Friday, December 4, 2009

DARI MASA HINGGA MASA

Dari masa hingga masa ... 'Song by P. Ramlee' dari cerita Panca Delima, aku suka lagu ni sangat-sangat. Cerita ni pun best, tak jemu ler pandang muka Jins Shamsuddin yang hensem giler tu. Dengar lagu ni banyak banyak kali pun tak jemu. Nampak sangat aku dah tua, suka lagu orang orang tua. Hehehehehe.

Nak cerita sebenarnya, minggu ini MASA bagi aku tak lah 'tight' sangat. Boleh ler relax sikit. Boleh ler balik cepat sikit. Tapi hari Ahad lepas (29 November 2009) aku sekali lagi hangkut anak anak datang opis. Anak-anak aku lak macam dah lali jer, bila nak hujung minggu mesti tanya "Mak, hari Ahad ni mak kerja tak". Kalau aku ke ofis hari Ahad, anak anak mesti ikut sama. Ini je lah masa aku nak habiskan satu hari penuh dengan anak-anak. Dan aku tak akan sia siakan masa ni, seronok sangat-sangat bila dapat berkumpul sama-sama. Borak-borak, makan-makan, main-main, gelak-gelak, marah-marah semua lengkap satu pakej ... sambil siapkan tugasan.


Anak-anak aku lak ada aktiviti sendiri kalau datang opis aku. Surf internet sudah semestinya. Komputer ada dua, so pandai-pandai ler dia orang 'queue'. Tak pun ambil marker, buat lukisan kat white board macam kat atas ni, Hilman yang lukis. Konon ada puting beliung sampai terangkat semua pokok, orang, rumah.



Aran tengah padam lukisan abang dia, waktu abang dia main internet. Dia rasa tak lawa ler tu kut. Dia pun start ler nak tunjuk skill. Ece ceh ....



Haa .... tengah 'draw' gambo bunga matahari.

Ini ler hasilnyer...siap buat frame lagi kat keliling bunga. Konon konon gambar ber'bingkai' lah tu. Tahu tak lawa pun ... tapi mak dia kata Lawa ... hahahahaha ..


Dah sampai pukul 7.oo malam pun mak tak siap kerja lagi. Apalagi ... tengok kartun ler. Ambik bantal sofa aku sorang satu, siap baring depan TV. Buat ler apa-apa yang patut anak-anak ku, asalkan kau tak kacau mak nak buat kerja. Dalam pukul 8 malam ++ lepas solat Isyak baru kita orang keluar opis. Dah tu semua dah bising kelaparan. Ni nak kena upah ni, sebab sehari suntuk temankan mak kat opis. Senang hati bila anak anak ada depan mata, walau lewat balik pun. Sebab kita tahu anak-anak buat apa. Kalau boleh hari hari nak bawak dia orang, tapi opis orang lah pulak, kalau opis ni aku punya, memang hari hari aku bawak ke empat-empat buah hati aku nih.



Upah anak-anak makan dah jadi kewajipan lepas balik dari opis. Hilman sedang menjamu selera nyer yang besar. Tapi dia kata cuti sekolah ni dia hilang 2 kg. Tu yang heran tu, mana ler pergi semua makanan dia. Nak kata aktif berlari keliling rumah tak jugak. Anak-anak aku memang tak suka bersukan, kecuali Aran. Dia aktif main basikal, main bola dan kejar-kejar keliling rumah. Kak Long tak suka sukan sebab dia kata takut hitam. Iqa pun sama, dia lebih suka tidur. Hilman pulak dia bersukan dengan PS2 jer. Main bola kat PS2 tak pun kat internet. Memang tak ada semangat kesukanan langsung.

Aran yang dah kekenyangan dengan mak dia. Sempat lagi tu. Ada sama tak rupa kita orang ? ... hehehehehe ... Ish .... nak sambung baliklah nyanyi lagu Dari Masa Hingga Masa.... Jom.


Dari masa hingga masa

Lama kutanggung derita
Akibat angkara murka
Aku tersiksa

Kucari mustika dewi
Serata kampung dan negeri
Ke rimba lembah dan lara
Kucari teratai

( korus )
Kuharapkan belai kasih
Hapuskan racun bisa
Kalbuku merintih
Jiwa lara

Berikan daku penawar
Sekuntum bunga yang suci
Agar kembalilah segar
Siksanya di hati


p.s : lagu ni tak ada kena mengena dengan yang segala objek atau orang yanghidup atau mati. Hatta tak ada kena mengena pun dengan aku, just aku suka sangat dengar.nyanyi lagu ni ...


9 comments:

azieazah said...

Seronok kan dapat spend time dgn anak-anak. Just kita-kita jer.. nak cakap apa pun boleh, nak citer apa pun boleh...

Biar depa pun nampak sendiri apa mak diaorang buat, dan untuk siapa..

Hmmm.. Kak AA suka lagu Patah Hati by SUDIR... sukerrr sangattt..

*Psssttt plan nak piknik KLCC next week takleh laaa...12 & 13hb macam bz dengan program Tautan Kasih IV..

tahun depan ler kot.. alahaiii...
Malam ni kenduri rumah IXORA, jommmm...

My Life My World said...

azieazah - itu pun lah salah satu tujuan pun hangkut anak-anak.

Biar lah anak-anak tahu selama ni kita balik lambat bukan main-main, tapi benar benar ada kerja.

Biar anak-anak tahu macam mana susahnya mak dia cari rezeki untuk besarkan dia orang.

Biar anak-anak ambik ikhtibar, belajar rajin rajin, jangan jadi kuli macam mak dia, biar jadi bos.

Tapi agaknya anak-anak boleh ker fikir macam tu? Mereka masih kecil untuk menilai...

Akak kalau 12 & 13 tak jadi mcm mana 19 & 20 hehehehe... nanti kita plan semula yer

Kirim salam kat Ixora yer, mungkin tak dapat pergi kut ... anak-anak saya jenis tido awal. Nanti pergi rumah orang buat muka monyok jer ngantuk.

CikMinahSayang said...

AAAAAAAA bestnya :D hahaha .
Eh iman ada jual cookies half price hari ni :D kalau nak order tau .
Hari ini je ;) sampai 2359

My Life My World said...

Imn - hari ni jer ker? esok lusa tak leh ker? Y.E.S sampai Januari kan ;)

CikMinahSayang said...

Oh , hari ni je :) sebab hari ni
cookies national day .
So mabbits Bakery meraikan :D haha

Mrs Taz said...

Acik,

thanks ek for the kata-kata hikmat tu , zia dah removed post tu .. dah ok sekang rasa diri kuat sket ... tu baru skit ..dah lembek .. hehehe

My Life My World said...

Zia - kata-kata hikmat tu utk acik juga sebenarnya. Kekadang kita mudah alpa dan terlalu duniawi. Kekadang kita rasa kita lah paling malang di dunia ini, dan kita lupa ada yang lebih malang dari kita.

Apa pun yang terjadi, berjalan lah tanpa henti... Pasti ada Hikmah NYA pada hamba yang percaya pada Qada dan Qadar NYA.

IXORAROXI said...

tu namanya ofis ibuku syurga ku..tak per lain kali kalau free boleh je datang rumah IX

My Life My World said...

Ixoraroxi - tuan rumah kenduri dah datang laa ... sori yer Ix, tak dapat hadir. Best nyer kenduri awak, dapat tengok dari Blog Kak AA jer. Macam macam makanan ada... Upin dan Ipin pun ada ;)