SABTU, 30 JANUARI 2010
Sheq, Miza, Myself, Zia dan Angah Firdaus
Entah bila ter'plan' dengan Zia nak ke Melaka melawat Mizadgreat dan Angah Firdaus aku pun tak ingat. Alhamdullilah, Allah permudahkan rancangan yang main-main ni. Ada 2-3 orang lagi kawan yang tinggal kat Melaka Bandaraya Bersejarah ni, tapi tak sempat lah kalau nak melawat semua. Lagi pun dah lama berjanji dengan kawan yang 2 orang ni. Nak melawat rumah baru yang tak berapa baru Miza dan Banglo baru Angah. Mulakan perjalanan pukul 9.30 pagi. Lebuhraya Plus tak berapa sesak sangat walaupun banyak kereta tapi perjalanan amat lancar. Dan selamat tiba di Tol Air Keroh pukul 11.15 pagi. Masa tu Zia dan Sham baru sampai. Amboi, sebenarnyer keta Zia overtake keta aku kat A'Famosa Resort, means aku awal dari dia sikit lah. Tapi disebabkan aku drive biar lambat asalkan selamat, maka aku lambat sikit sampai kat tempat pertemuan.
Aran sedang merempit
Dah janji dengan Angah berjumpa kat tempat orang main 'Go-Kart' kat Air Keroh sebelah Mc Donald. Angah la yang akan bawak kami ker rumah Miza di Taman Cheng Setia. Angah orang Melaka, jadi segala ceruk Melaka semua dia tahu. Opppsss lupa nak perkenalkan Angah, Zia, Yan (suami Zia) dan Miza adalah sahabat baik aku yang dah aku kenal sejak 23 tahun yang lalu. Sama sama tercampak ker ITM Dungun, Terengganu... hehehe. Angah dan Yan classmate aku. Zia dan Miza pulak 'housemate' aku. Nak dikata aku ibarat kembar siam tak melekat jer dengan Angah. Mana tak nyer, dia lah classmate, housemate dan roomates aku. Buka mata jer nampak Angah, nak tidur jer nampak Angah, pergi kelas dengan Angah, pergi makan dengan Angah, masuk library dengan Angah. Eh eh sori dah lari dari tajuk lak ;)
Adnan Sempit eh silap :) .... HILMAN SEMPIT
Hilman sebelum ke Melaka dah set dalam kepala dia nak main ka Go-Kart. Tiap kali datang memang akan singgah kat sini bagi memenuhi nafsu serakah budak ni .... Segala mainan kat sini semua dia nak naik. Aran tak cukup tinggi jer nak main keta 'Go-Kart' ni, kaki tak sampai. Kesian dia, monyok jer muka. Mak suruh naik yang lain pun tak mau. Pujuk pujuk lastly naik juga lah motor roda tiga yang kecik, macam ATV kecik lah lebih kurang. Dengan ditemani Fariz dan Syarah anak anak Zia, bukan main seronok lagi dia orang main. Angah sampai ngam ngam jer lepas bebudak ni abis main kat sini. Puas lah hati Hilman dapat apa yang dihajati, senyum sampai telinga :)
Aran di himpit Gadis Litar ... ceh ceh ceh
Kami berkonvoi 4 kereta ke rumah Miza di taman Cheng Setia. Miza orang Perak tercampak ke Melaka dan sekarang ni jadi Lecturer kat UiTM Melaka. Waktu sampai tu Miza tengah bertungkus lumus kat dapur. Kami pun turut tolong memeriahkan suasana dapur dia.
