Nama nyer pun makan free, sapa tak nak kan :) ... pulak lobi dari Kak Azieazah, mengalahkan orang nak pilihanraya. Mula dari hari senin sampai hari jumaat, ada jer iklan dia kat Facebook. Caya lah Kak AA, kalau saya jadi wakil pilihanraya, nak jer saya lantik akak jadi Manager Lobi Melobi untuk saya... heheheheh
Terharu nyer aku bila kek aku pun jadi Iklan lobi Kak AA. Ni yang tak leh tahan ni, tabik lah kat akak, dari fikir tak nak pergi, bila dia letak gambo kek cekelat aku ni sebagai Iklan dia untuk hari ke 4, dah tu ramai lak pengomen macam mengidam kat kek tu. So aku ambik keputusan, okaylah aku buat choc. cake tu, dan bawak ke sana nanti.
Dah tinggal pinggan kosong dan cawan kosong dah waktu ni,
orang lelaki lak dah start pergi solat Jumaat kat Masjid Negara
Aku bukan nyer tak nak pergi seawal nyer, memang nak sangat pergi. Seronok wooo bila dah kumpul dengan dia orang ni, sure sakit perut nyer lah. Asyik lah gelak jer dari awal sampai abis. Yang tak leh tahan, semua orang kat meja yang lain akan heran tangok kita orang yang tak berhenti henti gelak. Dan sure gelak yang paling tak leh lawan adalah gelak Kak Azieazah. Sampai ada orang nak rekod gelak dia, nak jadikan Caller Ring Tone ... hahahahaha ... lawak sungguh.
Ratu Duyung, Opah Izan dan Kak Anoi yang sporting giler :)
So aku hadir jugak, walaupun tak sampai satu jam. Aku bukan kerja gomen yang ada masa lunch hari jumaat yang panjang. Bajet 1 jam jer masa aku, itu pun dah terlajak 30 minit. Nasib baik orang opis tak mencari, lagi nasib baik bos aku tak bising ... Alhamdullilah. Terima kasih lah kat Opah Izan sebab sudi membelanja, dan Kak Azieazah yang tak putus putus melobi ;) Ramai gak yang hadir.
Kak Azieazah dengan Pok Cik Pandora tengah makan beradab ;)
Seronok memang seronok ... moga ukhwah kita berpanjangan. AMIN
16 comments:
Harharharhar! Entri yang sangat best dan kelakar bersambung-sambung!
Mana tak makan beradap dan mengadap nyer.. Dah sampai lambat, duduk pun ujung jerrrr. Mujur lauk banyak lagi, siap tapau sekor Terubuk dengan Sayur Umbut dan Perut tuh.. perhh.
salam ros, makcik baca n tengu gambar2 dah terasa keseronokkan berjumpa akwan alam maya ni..kalaulah makcik disana rasa nak join sama hehe
azieazah - Salam Kak AA
Akak punye dah sambung ker belum, tak sabar nak baca dah ni. Lambat punya pasal terus jadi Puan Pengerusi duk kat kepala meja kan ... hahahahahaha
Tak puas la kak sebenarnyer, tapi nak kena balik opis, memula ingat nak ambik 1/2 day leave, assistant saya lak emergency leave satu hari. Terpaksa lah kerja gak ;)
makan time
saat yg dinanti2kan. :D
makan sambil merapatkan silaturrahim.
mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)
Memang best sangat jumpa kawan yang kenal di Alam Maya ni. Kawan kawan ni sebenarnya dah kenal sejak tahun 2004 lagi. Selalu jumpa di ruang siber jer, sesekali jumpa memang kecoh dan gegak gempita ... lupa diri bukan anak anak remaja lagi. Hehehehe...
Kebetulan kami ramai yang sebaya dan sekepala ;)
piewahid - Salam Abang Pie ;)
Betul sangat sangat tu bang. Entah bila saya, abang, mak cik meriam/pak cik mohd + kak azieazah boleh bertemu dan makan makan bersama yer ... kalau ada kenduri kendara jangan lupa jemput ek, boleh memanjangkan silatulrahim antara kita.
Salam Acik :-D
Ini Tangling yang tak jauh dari St. John tu ke? Yang jual nasi lemak tu? Kalau yang tu,sungguhlah I jealous tahap Gaban! Apa khabar le agaknya mak cik Tang Ling tu ya? Sambal sotong dia, sedap pun tahap gaban juga! Huhuhu.... ohh...aku rindu.... katakan kepadanya aku rindu... (you tau kan lagu ni?) :-D
jom ziarah sini......hehe
http://babygown.blogspot.com/2010/05/gaun-pertama.html
Mia's Mom - Salam MM :)
Nak kata dekat dengan St John tu tak jugak, tapi belakang MGS dekat Bukit Aman, berhampiran Masjid Negara.
Memang Nasi Lemak sotong di terkenal seantero Kuala Lumpur :) ... Ala cian u dah terliur kat sana yer. Tak per, nanti U balik KL kita dating kat sini nak, I belanja U.
Weih MM , I gelak sorang sorang sambil membaca dan mendendangkan lagu yang u tulis tu. Lawak la awak ni .... hahahahha
hayati - Salam Hayati :)
Terima kasih sudi jenguk dan mengomen blog saya, nanti saya gi terjah blog awak yer ;)
IX tak sempat nak jumpa awak, kita arrange another date eikk bila awak dah makin lawa..ewahhhhhhhhhh
ari tu singgah jengah je kat blog akak..ari ni nak komen plak..hehehe
masa akak kat Tangling,along kita kata akak putih melepak(mesti pakai sabun n beauty cream kak Ix hehehe)tak mcm dalam gambar kat blog...
kita tanya along kita nape tak risik2 pasal kat ITM dulu..kalau risik2 mesti sama2 kenal...
dia kata dia terlupa dah balik baru teringat...
assalam...salam kenal dari saya..1st time berkunjung di teratak u nie..nice blog..untuk mengeratkan lagi saya dah jadi salah seorang follower u...klu ada masa jemput la keteratak amy ye...
kak zie - Salam Zie ;)
Zie akak dah gelak golek golek dah baca koman ni. Akak putih melepak yer ... Alhamdullilah. Masa ke Tangling tu baru jer 4 hari pakai :) Nantilah akak dah 2 bulan pakai acu tengok, sudi ker Kak Ix tu jadikan akak Model Sabun dia ... hahahahaha
Ha'ah, kita pun tak sempat nak tanya along awak pasal ITM ... eh kita kasik resepi kek coklat kat along awak, dia dah buat ker belum :)
IXORAROXI - Salam Ix :)
Ya lah, tak sempat nak jumpa IX. Ix macam mana nih, baru 4 hari pakai orang kata dah putih melepak dah ... hahahahahha ... perah santan dah ni.
Mahu kalau jumpa lepas ni Ix tak kenal acik pulak ... Hahahahhaha ...
Amy Syaquena - Salam Amy :)
Terima kasih Amy . Sudi jengah blog akak, jap jap lagi akak sampai Blog Amy yer, nanti sediakan karpet merah yer, dengan kek 3 tingkat ... hehehehe
Post a Comment