau makan kat restoran pun mintak air kosong jer. Kekadang sangat minum air manis. Punyer lah banyak makanan yang mak tok masak, makanan mak juga jadi pilihan Hilman. Bangga gak mak :)

Aran makan sambil melayan kawan kawan yang datang. Sampai berpeluh peluh tu. Sedap yer Aran mak masak. Betul ler kata orang, kalau mak masak, walau tak sedap pun tapi anak anak mesti rasa mak dia lah yang masak paling sedap. Sampai tak pandang jugak masakan mak tok. Aku pun sama, kalau mak aku hanya masak nasi dengan ikan goreng, ada pulak kicap dengan sambal belacan jer ... aku boleh makan bertambah-tambah. Aku ingat lagi masa sekolah dulu dulu, sambal belacan mak aku boleh aku buat jem jer, makan dengan roti. Perghhh ... sedap giler ;)


Antara juadah Mak Tok di pagi raya. My favourite nasi dagang. Mak Tok buatkan sebab anak dia yang sorang ni, ngidam nak makan. Terima kasih mak. Then ada rendang ayam kampung yang sedap sangat tak macam ayam beli kat kedai. Agar-agar merah dengan fruit cocktail tu aku yang buat sebelum pergi solat raya pagi tadi. Nasib baik sempat keras untuk dihidangkan :)



Antara orang terawal sampai rumah Mak Tok. This is my Kak Long dan anak-anak nyer, Jaf Iris dan Jaf Iskandar. Sorang lagi Jaf Iessa tengah makan. Comel giler anak sedara aku, aku rasa ler.. maafkan lah aku yang selalu perasan. Bak kata pepatah Inggeris 'Beauty is in the eye of the beholder'. Orang lain tengok biasa jer.


Yang ni pulak Jaf Fariz adik lelaki bongsu aku. Berposing dengan anak-anak sedaranya yang dah kekenyangan. Comel ler kunun. Aran punya muka macam tengah menahan kentut ... hehehehehe atau dah sudah kut. Sehingga Hilman bermuka macam nak pengsan gitu.


Baru perasan, sebelum ini Kak Long dan Iqa tak pernah ambik gambar dengan Ayah Su. Iqa la ter'excited' seronok, sebab dia kata Ayah Su macam muka 'Sein' yang kat sehati berdansa tu. Perasan jer Ayah Su dia dengar.



Sessi bergambar anak anak dara dengan Mak Tok. Tersenget senget Kak Long dengan Iqa posing ala ala gaya Kak AA, jangan marah kak...hahahahaha. Mak Tok lak macam Cikgu Besar gitu...



Nak jugak enterframe tuan punya Blog nih. Psssttt ... itu ler baju raya haji aku, yang aku dah hantar 2 bulan sebelum raya posa hari tu. Baru dua tiga hari lepas siap. Itu pun lepas aku 'stress'kan penjahitnya. Adalah jugak baju raya. Yang sepatutnya siap waktu raya posa hari tu.



Upacara 'camwhore' by Mak Su dan Kak Long ... menjadi pengakhir gambar yang banyak kat sini. Harap korang tak termuntah melayan gambar gambar ni. Aku tak reti lah nak bercerita kalau tak ada gambar, tak ada idea langsung. Dah jadi macam mini album jer Blog aku ni ha.
Sekali lagi, rasanya masih tak lewat untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA untuk semua.
p/s : aku tak boleh tido malam ni (dah masuk pagi pun), sebab petang tadi minum nescafe huk huk huk

9 comments:

IXORAROXI said...

amboiii meriah
lawo umah MAK TOK

My Life My World said...

Alhamdullilah meriah. Lebih meriah dengan gelagat anak-anak yang pelbagai perangai ;) Rumah mak tok lawa yer, nanti saya cakap kat dia macam tu. Hehehehe

ayang said...

Amboi syok bergambau, lentok sana lentok sini nampak. Buat kkorban ke?

My Life My World said...

To ayang - tengah korbankan masa ler tu. Lepas tu korbankan perut, sumbat segala makanan yang ada sampai tak leh napas. Hahahahaha . Eh nak joint ambik gambar lentok lentok tak? Kena ler datang Kuang .... Kuang Kuang Kuang ;)

azieazah said...

ACIK... sori lambat menjengah..baru balik dari bercuti..hehehhe

wahhh IQA dah pandai posing macam Untie AA yerrrr... teruskan, teruskan. Comel tuuu..

Meriah yer beraya di Kuang. Best sebab dekat dengan adik beradik lain...
hari makan dan hari bergembira..

My Life My World said...

Akak, dah tahu dah. Seronok nyer cuti cuti Malaysia ke Perlis ek. Nampak gambar gambar akak kat KGMMS.

Bukan Iqa jer kena virus akak, mak dia pun kena gak, terlentok sebab banyak makan leher ayam. Hehehehehe

azieazah said...

Kat kgmms tu sempat nak send banyak..

Nanti kat blog, kita update yerr...

black_canary said...

salam tuan tanah...aku tahun ni pun beraya kat klinik aje...nak balik kereta tak dpt lagi..so terpaksalah beraya kat sg buloh aje...pagi tu pun bersolat raya kat Matang Pagar aje..lepas tu terus ke klinik dgn anak2 dan wife...dr melepak tak dpt duit..baik bukak klinik...masyukkk jugak..hehehe...t/h tu solat jumaat kat bandar baru sg buloh aje...aku sbb tak tahu umah kamu aje..kalau tahu..dah lama aku serbu..

My Life My World said...

black_canary - selamat datang ler kat blog aku ni. Jemput ler datang lagi. Cian kau tak tahu alamat rumah aku ek. Pergi Batu 19, Kuang, Cari rumah Mej (B) Jalaluddin, yang ni bapak aku. Insya Allah semua orang kampung kenal lah jugak bapak aku, walau tak se famous CHE DET. Hahahaha... Rumah aku kat pinggir rumah bapak aku jer. Jemput ler singgah, kala tak tahu nak pergi mana-mana tu.