Friday, June 18, 2010

BYE BYE KELANTAN... HELLO TERENGGANU

SELASA, 08 JUN 2010

Hari ke4 di Kota Bharu, Kelantan. Bersiap awal dan kena berkemas, sebab hari ni hari terakhir kami di Kelantan. Sedih nyer ... :( ... tapi suka jugak sebab nak pergi Terengganu lak lepas ni. Sarapan pagi adalah menghabiskan stok makanan yang ada berbaki. Baru senang sikit nak berkemaskan. Boleh lah tahan kenyang sehingga ke tengahari. Setelah masuk semua barang dalam kereta dan check-out, aku sempat lagi pergi lari kat sebelah Paloh Inn ni. Ada orang proses buat Kain Batik Lukis. Punyalah lama duk Paloh Inn, baru hari ni sempat nengok ... sungguh tak patut.

Yang ini adalah lilin yang dimasak. Bukan masak susu yer tuan puan, walaupun guna tin susu.


Lilin tadi pula akan di masuk dalam alat lukis tu.
Kemudian nyer akan dilukis kat atas kain.
Macam senang, sebab kain tu dah siap lukis pakai pensil ker hapa gitu.
Tapi kalau dapat kat aku suruh buat benda ni, sure tak jadik ;)


Lepas lilin tu kering kan, maka proses mewarna pun dijalankan.
Cik Kak dan Cik Abe kat atas ni tengah buat proses mewarna.
Kena kreatif jugakan buat benda ni, kalau kaler tak masuk, sure tak lawa.


Yang kat atas ni pulak proses mewarna kain.
Kain tu kan kaler putih, so nak jadikan lagi lawa kena lah kaler :)


Perjalanan ke Terengganu meninggalkan Kelantan bermula pada pukul 11 pagi. Jalan tak sesak sangat dan pemanduan amat lancar ... cheh ... ayat skema macam karangan budak sekolah lah pulak aku. Masa dalam perjalanan tu, aku adalah singgah sekali jer, isi minyak dan beli jajan untuk passenger yang dah mula kelaparan semula. Layannnnnnnnn ...... kami sampai Terengganu dalam pukul 1 lebih gitu. Tak rasa jauh pun, mana tak nyer... mulut masing masing duk asyik pot pet pot pet buat lawak. Satu lagi kan mungkin sebab pemandangan tak membosankan, biasalah jalan kampung. Kalau Highway, mahu boring giler kut.



Kami singgah makan tengahari di Pantai Batu Buruk, sama area dengan area singgah makan Nasi Ayam Hainan, masa on the way ke Kelantan dari Kuantan hari tu. Sedap ... sebab kelaparan kan... hik hik hik... semua sedap.


Muka semua kesukaan sebab kekenyangan. Lepas tu kami serombongan pergi Check-In kat Seri Indah Resort, betul betul tepi pantai Batu Buruk. Kalau dari tempat makan kat atas ni, tak sampai 3 minit jalan kaki dah sampai. Best tempat ni, sebab ada swimming pool. Mata anak anak jantan aku bersinar-sinar nampak Swimming Pool. Masuk bilik jer, sibuk tanyakan baju mandi, dah ler aku memang tak bawak.



Hilman rupanyer dalam diam dia dah bawak seluar spare, katanyer "manalah tahu kut kut ada Swimming Pool kat Hotel kita pergi". Tengok tu, tak ada baju pun jadik, terserlah perut nyer yang berlipat lipat comel. Perut berlipat comel ??? ... hehehehe ... tengah tarik tarik seluar tu, dah melekap ler tu. Control control ... depan awek's tu. Habis ler lepas ni aku kena dengan Hilman.



Nasib baik ler aku bawak seluar panjang spare untuk Aran. Boleh ler dia pakai, seluar tu pun tak berat. Aku kata kat dia, tak yah la pakai baju macam abang ... tetap nak jugak pakai T-Shirt, pemalu rupanyer anak mak ni yer :) tak macam abang Man, belum ada 'Six Pack' lagi tu, dah berani tak pakai baju. Kena lagi ler lepas ni aku dengan Wak Hilman :D


Malam nyer kami keluar mencari stok makanan, sebab stok yang ada dah habis. Penting ni ... anak anak aku sering kelaparan. Ingat nak pergi Mydin Mall, giler bapak besar Mydin Mall kat KT. Sama besar dengan Pasar Besar Giant kat sebelah dia jer. Tapi sebab tak dapat parking ... terus jer lah ker Giant. Masa nak balik tu aku sempat lah 'snap' gambar kat atas ni.

Bukti nih! tanda dah sampai Kuala Terengganu ;) Bukit ni betul betul depan Mydin Mall dan Giant tu. Besar dan cantik membangun dah KT sekarang ni, tak macam masa dulu-dulu.



Sebelum balik Resort singgah makan malam kat satu Restoran ni. Pun ramai orang, tapi yang bestnyer, dia siap kasi tempat private kat kita orang, ber'air-cond' dan ber'astro' lagi.



Yang membuatkan dia lagi best, sebab tak ada orang lain dalam bilik ni, kita orang jer.
Macam rumah sendiri lah pulak jadi nyer. Servis pun best, cepat jer hidangan sampai.


Bagi aku makanan dia best la ... bagi orang lain tak tahu lah aku. Sebab nyer dua tiga hari lepas balik dari KT tu kan, mak aku terus masak Siakap 3 Rasa kat umah dia, lepas tu tanya aku "Mana best dengan yang kat KT hari tu" ... hahahaha ... Lepas tu keluar lah statement "Mak masak lagi sedap, hari tu punya tak ada rasa" ...


Kelakar lah mak aku ni, sama la jugak macam Mak Klang, kalau tak puas makan kat satu tempat ni, balik rumah mesti dia buat Menu yang sama. ... apa apa pun SAYA SAYANG KEDUA-DUA MAK SAYA INI :) dan masakan dia orang memang MARVELLOUS



Aran dah kekenyangan ... slow jer makan. Mata pun dah kuyu. Penat ler tu kan main kat 'Swimming Pool' petang tadi. Cian dia ;) Tapi sempat lagi dia abiskan satu mangkuk Tom Yam, siap letak tepi tu untuk dia sorang. Balik bilik jer lepas tu, semua tidur terbongkang tak ingat apa dah. Hehehehe ...

6 comments:

- said...

HIHI. semua tempat tuh, semua saya pergi. Pntai batu burok. :D

piewahid said...

kalau anak2 saya, pegilah ke mana2pun, tempat yang ada swimming pool juge yg dia org ingat.... agaknya boring kalau stakat duk dlm bilik & jenjalan cenggitu.

Anonymous said...

slam mros..seronok kan bawa anak2 jalan..w/p badan penat tapi bila melihat mereka gembira.hilang rasa penat kita..

My Life My World said...

dalilasoffian - Salam Dalila :)

Terima kasih datang Blog Auntie ... betul la Dalila, semua tu kat Pantai Batu Burok. Best kan ;)

My Life My World said...

piewahid - Salam Abg Pie :)

Betul lah, budak budak semua sama. Sama lah dengan anak anak lelaki saya. Yang perempuan dah kurang dah sikit.

Kalau pergi mana mana memang mengharapkan ada 'pool' kat Hotel tu. Dah tu, kat umah sendiri tak ada budget nak buat swimming pool kan ... hehehehe

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Memang seronok Mak Cik, melihat kebahagian den keseronokan dia orang ni. Ia nya dah cukup buat kita bahagia. Bahagia yang tak boleh dinilai dengan wang ringgit :)