Monday, June 14, 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA...KOTA BHARU KELANTAN

SABTU, 05 JUN 2010



Lepas sessi melepakkan diri dan suai kenal dengan bilik. Dan selepas solat Maghrib, maka langkah di panjangkan. Bukan ke mana pun, kami berkonvoi ke TESCO jer. Nak cari bahan bahan untuk di makan. Biasalah kalau bawak anak anak remaja dan budak budak kecik ni kan, asyik jer lah lapo memanjang.



Hampir penuh jugaklah troli tu,
dan benda yang paling penting kita orang beli adalah Mineral Water.
Senang nak rebus, buat masak maggi cup.



Adalak orang jual eskrem kat luar Tesco tu kan.
Semua duk pakat terjah nak eskrem lah pulak.
Cuaca kat Kota Bharu memang panas, lagi lah nikmat kalau dapat aiskrim ni kan



Hilman ni pulak, bagi jer lah apa pun semua dia telan. Nikmat jer dapat aiskrim.



Destinasi seterusnya adalah ke Wakaf Che Yeh ... dia orang kata kat sini happening. Pasar kat sini tak pernah nyer tutup, dia sampai pagi gitu. Kalau kat KL dia ala ala Up-Town lah gitu. Memang ramai giler orang kat sini. Nak carik parking pun susah. Dan kereta pulak boleh kenal, majoriti semuanya dari KL.



Banyak nyer kain baju dan kasut kasut. Kita orang tak beli apa pun. Mungkin sebab kita orang ni memang tak selesa nak membeli kat pasar malam kut. Ceh ... budget eksyen giler kau Acik. Anak dara aku yang dua orang tu lagi lah pulak. Nak balik memanjang dari situ. Memang kita orang tak biasa bersesak sesak gini. Sampai dah tak tahu nak beli dan tengok apa, nak tengok orang ke nak tengok barang. Hilang mood nak membeli terus.




Barang dia lak bukan nyer murah sangat pun. Abang aku beli T-Shirt bola yang biasa tu pun dah 40 hengget. Baju bola sepasang untuk anak dia yang pasti bukan original pun dah berharga 30 hengget. Uishhhh .... dia orang ni ambik kesempatan kut, sebab tahu ramai orang luar yang datang.


Benda yang paling aku suka kat Wakaf Che Yeh ni adalah Pulut Panggang kat atas ni :D ... banyak aku makan sebab sodap dan lain dari Pulut Panggang yang selalu aku jumpa. Kami makan malam kat sini. Sedap jugak lah... tapi yang tak sedap tu kan ... nak cerita ker ... tak yah lah ... eh cerita lah ...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

Dalam pinggan Iqa masa semua dah abis makan nasi goreng cina (kita orang semua makan nasi gorang cina, sure masak sekali kan) ... dia jumpa serangga ala ala lipas/cengkerik gitu. Aku pandang kau, kau pandang aku ... sengih jer lah. Dah selamat pun masuk perut. Hik Hik Hik ... tu yang sodap sangat tu. Bila tanya orang yang kutip duit tu, boleh lak dia kata dia tak tahu apa apa, bukan dia yang masak. Aduhai ! mak aku kata tok sah bising bising lah. Sumpah dah tak berani nak makan kat gerai disini lagi lepas ni.

Ada lagi cerita lepas ni ... tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ...

6 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kesian anak2 dara akak;mesti boring

alamak aii.. camne lak ada menatang tu kat situ..

saya pernah sampai sana 11 tahun lepas. tahap kebersihan dia so-so. skarang tak tahulah...

paling bez tengok makcik-makcik penjual tu punya gelang... sampai ke lengan !

Anonymous said...

salam ros...hehe memang pasar malam di Wakaf Che Yeh ni ramai orang especially masa cuti..
makcik yg duk sini tak suka kesana..terlalu sesak..
kalau pergi pun nak beli buah2an n sayur2an yg murah sangat..
pakaian tak beli..makcik tak pandai nak pilih bila ramai sangat orang..
seingat makcik tak sampai 5 kali kesana..hehe..

My Life My World said...

azrina.03.07 - Salam Rina :)

Tak tahu lah, macam mana benda tu boleh masuk. Tu yang nasi goreng tu tambah sedap tu ...hehehehe... dah tu kan nak sedapkan hati kita orang, buat lah cerita "Ala sikit jer tu, kat Vietnam dia orang buat satay jer lagi" ....hehehehhe

Lain dah, sekarang banyak bangunan beso-beso keliling Wakaf Che Yeh.

Betul Rina, mak cik mak cik yang jual tu kan bukan jer gelang sampai ke lengan. Baju dia orang glamer glamer, ngalahkan orang kerja opis. Kain baju kurung dia orang cantik cantik. Kita orang telan air liur jer tengok.... hahahahahha

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Betul Mak Cik, saya tak sangka ramai betul orang kat situ. Rumah Mak Cik kat mana yer. Entah entah saya ada lalu kut ;)

Tapi kan Mak Cik masa pergi Wakaf Che Yeh tu, tak lak saya jumpa buah buahan dan sayur sayuran. Mungkin salah masuk lorong kut. Yer lah, besar betul tempat tu. Rasa nyer kita orang baru jelajah 1/4 jer dari kawasan tu.

Tapi kalau nak pergi memang la tak leh bawak budak budak. Kena pergi sorang sorang kut, baru dapat membeli. Ini asyik dengar dia orang merengek jer, buat hati pun tak tenteram :)

IXORAROXI said...

bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa coti2..jeles kita tau!hik hik

My Life My World said...

Ixoraroxi ... Salam Ix :)

Waktu cuti sekolah ni jer lah, yang boleh jalan jauh sikit. Awak tak cuti ker?