Wednesday, February 24, 2010

WAYANG YANG HEBAT



Aku 'terlayan' cerita 'WAYANG' di lewat petang gini. Sebenarnya aku tercari cari cerita lakunan Eman Manan (aku suka sangat lakunan dia) .... Aku terjumpa cerita ni kat YOUTUBE. Sebelum tengok cerita ni aku heran, apasal cerita ni dapat banyak sangat nominated di Anugerah Filem. Best sangat ker? tapi kalau best apasal tak Pecah Panggung pun (garu kepala tak gatal). Itu ler benda yang bermain dalam kepala otak aku sebelum tengok cerita ni. Tapi kalau tengok dari barisan pelakun. hmmmm memang hebat hebat belaka ... Eman Manan, Zulhuzaimy dan Ida Nerina ... semua nyer pelakun feberet aku tu.




Tengok dari mula jer aku dah 'jatuh hati' kat cerita ni. Best giler..... dialog dia 'kecek kelate', tapi tak lah berat sangat bunyik nyer. Walaupun half dalam diri aku ni ada darah Kelantan, tapi aku tak faham gak kalau yang berat berat sangat bunyi nyer. Nak bagi aku faham, mak aku kena ada sebelah ler, baru boleh faham. Opppsss melalut ... tetiba bangga jadi orang Kelantan ...hahaha



Cerita pasal Tok Dalang yang bernama Pak Awang ... simple jer cerita dia, tapi amat amat touching dan sebak di hati. Aku selalu nyer tak suka cerita sedih sedih ni, tapi aku suka cerita nih. Tak perlu nak pakai lawa lawa, tak perlu nak cari tempat yang indah indah, tak perlu nak pakai mekap tebal seinci cerita ini memang HEBAT. Dialog tak perlu meleret leret, setiap pengucapan memang padat dan bermakna. 5 Bintang dari 5 bintang aku bagi ... macam layak jer lah pulak aku nak bagi bintang kan. Pengkritik filem pun gelak golek golek kalau baca komentar aku :)





Paling aku suka ada satu part kat sedutan atas ni. Sebab ada satu view yang kat tepi pantai tu kan, yang ada batu batu tepi pantai yang besar tu kan, waktu Awi kena pukul dengan Jusoh tu kan. Favourite spot aku tu masa study kat Dungun dulu. Nama tempat ni Pantai Batu Pelanduk, Kuala Abang Dungun. Kalau dari Dungun nak ke Kuala Terengganu, mesti lalu kat sini, dan aku selalu singgah. Tempat ni cantik sangat. Nostalgia gitu ;)




Tak heran lah cerita ni boleh terpilih menjadi Filem Terbaik Anugerah Skrin 2009. Bukan tu jer, WAYANG turut membolot kategori Pengarah Terbaik (Filem) yang dimenangi Professor Dr. Hatta Azad Khan. Dah tu 2 pelakon filem ni, Eman Manan menang untuk Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) dan Zul Huzaimy menang untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem). Memang dia orang layak untuk menang.Korang ... tengok ler cerita nih, best bangettttttttt ..... ;)

4 comments:

mohdandmeriam said...

salam mlmw. oh ada darah kelate.. bangga mak cik dapat satu lagi kenalan dari satu negeri.bolehlah jarang2 balik kekelante dan singgah rumah mak cik..hehehe

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak cik. Memang pun jarang jarang balik Kelantan ... ada lah satu tahun tak sekali. Haru sungguh. Mak Tok (mak saya) yang selalu balik. Balik bayar cukai tanah setahun sekali tak pun kalau ada kenduri kendara. Hehehehe ... mak cik terer la macam tahu jer.

Mak saya orang Kelantan. Saya dan abang sulung lahir di Kota Bahru area Kg Telipot, Jalan Pasir Puteh. Tapi tak dibesarkan di sana. Ayah orang Selangor. Dan dibesarkan di Lembah Klang.

Insya Allah kalau gi kelate, saya singgah umah mok cik yer. Nak tuntut ilmu, macam mana boleh buat anak jadi bijak pandai ;)

azieazah said...

ACIK, pernah ingat Kak Azie pernah buat entri pasal Budak Kelantan? Kak Azie sangat suka tentang Kelantan yang unik.. segalanya. Budaya, bahasa..

Eman Manan, Zulhuzaimy... tiada kata dapat menggambarkan kehebatan lakunan mereka ini..

Cuma tak sempat lagi nak tengok filem ini..

Kalu buka U-Tube, jadi slowwww... dan di ofis, kami tidak dibenarkan buka You-Tube...

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA. Saya ingat lagi post tentang movie 'Budak Kelantan' dalam blog akak tu. Kelantan memang menarik.'Cost of living' pun rasa nya tak lah tinggi. Makanan yang sedap sedap (mungkin sejak kecik mak dah latih makan makanan orang Kelantan kot). Kain dan tudung yang cantik cantik tetiba ke situ lak) :P

Saya tahu akak pun suka kat Eman dengan Zulhuzaimy kan. Tengok kak cerita ni, best sangat. Tak puas lak. Saya kalau stress kat opis memang cari 'youtube'. Lagipun 'workstation' saya jauh dari orang ...hehehe