Monday, February 22, 2010

KHATAM QURAN


20022010 @ 20 FEBRUARY 2010 - SABTU



Hari ni Mak Tok telah meng'organise'kan kenduri sempena Maulidul Rasul dan Khatam Quran untuk diri sendiri dan cucu nyer. Aku just tumpang semangkuk jer :) Mak Tok memang dah niat nak korbankan seekor kambing bila dia dan cucu nyer tamat mengaji. Kebetulan Aran baru Khatam Quran minggu lepas jadi sesuai bebeno ler tu kan. Sibuk jugak aku ni hah dari pagi. Dengan nak ngantor Kak Long ke tuition, dengan merebus telur dan gantung kat bunga pahar, dengan buat kek dan masukkan dalam bekas. Punyer lah sibuk, sampai gambo pun tak sempat nak di'paparazi' kan. Dengan cuaca yang panas merelit ... eh ....apa kena mengena lak panas dengan kesibukan aku ni kan (garu dagu jap)




Sempat ambik gambar pun waktu Majlis Khatam dah nak mula. Makan pun dah tak lalu, sebab banyak minum air dan penat sangat. Sehari sebelum majlis, Aran dengan Hilman punyer lah kecut perut bila aku kata dia orang kena mengaji depan orang. Hilman, tahun lepas lagi dah Khatam Quran untuk kali ke 2. Jadi saja jer suruh dia temankan adik dia. Ditemani dengan lagi 2 orang anak jiran yang jugak dah khatam Quran tahun lepas. Tapi tak buat majlis jer lagi. So kira sekali arung ler ni. Lagi pun pagi sebelum majlis ustazah dah buat 'rehearsal' untuk 4 orang budak ni. Jadi tak ler rasa takut sangat :)




Masa ngaji tu, aku duduk kat sebelah Aran, bagi dia sokongan sikit. Bangga lah jugak, anak bongsu aku yang 8 tahun ni dah khatam. Ramai lah jugak sedara mara yang mendengarkan bacaan dia orang nih. Termasuk adik beradik aku, sepupu sepapat, jiran tetangga dan famili Klang.

Apasal masa taip post ni aku baru rasa, rugi nyer tak makan masa tu ... huk huk huk


Hampir semua datang ... terima kasih lah kat Nenek Klang, Mak Long & Daniel, Uncle Zarfullah & Auntie Gombak, Teacher Sarah, Chek Yah, Pak Hussein and Famili dan Chek Ita and Famili. Itu yang menambahkan semangat untuk anak aku dua orang ni. Terima kasih lah sebab sudi hadir, terharu sungguh ...sob sob sob. Kakak Alia ! apasal tak datang? Pergi dating ek (jeling mata). Nenek Klang siap bawak bunga pahar lagi dengan sambal goreng dan agar agar. Laku sungguh sambal goreng nenek yang sedap tu. Aku sendiri pun tak sempat rasa. Huwa ! ... mak nanti buat lagi ek :)

Tak larat nak cerita dah ... tengok gambo yang tak seberapa ni jer lah yer. Tetiba idea aku tumpul, dan kalau diteruskan harus memboringkan dan keluar cerita cerita merapu jer ... huk huk huk ....


Nenek dan Chek Yah ditemani Kak Long dan Ayah Ngah sedang menjamu selera



Posing ala ala Ultraman tengah 'FIRE' Raksaksa
(tetiba aku rasa macam aku lak raksaksa tu bila duk ambik gambo depan dia orang nih)



Ustazah tengah mendengarkan bacaan anak anak murid nyer



Hilman tengah mengaji, Aran lak tengah berdialog dalam hati : bila turn aku ni?

p/s : malam nyer aku tanya Hilman dan Aran, best tak Majlis Khatam Quran tadi, dia orang jawab best sangat ... Alhamdullilah :)

12 comments:

lemongrass said...

Alhamdulillah... Sejuk hati ibu mengandung bila anak2 dah khatam quran ni kan. Congrats to the boys!

My Life My World said...

lemongrass - Thanks LG. Syukur sangat sangat, kesemua anak anak dah khatam Quran dalam usia muda. Tapi kalau dapat jadi Al- Hafiz dan Hafizah ... bertambah tambah lah syukur nyer :)

ayu-zaimi said...

salam kak, alhamdullillah the boys dah khatam Quran...semua diaorang jadi anak yg soleh.Insyallah...my boys pun saya nak suruh ikut jejak langkah anak2 akak....

alia zarfullah said...

alhmdulila :)
tahniah mak no 2. hehe
aran & man nampak segak..

IXORAROXI said...

alhamdulillah..Aran sekolah agama tak?bila bersekolah agama ni, bacaan mereka lebih mantap dengan bacaan dan tajwid yang betul..Insyaallah

My Life My World said...

zairah@87 - Salam Zai. Amin atas doa Zai. Senang hati akak semua dah khatam. Insya Allah anak anak Zai pun boleh. Aran start ngaji masa umur 5 nak ke 6 tahun.

My Life My World said...

alia - Terima kasih Alia. Aran & Man nampak segak ek ... tengok ler sepupu sapa lak kan. Hehehehe ...

My Life My World said...

Ixoraroxi - Aran tak sekolah agama. Tetapi ustazah yang mengajar memang dari sekolah agama. Dia mengajar siap ada kad tanda tanda lagi. Suami ustazah pun mengajar di sekolah agama.

azieazah said...

Wahh best kan bila ada majlis macam ni..

tahniah buat ARAN dan HILMAN..

terror tuh, 8 tahun dah khatam. CHAK yg 8 tahun baru naik IQRA 4...

Anonymous said...

alhamdulillah dan salam mlmw. tahniah buat anak2 teruna you tu kecik2 dah khatam quran. moga2 menjadi anak yg soleh.

Mrs Taz said...

Tahniah Aran and Hilman ... sedapnye nampak makanan tu ... nasi dagang ada tak? hehe

alia zarfullah said...

tahniah kepada aran ketot n hilman ahchong. ahaha

ok pembetulan, alia kat beranang la auntie. n kebetulan mahadir trun sini. so jmpe la kejap.
lgpn dh de wakil dari family zarfullah. kahkah. ok la tu.
makanan sedap kot. tibe2 alia laparrrrrr