Thursday, February 25, 2010

HARI SUKAN SEKOLAH

AHAD, 21 FEBRUARI 2010

Penat kenduri semalam pun belum lagi abis, hari ni ada pulak acara sukan sekolah di S. K. Kuang. Memang 'pack' sangat tugasan aku dihujung minggu ni. Alhamdullilah, Allah kurniakan kesihatan dan tenaga yang baik. Seawal hari Sabtu lagi, Aran dan Man dah berkali kali ingatkan aku untuk kejutkan dia orang awal sikit hari Ahad nanti. Sebabnyer dia orang kena ada di sekolah pukul 7.40 pagi. Lepas hantar dia orang ke sekolah, aku balik rumah semula ambik Kak Long lak hantar ke tuition di Kepong. On the way balik singgah lak Bank dan kedai runcit. Memang tak nak pergi awal pun ke sekolah, sebab tahu for sure acara lambat start punyer.


Deretan khemah di tepi padang

Gedebak gedebuk sampai S. K. Kuang balik pukul 10.30 pagi. Parking lak penuh, main selit jer asalkan tak 'block' keta orang. Cuaca panas tok sah cerita lah. Aku siap bawak payung lagi, dah lah aku pakai baju serba hitam. Sajer jer carik pasal kan kan kan. Al maklumlah, badan aku sekarang ni ala ala membesar bagai johan, jadi aku rasa kalau aku pakai baju warna hitam nampak kecik sikit badan aku ... hehehe... rasanyer teori ni berkesan lah jugak. Weih .... melalut dah aku nih

Aran jadi pelari pertama untuk acara 4 x 25 meter


Sampai jer kat padang sekolah, start lah aku cari anak aku macam ibu ayam yang kehilangan anak pulak :) ... tak jumpa ... aku rasa saiz dia orang ni semua sama jer bila dah pakai t-shirt sukan. Tak per, misi diteruskan dengan mencari Hilman. Dia tak ambik bahagian pun dalam lari lari nih. Kan aku pernah cakap anak anak aku ni bab sukan ni ada kureng sikit, kecuali Aran. Itu pun mungkin sebab dia kecik lagi kut, tak tahu lah kalau besar nanti ikut jejak langkah abang dan kakak nya.


Hilman di gerai PIBG tengah makan nasi leman tuh dengan kengkawan dia

Hilman kena bertugas di gerai minuman PIBG. Ada ker dia boleh cerita kat aku "Mak, hari tu kan masa praktis sukan, Hilman lari dah dapat tempat No. 2 dah, tapi bila nak sampai penamat tu sajer je Man suruh dia orang potong ... sebab nanti malaslah nak pergi lari waktu hari sukan" ... hmmm boleh pakai ker alasan tu. Alasan nak cover sebenarnya tuh ... Ece ce ceh ... macam mak tak tahu kan ;) tapi kena jugak datang masa hari sukan kan. Masa aku sampai kat gerai PIBG tu, aku tengok dia tengah sedap duk makan nasi lemak. Baik punya pulun, aku duk depan dia pun tak sedar, sampai nak kena jerit panggil nama dia. Anak aku yang sorang ni memang kuat makan ...hehehehe


Aran menunggu dengan sabar walau dalam kepanasan


Lepas tu sambung cari Aran semula. Lastly jumpa dia kat khemah menunggu untuk aturcara. Alahai, sabarnyer dia menunggu. Dia tak sedar aku datang. Aku perhati jer kawan kawan yang lain duk pakat bising dan kacau kacau dia, dia buat derk jer diam dan sabar dengan kerenah kawan. Aran wakil rumah merah untuk acara 4 x 25 meter. Bila nampak muka aku baru dia senyum sikit. Kan mak dah janji nak tengok Aran lari kan ... mak sure datang punyer.