Miza dan Zia
Banyak sungguh dia masak, periuk beso beso. Sedap sedap lauk nyer ... sotong goreng kicap, kerabu taugeh dan kerang, ikan masak asam pedas, masak lemak pisang muda. Makan ramai-ramai seronok sangat. Dah lepas kemas dapur dan melepak kekenyangan, ingat nak bertolak ke rumah Angah. Tapi sebelum tu nak singgah rumah Mak Cik Sham di Bukit Rambai. Sebab nyer Sham nak hantar gambar jer. Tapi mak cik dia suruh masuk lah pulak, dia dah siap masak Mee Bandung lagi. Murah sungguh rezeki kami hari ni, rasa macam ziarah hari raya jer, asik lah makan jer ;)
Mak Tok ditemani Angah sedang bersantapan di rumah Miza
Tak lama pun lepas tu kami berangkat ke Rumah Angah di Krubong Perdana. Wah, comel nyer rumah Banglo dia, kawasan tanah luas sangat sampai boleh bina satu lagi banglo. Kawasan perumahan baru, tak ramai pun yang tinggal kat sini. Angah pun tak tinggal lagi kat sini, sekali sekala jer dia singgah. Macam rumah persinggahan lah, sebab dekat dengan Stesyen Minyak dia. Dapur pun tak ada lagi. Dia siap suruh pekerja dia belikan mee rebus dan bawak fresh oren lagi. Kat rumah dia boleh rebus air jer.... hehehehe. Eh, betul ker fakta aku ni Angah? :)
Rumah baru Angah
Lepas melepak, makan (lagi) dan solat Asar, aku kena bertolak balik. Dah pukul 6.oo petang waktu tu, kalau lambat nanti takut bergelap pulak kat Highway. Family Zia dan Sham bermalam di Melaka. Puaslah Zia. Miza dan Angah pujuk aku suruh tidur kat Melaka, tapi tak berjaya. Sebab esok pagi Kak Long ada tuition, lagi pun mak aku ikut sama dengan aku. Jadi tak prepare pun nak tinggal kat Melaka. Angah dan Miza siap suruh tidur rumah dia orang lagi. Sori lah geng, kita orang tak bawak extra baju. Lain kali yek.
Berhenti sekejap kat Hentian Air Keroh sebab mak aku nak beli belacan ... macam tak ada belacan kat tempat lain kan. Selamat sampai KL pukul 7.30 malam. Masa kat Hentian Air Keroh, kami sempat lagi call untuk order Satay, so bila sampai Kuang sedang elok jer satay siap. Lapar lagi? Aku tak lapar pun, anak anak aku yang lapar, lagi pun Abang Ngah datang rumah mak, so boleh makan ramai-ramai. Satu perjalanan yang menyeronokkan apatah lagi bila dapat berkumpul dengan sahabat lama. Semoga ukhwah ini berpanjangan.Amin.
p/s : nak tengok gambar yang berlambak lagi sila sila ler bawak diri ker Facebook ek ;)
8 comments:
amboi2 bestnye.
alia pun nak ikut cmni.
tak aci betul la..
alia zarfullah - Laaaa nak ikut ker, apasal tak inform auntie awal awal. Alia jom kita pergi ramai-ramai nak dengan famili Klang. Mesti anak anak kecik tu suker kan. Alia jadi organizer nak, auntie jadi committee jadi lah ;)
salam MLMW. eee bestnya jalan konvoy ramai2. seronok pergi melaka,mak cik kalau ke melaka mesti cari belacan. seronok dapat kawan satu kepala dan silaturrahim berpanjangan.
Salam Mak Cik Meriam ... memang seronok dapat jumpa kawan kawan lama yang dah macam adik beradik ni.Kalau boleh tak nak balik nak melepak macam masa study dulu. Tapi ye lah pulak kan, kita bukan sorang lagi ... anak anak dah berderet, nak kena jugak jaga :)
Mak cik pun macam lah mak saya. Kalau pergi Melaka mesti nak cari Belacan. Agak agak nyer semua ibu ibu kat Malaysia suka dengan Belacan Melaka kut ... hehehehe
hehehe bestnyer acik korang datang...hilang kesepian hari minggu aku...dan yg paling best kek coklat kor yg rich tu...anak aku dok provok2 aku explore masak kek ni.....nanti kalau dtg melaka bertidur2 lah kat umah aku yer.....sorrylah aku tak reti nak masak selra2 moden.kampung2 jer aku reti.....
mizadgreat - kita orang pun best sangat dapat makan sedap kat rumah kau Miza. Masak lauk macam tu lah syiok, puas makan. Weh .. aku boleh bagi resepi kek tu kalau kau nak, tak pun nanti kau datang rumah aku, aku buat demo special untuk kau ek ;)
Wahhh percutian yang sangat bestttt...
jumpa kawan lama, makan dan makan-makan... plus posing-posing..
mesti menjadi kenangan sepanjang hayat tu..
Kek Coklat? wahhh itu sudah mesti menjadi rebutan..
azieazah - berjumpa kawan yang dah lama tak jumpa memang best. Melepak macam masa kat kolej dulu dalam suasana yang berbeza sekarang. Memang menyeronokkan. Kalau boleh nak hentikan waktu :)
Lagi best bila dapat makan-makan. Kek Coklat tu kak, acik bawak untuk kawan. Dia pulak hidangkan makan ramai ramai. Letak dalam pinggan tak sampai 2 minit licin pinggan ;) hehehe
Post a Comment