Wednesday, February 3, 2010

KENANGAN LALU - DARJAH 2 & 3

Dalam Episod 'Kenangan Lalu' kali ini, mari kita mengimbau semula ke Tahun 1977 dan 1978. Cheh! kau ingat kau famous sangat, macam ler ada orang nak tahu pasal kisah silam kau ... hehehe. Pedulik, tak ada orang nak baca pun tak per lah (lap lap mata) ... acik nak menjournalkan kisah lampau yang mungkin boleh dibaca semula olah anak cucu tentang mak/nenek mereka. Sekurang-kurang nyer dia orang tahu macam mana hidup di zaman yang tidak sesempurna hari ini, yang serba murah dan serba kekurangan. Tak ada TV Satelit, tak ada Handphone, tak ada PS2 @ PSP, tak ada internet.



Tahun 1977, aku Darjah 2 waktu ni, Sekolah Rendah Kebangsaan (1) Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Sekolah ni berjiran dengan Sekolah Menengah Raja Ali, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Cenonet jer aku waktu ni kan, halus macam orang Eutopia tak cukup makan. Korang dapat teka tak yang mana satu .... Cit! Cit! dah ler tak femes macam CT Nurhaliza, ada ati lak suruh orang teka, macam ada yang nak teka. Hehehe ... aku kat barisan depan sekali, no. 4 dari kanan. Masa ni aku tinggal kat Jalan Khalsa, Batu 3 Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Rumah aku tu area 'Botak Chin' kena tembak mati kat kilang papan Batu 3, near to SMP Jalan Ipoh. Pergi sekolah naik bas dengan dua orang abang aku yang jugak bersekolah kat sini. Cikgu cun aku tu nama dia Cikgu Shariah ... weh, aku ingat nama dia sampai sekarang tu. Kalau tengok dari gambar, kita orang ni dari dulu lagi dah terap '1 MALAYSIA'. Sama banyak anak melayu, cina dan India. Masa dulu dulu tak ada baju kurung, semua kena pakai 'Pinafore'. Kalau dulu ada baju kurung, sumpah! tak akan aku pakai 'Pinafore' ni, nasib baik kaki mak lawa nyah tak ada kudis ;)




1978 Darjah 3, masih di sekolah yang sama SRK (1) Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Masa ni Cikgu Zainal Abidin. Anak nyer Nur Fadzilah kawan aku. Beberapa kali jugak pergi rumah cikgu kat Kg Sri Delima, Kuala Lumpur. Dekat dengan pekan Batu 5 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Me, masih di barisan hadapan sekali, nombor 5 dari kanan. Still macam budak tak cukup zat, compare to sekarang yang dah terlebih zat :). Masa ni aku dah tinggal kat Taman Kok Lian, Jalan Ipoh, KL. Rumah aku betul betul depan sekolah, belakang kedai kat Masjid Batu 5. Lagi 5 minit loceng nak bunyi baru aku keluar rumah. Kalau lalu kat sini sekarang teringat balik masa kanak kanak ribena dulu, melarikan diri dalam masjid sebab dikejar anjing. Taman Kok Lian kawasan perumahan kat sini ramai cina, so banyak ler anjing. Duk sini sebab abah aku kerja kat Kem Batu Kentomen. Aku anak askar :D.

Dah...dah... merapu lak aku. Secara kebetulan jer aku buat post ni, sebabnyer adalah member FB aku yang meroyan nak sangat tengok muka dia masa sekolah dulu kan. Alang alang dah upload kat FB tu aku post kat sini sekali. Kita jumpa lagi di Episod yang akan datang ... selamat malam ;)

12 comments:

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

Hehehe.... nostalgia gitu :-D. Rindu juga time tu ya? Masa tu hidup simple betul, kan? Kita bergaul dalam group berbagai kaum - harmoni gitu.
Oh ya, dah cerita pasal sekolah, teringat pulak beg sekolah masa tu. Kalau tak salah habis top pun beg kanvas warna hijau tu aje. Ramai juga yang bawa buku dalam bakul rotan, kan?
BTW, kat kantin sekolah you ada jual Mee Youk tak? I pun tak tau ejaan sebenar mee ni - tapi macam tulah ejaan Mak Cik Kantin masa tu. Satu lagi, kat depan sekolah you ada tak Uncle Ane yang jual kacang-kacang dan alusmitai (ha... you tau tak agaknya benda ni?)?
OKlah. I ni sepatutnya study ni... Kang anak I lepas, I pulak tak lepas exam :-D
Selamat Malam

lemongrass said...