.
Yeah ... Aja Aja fighting .. go Aran go

Lepas tu cari 'port' baik punya kat garisan penamat. Habis garisan yang tak patut aku langkau pun aku redah jer. Ambik kerusi duk bawah pokok sorang sorang sambil menunggu acara Aran di jalankan. Bila dah nampak dia nak start, apa lagi aku dengan gigih dan selamba nyer meredah padang lagak bagaikan Paparazi tak bertauliah. Pedulik dengan orang pandang ker hapa, asalkan aku dapat tengok Aran berlari dengan clear nyer udah.


Ke garisan ... Sedia ... Mula


Permulaan yang cantik ...


Macam pelari pro lagak nyer :P


Gaya mesti lebih ... ece ce ceh

Tapi Aran tak menang pun. Tak per Aran, yang penting semangat untuk turut serta bersukan yang penting nyer. Aran tak menang pun mak tetap berbangga dengan Aran sebab mencuba. Lepas acara aku terus cari Hilman. Ajak dia balik, waktu tu pun dah pukul 12 lebih. Hilman memang dah nak balik pun, dia 'hand-over' kerja kat abang abang senior yang baik hati nak tolong. Alhamdullilah ...



Hilman bergambar dengan kawan kawan sebelum penyerahan tugas

9 comments:

mohdandmeriam said...

salam mlmw. seronok tenguk anak2 mengambil bahagian dalam apa saja acara sekolah mereka. kita yg kadang2 lebih bersemangat hehehe tapi menghadirkan diri pun dah mengembirakan n mengiratkan hubungan anak n ibu. mak cik pun begitu w/p terpaksa ke kl semata2 nak tengut cucu took part in a concert.

alia zarfullah said...

knpe auntie tak lari je. ikut paan skli. hehe.
alia dapat bayangkan auntie lari nak tangkap gambar paan. umpama paparazi tak bertauliah. hehe kelakar kot.

alia zarfullah said...
This comment has been removed by the author.
^@mr!^ said...

teringat saya masa saya sekolah rendah kat situ...

banyak betul perubahan kan auntie..
paan pun mesti selesa belajar..
dan mesti hebat bersukan.. hehehe

rindu betul saye...;-D

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :) Betul apa yang mak cik cakap tu. Memang seronok tengok dia orang 'take part', tengok gelagat dan perangai dia orang bila dengan kawan kawan sekolah.

Sebab tu tak kisah lah kalah atau menang. Dan anak anak pun rasa seronok dan lebih bersemangat tengok mak bapak menyokong apa yang mereka buat.

My Life My World said...

alia zarfullah - mana leh lari sekali, nanti bergegar padang sekolah tu orang ingat gempa bumi lak Lia ...wakakakaka

Tak yah lari masa hambik gambo, kamera canggih kan ada, duk dari jauh pun leh fokus ...ayat tak leh blah, riak sungguh. AMPUN :)

My Life My World said...

amri - awat nyer tak datang sekali masa sukan hari tu. Kalau ada Amri boleh gak teman kan auntie. Boleh gak kita buat TOUR satu sekolah tu.

Memang banyak betul perubahan di sekolah tu. Bayangkan abah auntie (sekarang umur 70++) pun sekolah kat situ masa dia kecik dulu. Lepas tu adik auntie (sekarang umur 30++) pun sekolah situ, sekarang ni anak auntie lak. 3 generasi punyer sekolah.

Masa abah auntie sekolah rendah kat situ, sekolah menengah dia kena pergi Rawang sebab Kuang tak ada sekolah menengah.

azieazah said...

Memang kagum dengan ACIK ni.. apa saja yg melibatkan anak-anak dia mesti nak pi busy body sama.. hehehehe...

Tapi sebenarnya, itulah yang mengeratkan lagi hubungan. Kalu bukan kita, sapa lagi, ye tak?

Go ACIK go!

My Life My World said...

azieazah - alahai kak, kalau kita tak buzybody kat anak anak sendiri, nanti orang pakat buzybody kat anak anak kita, yang susah kita jugak :) hehehehe

Sejak dari dia orang kecik lagi, saya memang suka ikut serta dalam apa jugak yang dia orang buat, kata orang ... beri penuh sokongan gitu ;)