Thursday, May 13, 2010

SUARA IBU DAPAT TENANGKAN ANAK





Aku jumpa artikel ni di Berita Harian Online, dan sangat sangat suka. Aku memang selalu bercakap cakap dengan anak aku, malah dah ketegori terlebih cakap, eh membebel tu boleh masuk kategori bercakap ker :) hehehehe ... So bila baca artikel ni rasa seronok lah gak. Jadi anak anak mak, kalau mak banyak cakap tu, bukan bermakna mak tak suka tau, tapi mak sayang kat korang supaya Hormon Penenang Oxytocin tu selalu ada kat badan korang, supaya korang dapat rasa tenang sentiasa dan sihat sentiasa ...


2010/05/13

SINGAPURA: Satu penyelidikan terbaru mendapati, suara ibu sudah cukup untuk menenangkan anak mereka. Kajian dijalankan penyelidik Amerika yang ingin mengetahui bagaimana interaksi suara memberi kesan kepada orang tersayang, menguji paras hormon penenang oxytocin ke atas kanak-kanak perempuan yang sedang menghadapi tekanan

Seramai 61 kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh dan 12 tahun, diminta mengaturkan satu persembahan di hadapan orang tidak dikenali dan kemudian dibahagikan kepada tiga kumpulan.

1 Kumpulan satu daripada kumpulan itu ditenangkan oleh ibu yang hadir selepas persembahan

2. Kumpulan kedua bercakap dengan ibu masing-masing hanya melalui telefon

3. Kumpulan ketiga tidak berinteraksi langsung dengan ibu mereka.

Hormon tekanan kanak- kanak berkenaan dipantau sepanjang proses itu dan penyelidik mendapati, kanak-kanak yang ditenangkan sama ada secara fizikal atau dengan suara, mengeluarkan paras oxcytocin yang sama, berbanding kumpulan kanak-kanak yang tidak berinteraksi dengan ibu mereka.

“Hasil kajian ini menunjukkan mereka yang kurang sokongan daripada keluarga dan rakan akan mempunyai tahap kesihatan yang lebih rendah.

“Interaksi suara mungkin mampu memberi kelegaan yang sama dengan hubungan secara bersemuka, termasuk sentuhan,” kata penyelidik. – Reuters

11 comments:

Anonymous said...

salam ros..makcik pun selalu cakap banyak dgn anak2..rupanya ada faedah ya..sekarang ni cucu marissa pula yg suka cakap banayk..

azieazah said...

Biasanya yang mana anak dara dulu malu pendiam, bila dah beranak automatic jadi potpet pot pet... hehehehe

kadang2 sampai cakap sensorang pun ada. kan?

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Hmmm... itu baru lepas persembahan dengan cakap menerusi telefon, ya? Agak2 tahap mana le agaknya percentage oxytocin dalam anak2 yang mak dia orang suka merapu di waktu lapang ya? Mesti tahap gaban kan? Lepas siap dissertation I ni, I nak bercaaaaaakap je dengan dia orang :-D

kakzie said...

kita paling suka kalau dengar org2 tua pot pet pot pet..lebih2 lagi pasal pengalamn depa masa muda2 dulu...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak,


saya pon memang kuat membebellar.. tak reti2 nak kurangkan..


pernah tengah membebel tu Along kata " Ibu, sabar boley tak ?... terkedu kejap.. dia pon dah tahu sangat yg ibu dia ni tak menyempat2....

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

tapi kan kak..


macam mana kita bebel pon...dorang cari kita jugak kan..

My Life My World said...

mohdandmeriam- Salam Mak Cik :)

Bagus cakap banyak ni Mak Cik, kalau orang macam kita ni tak ada kat rumah, mesti dia orang sunyi jer, lepas tu mesti dia orang bosan. Tak sabar nak tungguk kita balik kan ... hahahaha. Boleh lah Mak Cik lawan cakap dengan marissa sekarang kan ;)

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Hehehehe ... macam boleh baca jer karekter saya. Memang masa dulu saya amat pendiam. Tapi bila dah bercakap, tetiba tersedar, best gak yer banyak cakap nih... hahahahaha

Memang selalu pun cakap sensorang kak ;) hehehehe

My Life My World said...

Mia's Mom - Salam MM :)

I setuju U cakap banyak lepas siap dissetation U. Mesti U pun dah rindu nak bercakap kan MM. Hahahahaha ... lepas tu kan anak U mesti bahagia berpanjangan, sebab percentage oxytocin tu tak pernah jatuh. Pssttt... nanti cerita perkembangan seterusnya yer, betul ke tidak teori ni... hehehehe

My Life My World said...

kakzie - Salam Zie

Tu yang tak leh tahan, kalau orang orang tua cerita pengalaman masa muda dulu .... mesti dah banyak kutip pengalaman Zie ek. Lepas tu kalau kita menyampuk masa dia orang bercerita, mesti kita kena marah kan.

My Life My World said...

azrina.03.07 - Salam Rina

Hahahaha... tak dapat bayangkan bila Along cakap gitu masa Rina tengah sedap membebel. Mesti rasa aku nak gelak ke nak nangis masa tu kan ... akak pun pernah kena jugak. Siap kata "Mak! mak tak malu ker kalau orang sebelah dengar suara mak?" hahahaha.

Kita serupa la Rina. Tapi teringat masa kecik dulu, sebab selalu mak kita membebel kat kita la kita leh jadi ORANG ... sebab tu kita sayang dan berterima kasih sangat kat orang yang membebel kat kita tu. Macam tu lah anak kita sekarang ni. Mesti dia sunyi kalau kita tak ada kan ;)