Friday, February 19, 2010

SELAMAT HARI JADI HILMAN


Selamat Hari Jadi Sayang Mak! Hari ni Hilman genap 11 Tahun. Cepat sungguh masa berlalu ... itu makna nyer, mak memang tak terasa penat dan mak amat seronok dikurniakan anak macam Hilman. Anak lelaki pertama mak :) dan mak berbangga memiliki Hilman.



Macam baru semalam semasa mak terbaring di katil wad PMC Sg. Buloh, lepas beberapa jam selamat melahirkan Man ... Nenek Klang sedang memangku Man yang masih merah, sambil diperhatikan Nenek Kuang serta Iqa, Kak Long, Mak Su dan Kak Sumi ('Nanny' kesayangan Man).



Macam baru semalam mak lihat Man terbaring tak reti hapa, hanya tidur dan nak susu.
Baby mak yang sangat 'Happy' tak banyak kerenah dan ragam.



Tak puas rasa nya nak mendakap Man, tahu tahu jer dah beso panjang.



Baru belajar bergolek dan meniarap. Terkenangkan Arwah Atuk Klang yang panggil Man 'Ah Chong' dan sampai sekarang orang Klang panggil Man dengan gelaran tu. Man memang macam anak cina masa kecik tapi tetap anak Jawa... hehehehe



Baru belajar duduk dan makan sendiri ... dan sampai sekarang masih kuat makan.



Hilman selalu cakap "Mak, kat rumah ni kan, kita dua orang jer yang kuat makan kan" dah tu kita dua orang jer yang terlebih berat. Nak buat macam mana ... hehehe. Semua makanan orang lain yang tak abis, semua kita abiskan. Memang kita ada banyak persamaan ;) Kuat makan dan kuat cakap.




Baru belajar berjalan jatuh.



Dah pandai berjalan, dan kuat minum air. Anak mak yang paling banyak minum air. Kalau pergi sekolah mesti bawak bekas air besar. Yang best nyer air feberet Man, hanyalah Air Kosong. Save budget mak. Man jarang minum manis. Ramai orang pelik dengan Man, sebab jarang budak budak tak suka manis. Tapi itu lah Hilman, macam Kak Long ... terlebih matang. Suka kawan dengan orang dewasa dan suka merapu. Dia lah satu satu nyer cucu Tok Abah yang sebijik macam atok nyer. Mak sedara abah aku selalu kata Hilman macam abah masa kecik. Perangai pun sama bila dah besar ni terbukit lagi sama. Kuat merapu dan bercerita entah hapa hapa. Tak larat nak layan.


Semoga Hilman sentiasa didalam Rahmat dan Kasih Sayang NYA .... menjadi anak yang soleh dan dapat menjadi Khalifah yang baik di bumi Allah ini. Pelayaran hidup Man masih terlalu panjang ... dan Mak sentiasa mendoakan kejayaan Man dunia dan akhirat. Mak Sayanggggggggggggg Man.

P/S : Mak tahu Man akan baca post mak ni kan ;)

14 comments:

lemongrass said...

Selamat hari jadi Hilman... oops..bakal menantu :-P.
Semoga your life be blessed by Allah the Almighty always and may all your wishes and desire be granted by him :-)

My Life My World said...

lemongrass - Amin atas doa LG ... hehehehe bakal menantu ek, aduh besar nyer hati I kalau dapat berbesan dengan U ;)sejuk perut I ngandungkan Hilman :D

ayang said...

happy birthday to u... happy birthday to u... happy birthday to Hilman... Moga akan menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat..

Lagi satu, tahniah jugak sebab dah khatam quran..

mohdandmeriam said...

salam. happy birthday to hilman, didoakan agar hilman menjadi anak yg soleh dan kebanggaan emak ayah dan keluarga.
betul tu 11 tahun sekejab je tambah2 selalu bersama.

My Life My World said...

ayang - Amin untuk doa ayang buat Hilman ;) Dia dah baca dah post & komen kat sini lepas balik sekolah tengahari tadi. Tak sabar dan terperasaan dia comel masa tengok gambar dia waktu baby :P

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik. Amin untuk doa Mak Cik jugak. Betul tu mak cik, 11 tahun memang rasa sekejap jer bila selalu bersama dan mengikuti pembesaran dia di depan mata.

alia zarfullah said...

happy birthday man :)
sorry kak lia forgot la
;(
semogadi murahkan rezeki &
di panjangkan umur.
cop2 abah bg hadiah ape ? haha

My Life My World said...

Alia Zarfullah - Terima kasih Kak Alia (anggap Hilman yang ucapkan). Abah dia bagi cash RM192.99 (sempena tarikh lahir Hilman)

Alia, cuba bayangkan Iqa dapat berapa kalau Buffday dia nanti ...RM13.96 ...wakakakaka cian dia kan ;D

IXORAROXI said...

Moga HILMAN jadi anak yang soleh kebanggaan emak abah..amin!

My Life My World said...

Ixoraroxi - Amin atas doa Ix, terima kasih yer ;D

azieazah said...

Aminnnn.... doa IBU yang sentiasa berkat..

HILMAN, Untie AA tahu Hilman pun akan baca komen2 semua, kan?

Semoga HILMAN terus menjadi anak yang membanggakan MAK dan ABAH. Cemerlang dan terus tabah dalam kehidupan..

Untie AA pun tumpang nak berbangga dengan HILMAN...

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA. Amin untuk doa akak buat Hilman. Memang dia baca pun semua post ni. Kalau lama tak up-date mesti dia tanya, "Mak! bila nak up date blog?" ;D

Hamboi kak, lama nyer cuti. Blog pun cuti ek ...hehehe

alia zarfullah said...

haha skit la kalo hari jadi iqa kalo cmtu. haha. kelakar kot.
:)

My Life My World said...

Alia - Tapi tak kan lah abah dia sampai ati nak bagi banyak tu kan ;). Abah dia kan baik ati. Sure dapat lebih dari itu punya.