Kak Acik,
memang seronok bila tengok gambar2 lama kan, seribu satu kenangan muncul :-). I pun dulu mcm budak tak cukup zat jugak, leper sekping aje, hehehe.
1977 dulu I darjah 1 :-)

My Life My World said...

Mia' Mom -

Salam MM. Memang nostalgia. Hidup zaman dulu memang mudah. Duit belanja I pun masa tu 20 posen sehari. Tapi cukup lah. Dulu tak banyak sekolah jenis kebangsaan cina, jadi bebudak cina ramai masuk sekolah kebangsaan.

Sebut pasal beg, I teringat beg kotak 'James Bond' yang kaler belang merah hitam. Anak orang kaya jer pakai tu. I ingat beg kanvas hijau tu, abang I pun ada pakai :)

Dulu dulu kat depan sekolah ada tikam tikam pilih kertas kat bawah hadiah mcm best tu. Tak tahu lah kat sekolah u ada ke tak. Yang pusing macam 'Wheel of Fortune' tu pun ada. Abang I selalu kena marah dengan abah sebab abiskan duit kat situ.

U selamat study ek, tak per ber'tenet' jap, lepas kan stress study ;)

My Life My World said...

Lemongrass -

Lg, I percaya you sekeping masa sekolah dulu, sebab sekarang pun agak jugak lah hampir sekeping ... wakakakaka. Jangan marah, nanti kena jual ;)

Eh, tak jauh ler umur kita ek, beza setahun jer. Tapi apasal u nampak macam awal 30'an jer ? Sungguh tak aci...Huwa! ayat jelez tu.. hehehe

azieazah said...

ACIK... Kak Azie pun simpan beberapa keping gambar skolah di FB.. (tapi berwarna) Yang hitam putih takda.. Masa sekolah rendah tak pernah nyer bergambar pun..

Memang sepesen jer semua ek... amik gambar silang kaki. Unik wehhhh...

Terkenang... Terkenang! Ada ker dalam ramai2 tu yang masih contact sampai sekang?

kakzie said...

tahun tu kita tak lahir lagi hehehe
zaman sekolah zaman yang paling indah...

mohdandmeriam said...

salam MLMW. macam mak cik dulu masa mula2 blogging, orang tak baca tak apa, cuma saja nak rekodkan pengalaman dulu2 yg rata2 sangatlah berbeza dengan zaman sekarang kan. kadang2 suka dan tersengih2 baca macam syok sendiri..he..he..mula2 3 entry sekali post.akhirnya anak nasihat. barulah dua tiga hari sekali post. dalam simpanan banyak le..

My Life My World said...

azieazah -

akak saya baru nak scan semua gambo lama-lama. Ada banyak lagi gambar hitam putih :D. Gambar silang kaki dan silang tangan tu dah jadi trademark.

Saya scan gambar lama ni pun sebab kawan sekolah masa sekolah rendah jumpa kat balik kat FB. Dia lah nak sangat nengok, dia kata gambar dia hilang masa pindah rumah. Bagus gak FB ni, menemukan semula kawan kawan yang terpisah. Seronok dapat jumpa semula ;)

My Life My World said...

kakzie -

lama dah tak nampak adik kat sini. Sudi datang lagi ... terima kasih yer.

Memang zaman sekolah zaman paling indah... tak ada masalah... masalah nyer cuma satu jer, waktu nak periksa ...wehehehehe sebab malas nak baca buku.

My Life My World said...

mohdandmeriam -

salam makcik, hamboi bukan main semangat lagi masa memula bukak blog yer ;)... acik pun gitu gak. Acik pun belajar dengan anak acik dan BFF (best friend forever). Kalau tidak tak reti nyer nak berblog blog nih.

Blog ni serupa diari, kekadang tak ingat entah bila buat sesuatu tu, bukak balik blog ni.

Unknown said...

arwah cikgu zainal ni bekas cikgu saya jugak dulu. x tau dia ada anak...saya duk ingat dia x kawin. rumah sewanya deret klinik kerajaan (dua2 ni dah lama xde)...saya lahir 1979 jadi time arwah cikgu saya rambut dah menipis, gamba sekolah dah berwarna hehhhe..klasik sungguh

-leila-

Leila Daniel said...

arwah cikgu zainal ni bekas cikgu saya jugak dulu. x tau dia ada anak...saya duk ingat dia x kawin. rumah sewanya deret klinik kerajaan (dua2 ni dah lama xde)...saya lahir 1979 jadi time arwah cikgu saya rambut dah menipis, gamba sekolah dah berwarna hehhhe..klasik sungguh

-leila-