Saturday, June 12, 2010

CUTI CUTI MALAYSIA ... KUANTAN

JUMAAT, 04 JUN 2010

Aku dah start cuti hari ni, dah lega sebab bos-bos dah approve. Budak sekolah tak cuti, aku dah cuti dulu :) ... baru la hari ni sempat nak servis Cik Kiah dan periksa kasut kasut nyer. Nak jalan jauh kan, kena lah jaga. Kat satu hari jugaklah Cik Kiah masuk Saloon ... ambik Aran dan Iqa dari sekolah, dan lepas solat Maghrib ... gedebak gedebuk pukul 8pm ++ la jugak bertolak dari rumah ke Kuantan.


Pemandangan dari Bilik Hotel, Masjid Indah di tengah tengah Pekan Kuantan

Perasaan aku ... teruja sangat sangat. Ini pertama kali aku buat long distance journey waktu malam. Tapi sebelum tu dah minum Nescaffe supaya tak datang mengantuk.


Ahli Rombongan bergambo ramai ramai tepi Sungai Kuantan

Perjalanan dari Tol Gombak ke Tol Karak amat amat lancar, anak anak pun excited giler. So tak lah boring sangat walaupun sepanjang jalan hujan lebat. Sampai Kuantan dalam pukul 11 malam. Waktu tu Abang Ngah dah check-in kat Mega View Hotel, tepi Sungai Kuantan.


Hilman, Endi dan Aran tengah nak tinjau kalau ada buaya kat Sg Kuantan

Dia dah check-in kan untuk aku sekali. Lupa nak inform ... Cuti cuti Malaysia kali ni aku konvoi dengan Abang Ngah and family. So semua hotel sepanjang cuti kali ni Kak Ngah dan Abang Ngah aku uruskan. Aku ikut jer :) untung aku ada Abang dan Kakak Ipar macam ni.


Mak Tok dan anak anak dia ... Abang Ngah dan Mak Su kat Lobi Hotel Mega View Kuantan

Pagi lepas solat subuh, bersiap apa apa yang patut, then dalam pukul 11 pagi check-out Hotel. Sempat lagi breakfast kat Pekan Kuantan.




Kedai mamak jer, tapi sedap giler makanan dia.
Mulakan perjalanan dari Kuantan dalam pukul 12 jugak lah.


Lagi pemandangan Pekan Kuatan dari bilik Hotel

Kita orang sempat singgah MESRA MALL kat KERTEH. Best giler Mesra Mall ni, cantik, bersih dan outlet dia macam yang ada kat OU tu. Macam macam ada. Sampai Terengganu dalam 1.30 tangahari, singgah Pantai di Medan Selera kat Batu Buruk. Makan Nasi Ayam Hainan kat situ. Cepat giler dia orang serve. Baru duduk jer, dia orang dah letak nasi, tak cakap apa pun. Hehehehe ... dah tu dia orang hanya jual nasi ayam jer kan. Memang la tak leh minta benda lain.


Mak Tok dengan penuh selera makan nasik ayam :)

Lepas makan dalam pukul 2++ tengahari macam tu, bertolak ke Kelantan. Jalan kat Bandar Terengganu, agak sesak ... musim cuti sekolah kut. Semua Plat keta pun show that orang yang menyebabkan kesesakan tu majoriti dari Wilayah Persekutuan. Lepas pekan baru lega sikit. Perjalanan amat lancar dan tidak membosankan sebab tak lalu hutan kan.

Tak jemu lalu laluan Tepi Pantai ... sungguh mendamaikan dan seronok


Rumah orang sepanjang jalan. Hujan pun dah start turun masa kita orang masuk Setiu/Permaisuri ... sampai Kota Bahru dah pukul 6.30 petang. Kita orang Check-In kat PALOH INN. Senang cerita Paloh Inn ni sama building dengan NORDIN BATEK ... beso giler bilek dia. Walaupun dalam kategori tak ada star. Tapi amat selesa lah jugak nak tempatkan kita orang yang ramai ni :)

Sepanjang jalan ke KB pun redup dan hujan jer

Nantikan cerita seterus nyer yer ... banyak lagi ni nak story ;)

8 comments:

Anonymous said...

salam ros..seronok kalau ramai pergi bercuti..berani ros drive malam2..
jalan pantai memang mendamaikan ..sepanjang jalan dapat lihat kebiruan air lautnya..
ros datang kb..bila..kenapa tak beritahu..makcik tak ekmana2 cuti sebab kurang sihat..makcik ,cucu abbas dan anak bongsu kurang sihat..anak bongsu sakit lutut dan makcik demam ..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

jauhnya jalan ...
balik mesti penat kan kak..


yg paling best tentunya anak-anak..


byk ker shopping kat kelantan?

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik Meriam

Cuti ramai ramai memang seronok. Tu lah rasa macam nak beli bas jer. Boleh angkut ramai ramai.... hehehe.
Memang teringat selalu kat Mak Cik, tapi tu lah ... tak tahu macam mana nak contact Mak Cik. Tu lah, nak jumpa Mak Cik, dah lah Mak Cik anak beranak tak sihat.

Insya ALLAH saya pasti akan balik Kelantan lagi. Nanti kita calling calling yer. Semoga Mak Cik, Abbas dan anak bongsu Mak Cik cepat sembuh. AMIN

My Life My World said...

azrina.03.07 - Salam Rina

Sampai sekarang terasa penat. Bayangkan 6 hari 5 malam. Kain pun tak abis basuh lagi :)

Anak anak memang ler best. Dah dapat apa yang di hajati lagi lah best.

Shopping ??? dah lah Acik punya Cik Kiah boleh angkut 7 orang kan, memang penuh kuota 7 orang tu. Lastly tempat barang pun tinggal ciput. Tak beli barang pun Rina. Ingat nak jugak hangkut periuk beso barang satu dua, tapi tak tahu nak letak mana ...hik hik hik

azieazah said...

Wahhhh dasat nyer berjalan dari ujung ke ujung..

Bila lagi nak bercanda kan? Kalu tak cuti skulah?

Nanti nak sambung kerja pun fresh jerrr... Ilang tension, anak2 pun happy jer nak pi sekulah balik..

Tak jumpa apa2 FM yg cute cute? :)

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Woo... ni kira dalam rangka lawatan ke Pantai Timur la ni ya? Happy Berjalan2 ya & Have a Safe & Brilliant Journey! :-D

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA

Memang sengaja tak nak ikut Gua Musang. Sebab lalu ikut situ tak nampak pantai. Kalau ikut Kuantan Terengganu, boleh menyinggah.

Ni pun tak abis penat, kalau boleh nak cuti sama panjang macam cuti sekolah gak. Pergi kerja pun mood belum mari lagi.

FM ada beli kat Taman Tamadun Islam tapi tak banyak pun sebab mahal. Satu jer sepuluh hengget.

My Life My World said...

Mia's Mom - Salam MM :)

Rangka Lawatan a.k.a. rombongan cik kiah ker Pantai Timur sambil ziarah keluarga kat Kelantan :)

Alhamdullilah ... selamat pergi dan pulang dah. Seronok, sebab saya drive sendiri dan tak pernah drive sejauh ini. Bangga dengan diri sendiri ... ceh ... riak dah start ler tu .. Ampun :)