Semalam masa sampai rumah dari opis, Aran dan Hilman dah tunggu depan pintu nak sambut aku ... seronok nyer bila kepulangan di nanti. Terus peluk cium budak berdua ni, eh ..... rasa panas lak badan Aran, "Aran demam yer" .... "Ha ah, batuk dengan selsema jer" ... ish ni dah tahap demam la ni, tapi tak nak ngaku demam, sebabnyer dia tak nak makan ubat ler tu. Tak leh jadi ni, terus bagi makan ubat, pakai kan dia baju sejuk dan suruh dia tidur. Cian dia, baru jer 2 minggu lepas baik dari demam, dah demam balik. Nasib baik ubat ada lagi.
Eh! kali ni sessi bergambar Aran adalah dengan sepupu dia Maisara, budak kecik yang aku pernah ceritakan dulu, yang sibuk mintak permission dari aku nak kawin dengan Aran ... hahahahahaha ... gambar gambar adalah dikutip dari FB aku. Baru semalam Mak Maisara tag gambar ni bagi kat aku. Aku pun tak pernah tengok gambar gambar ni. Kira baru lah untuk aku, walau pun di ambil pada tahun 2008 ... giler bapak lama ... sungguh dah basi sebeno beno nyer :)
Raya masa tahun 2008, kat dapur umah Mak Tok
Genting Highlands 2008, dalam Ferris Wheel kecik
Sarah kalau bab pose depan kamera, kasik ler kat dia ... perasan artis minah kecik ni
Tapi sekarang budak berdua ni asyik nak bergaduh jer kerja nyer. Aran kata Sarah nakal ... Sarah kata Aran eksyen dan sombong ... ish macam macam . Tapi Aran masih tetap sabar melayan Sarah, walaupun Sarah amat lah 'gediks' nyer ;)
11 comments:
salam ros..memang budak2 ni bila jauh rindu2an tapi bila dekat gaduh2an..hehe adake perkataan ni ..padai betul maisarah tu posing..macam marissa tak payah suruh pandai je ..aran dah tak ada adik kecil si gerdik ni lah buah hatinya..seronok kan ros tenguk gelagat mereka berdua..bergaduh n berbaik semula..
Uish Aran...kecik2 dah ada peminat tu, hikhikhik...
Lama lama sok ramai ler peminat si Sarah ni, leh ler buka group fanclub kat FB, macam si Mia Sarah Nasuha @ Amani tuh...
mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)
Memang gitu lah perangai bebudak, sementara nak tunggu besar. Tapi jangan lak bila anak anak gaduh, mak bapak pun turut gaduh nak menangkan anak masing masing, tak ada makna nyer. Anak anak ni gaduh kejap jer, kalau mak bapak gaduh entah bila nak baik nyer.
Maisarah tu memang suka pose, belum kira berjoget lagi tu, syok sendiri ... Marissa agak nyer suka joget tak? hehehehehe
lemongrass - Salam LG :)
Budak kecik pun dah pandai carik Tall, Dark and Handsome ...
Tall - kalau Aran besar nanti maybe, ikut genatik abah dia.
Dark - dah terbukti ... hahahaha
Handsome - Insya ALLAH hik hik hik ...perasan terlebih mak dia ;)
azieazah - Salam Kak AA
Hehehehehe ... ada ker peminat minah gediks ni. Mahu pening kepala nanti peminat dia dengan ke'gedik'an melampau dia nanti nih :D
Mia Sarah Nasuha @ Amani tu budak yang main cerita ADAMAYA tu kan
sabar je ..
hihihi .....
Hassan - Salam Hassan :)
Terima kasih suci ziarah Blog saya.
Salam Acik :-D
I ni baru balik Usrah . Kali ni buat kat tepi sungai (usrah outdoor). Sedang letih ni, tengok gambar2 Aran dengan Sarah, hilang letih. Comelnya budak2 tu. So, kira, Aran tu dah ada yang empunya lah ya? :-D Pandai Sara cari pasangan ya! Mak ertua pun sporting! :-D
Mia' Mom - Seronok nyer USRAH outdoor. Mesti nyaman dan tenang jer kan.
Aran tu ramai peminat, baru baru ni dia cerita kat sekolah ada budak pompuan suka kat dia... hahahaha bebudak sekarang terlebih advance, risau gak. Ramai peminat sebab dia control macho selalu ... hehehehhe
walaupun gediks tp comey sarah tu..tp kn,kcik2 pn dh pndai nk bbuih cinta eh..hoho..
Post a Comment